Saturday 28 May 2011

STRESS AND CHOCOLATE?...

Do you know that eating 40gm of dark chocolate everday can reduce your stress level?  Emm...that is quite an interesting facts...Hehehe..that means starting from today i can eat chocolate everyday la..Hehehe..but bear in mind.."dark chocolate" only yea..not "milk chocolate"..
Well..I'm quite stress yesterday with my work..Actually nak pi yoga class to release the stress but terlepas pulak dah..So, today i decided to make chocolate so that i can eat it and releaseeeee..my stresssssss..Please follow the below steps:-
Step 1 - Corakkan acuan dia dulu dgn white chocolate..Masuk dlm fridge bagi dia keras..
Step 2 - Lepas tu masukkan milk chocolate compound separuh dan bubuh filing dia..(Aku bubuh dulce de leche yg aku buat dulu utk filing dia) Lepas tu masukkan milk choc tadi sampai penuh. Dah siap. Senang kan...
Step 3 - Finishing product
Step 4 - Yum..yum..yum..Sedapnyer..Waaaaa..Tak tidur malamlah budak nie nampak gayanya..

Sunday 22 May 2011

OUR 1ST UNIT OUTING - PART 2

2nd day of Malacca trip.. 
We are too lazy to go out from our room since both of us are stuck to our notebook. Buat apa lagi..playing games and updating this blog la..Hehehe..But anyhow at last we manage to go out and having our breakfast downstairs around 9.30am..Punyalah teruja with the breakfast sampaikan terlupa nak snap gambar our 1st round of breakfast..The below pics are our 2nd round..Hehehe




Ini my breakfast...
Yang ini pulak..my roomate punya..Cik Suraya..dia suka sgt kt wedges tu..
Since kitaorg malas nak ronda2 kat "Jonker Street" jadik kitaorg pun jalan2-lah kat dlm hotel tu..Siap ada "Historical Centre" wa cakap lu..Hehehe..




Ini tepak sirih zaman dulu2..



              Yang ini pulak arca pahlawan bugis zaman "Alphonso"
Lepas jalan2 tu..masuk bilik balik..mengadap notebook lagik.."Anti-sosial" betul..hehehe..
Kitaorg check-out lebih kurang dlm pukul 1pm..Afterthat we go straight to have our lunch at "Ole Sayang" Restaurant..Sedap jugak..Masakan Nyonya style..
Lepas makan kitaorg terus je balik KL. Sampai rumah lebih kurang dalam pukul 4.30pm..Penat woo..tapi enjoy jugak la..Dpt jugak release tension..Thanks to the organiser, Sally Ng, Kimmy Yap and Alice Lim for this wonderful trip dan tak lupa jugak pd memberku yg memandu kereta dgn berhati2-pergi dan balik, Cik Suraya Sulaiman....Hehehe..

Friday 20 May 2011

OUR 1ST UNIT OUTING - PART 1

Good Morning, how are you? I'm in Malacca now..Hehehe..Konvoi with my office colleagues..dalam 5 buah kereta jer. Sebenarnya banyak lagi tapi biasalah ramai yg tak dapat ikut atas alasan "personal reason". Yea la tu??? Hahaha..Actually this is our 1st time outing get together gather after soo..long we have been planning it. We reach here yesterday afternoon around 6.30pm. Sampai je kat sini kitaorang terus pi "soru"..Lapar beb..Hehehe.. We have our dinner at "Bert Garden" kat Pantai Klebang.

Menu dia not bad la..Boleh tahan..Sebab masing2 dah kelaparan..

Tapi masa "melawat" toilet dia..diaorang ada tampal message kat bawah nie.. Dalam hati aku, ada lagi ke umat manusia yg still buat macam nie..Hehehe..Entahlah..Lu pikirla sendiri..
Had to go now...bila dah kenyang nie, mengantuk la pulak..Good night..See you in my next post..

Wednesday 18 May 2011

LAKSA PENANG DAN BUBUR CHA CHA KELEDEK

Semalam kepala dah rasa okay sikit..jadik dapur dah start 'berasap' balik..Hehehe...
Untuk lunch semalam, malas nk makan nasi..asyik2 nasi..Jadik masaklah Laksa Penang for lunch dan minum petangnya..Bubur Cha Cha Keledek..Sebenarnya resepi ini dah lama dah 'usha2' kat rumah Kak Ummi Kuantan..tapi x de berkesempatan nak buat sampailah sekarang..Kak Ummi, mintak izin utk pastekan resepinya disini..Terima kasih.
Bubur Cacha Ubi Keledek

Bahan:-
  • 1 cawan bubur cacha kering
  • 500 ml santan
  • 2/3 cawan gula pasir/secukup rasa
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 2 biji keledek sederhana besar - dibuang kulit dan dipotong kecil
  • secubit garam
Cara Memasak:-
  1. Basuh bubur cacha dan rebus dengan air biasa hingga lembut. Toskan dan ketepikan.
  2. Dalam periuk masukkan ubi dan santan dan masak dengan api perlahan.
  3. Masukkan gula dan secubit garam dan biar mendidih dan ubi empuk.
  4. Masukkan bubur cacha tadi dan masak sebentar hingga mesra.
  5. Tutup api dan hidangkan panas atau sejuk pun best..











    Untuk resepi Laksa Penang pulak, aku rasa mesti anda semua dah ada resepinya..Jadik aku tak payahlah nak postkan kat sini..Hehehe..Layan gambar jelah..

Monday 16 May 2011

SELAMAT HARI GURU

Aku ingin ucapkan "Selamat Hari Guru" kepada cikgu2 yg pernah mengajarku dulu dan juga semua guru2 diluar sana.. tidak kira dimana anda berada. Terima kasih kepada ilmu yg telah anda berikan dan semoga hidup anda diberkati yang Maha Esa. Amin..




Sunday 15 May 2011

SUP KETAM DAN DULCE DE LECHE BROWNIES

Malam nie aku buat Cheewy Gooey Yummy Brownies utk jamuan "Selamat Hari Guru" kat sekolah Tadika my daughter, Nurul Syazanie (Isha)..Ini tengah tunggu brownies tu masaklah nie..Sejak balik dr kerja ari Jumaat aritu, aku tak berapa sihat sangat..kepala asyik pening je..mungkin sebab cuaca panas sangat kut..Entahlah??? Semalam aku masak lauk simple je..Sup Ketam and petangnya buat DULCE DE LECHE Brownies..
Sup Ketam
DULCE DE LECHE Brownies sebelum dan selepas masak

Saturday 14 May 2011

VANILLA CUPCAKE WITH BUTTERCREAM ICING

Salam semua...utk entri ari nie, aku hanya ingin paparkan resepi yg aku gunakan utk cupcake yg aku buat bersama dgn budak2 aritu.. Dan juga icingnya..
Resepinya aku ambik dr blog Cik Mat Gebu @Dapur Tanpa Sempadan..Asalnya blueberri cupcake tapi aku x bubuh pun blueberri dia..Hehehe..Cik Mat Gebu minta izin pastekan resepinya disini..Makasih..Selamat mencuba..
RESEPI BLUEBERRY CUPCAKES

BAHAN UNTUK KEK :-)
175 g mentega
115 g gula kastor
1 camca teh ovallate
2 biji telur gred A
135 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
30 g susu pekat manis
1 camca teh esen vanilla

BAHAN UNTUK BUTTERCREAM :-)
125 g mentega
125 g creamwell
100 g susu pekat manis
40 g gula aising, diayak
1 camca teh esen vanilla

CARA MEMBUATNYA :-)
1.       Satukan mentega dan ovallate, pukul rata, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang. Tuang susu pekat manis dan kacau rata.
2.       Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, masukkan esen vanilla dan gaul rata. Sudukan 1/2 penuh dalam setiap muffin cup. Buat hingga siap. Dapat lebih kurang 12 biji, bergantung pada saiz muffin cup masing2.
3.       Isikan 1/2 camca teh blueberry filling pada setiap adunan. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak, bergantung pada oven masing2. Biarkan kek sejuk sepenuhnya atas jaringan.
4.       UNTUK BUTTERCREAM :- Putar semua bahan untuk buttercream sehingga kembang dan putih, gunakan kelajuan sederhana untuk mendapat hasil yang halus dan cantik. Kemudian boleh lah hias atas cupcake yang telah sejuk tadi mengikut kreativiti masing2...

Friday 13 May 2011

MASAK SAMBAL IKAN CENCARU

Hi, Selamat bertemu kembali..Just nak kongsi lauk budak2 tu for lunch yesterday. Here goes the recipe:-
Bahan2-nya:-
3 ekor ikan cencaru yang bersaiz sederhana dan dibuang kulitnya
5 ulas bwg kecil*
3 ulas bwg putih*
15 tangkai cili kering* (direndam dgn air panas)
1 biji bawang besar - dihiris bulat2
1 sudu kecil asam jawa Xtra (aku guna cap Adabi)
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak utk mengoreng
Garam dan gula secukup rasa


Cara2nya:-
Ikan dipotong 2@3, ikut sukalah yea. Lepas tu lumurkan ikan dgn sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga kekuning-kuningan.
Blenderkan bahan2 yang bertanda*. Kemudian panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 tadi sehingga pecah minyak. Setelah pecah minyak, masukkan asam jawa Xtra and sedikit air (sukatan air terpulang kepada anda samada nak kuahnya pekat atau cair).  Kacau rata. Setelah itu perasakan lauk dgn garam dan gula. Kemudian masukkan ikan yg telah digorengkan tadi, kacau rata lagi. Akhir sekali masukkan bawang besar dan bolehlah tutupkan api. Senang jekan..Selamat mencuba...

Wednesday 11 May 2011

BENGKEL BUAT CUPCAKE BERSEMPENA DENGAN HARI IBU - PART 2

Hehehe...Oleh kerana gambar yg di'snap' terlampau byk sgt.. So.. terpaksalah buat Part 2 utk mengepost gambar2 yg x ditayangkan masa Part 1 dulu..


My daughter, Nurul Syazanie with her limited edition cupcake..

Her sister, Nurul Shuhada tgh asyik men'decorate' her cupcake..

Kawan karib Shuhada, Siti Soleha pun tgh asyik with her decoration..

Monday 9 May 2011

BENGKEL BUAT CUPCAKE BERSEMPENA DENGAN HARI IBU - PART 1

Salam semua..semoga anda ceria2 selalu..
Semalam bersempena dgn "Hari Ibu"..aku telah bermurah hati (chewah..chewah..) mengajar anak2-ku dan juga anak jiranku membuat cupcake...Hehehe...Penat jugaklah..tapi x per..yg penting diaorg semua enjoy...

Budak2 tu tgh tunggu cupcake masak..macam Jagalah pulak..Hehehe...

Decorating time...

Finishing product...Cantik tak? Huhuuu...

Sunday 8 May 2011

SELAMAT HARI IBU...

Di sini aku ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" kepada emakku yang tersayang, Puan Rosnah Bt Yassin...ibu mertaku, Puan Mariam Bt Adan... kakak2 iparku, adik2 iparku, teman2 dan kepada semua ibu2 yang diluar sana.  Hayatilah 2 buah puisi yang ku petik dr blog-Arejae.com dan Namora:-


Tiada Puisi Sehebat Doa Untuk Ibu
Allahummaghfirlaha Ya Allah ampunilah dia..Ibuku tercinta
Warhamha..Sayangilah dia
Wa’afiha..Tinggikanlah derajatnya
Wa’fu’anha..Maafkanlah dia
Wa laa tahrim ajroha.. Jangan halangi balasan pahala untuknya
Wa laa taftinna ba’daha.. Jangan datangkan fitnah sesudah kepergiannya
Wa akrim nuzulaha..Muliakanlah kedatangannya.
Wa wasi’ madkholaha..Lapangkanlah jalan masuknya
Wannawir quburaha.. Terangilah kuburnya
Waj’al Jannatal matswaha..Dan jadikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya
Warzuqhabi Rahmatika ya Arhama Raahimin.. Serta berikanlah dia reziki dengan rahmatMu ya Allah yang Pengasih dan Penyayang



Puisi untuk Ibu

Meskipun dirimu manusia biasa
bagiku engkaulah malaikatku
yang tak pernah letih
membimbingku
Ibu, maafkanlah aku
yang dulu sering tidak memahamimu
yang kadang meremehkanmu
Ibu engkaulah syurga yang menjadi nyata itu
tak pernah terlambat memberi kedamaian
semoga kau bahagia selalu
semoga aku dapat membahagiakanmu
Ibu, hari ini kami memperingatimu
Ibu, “selamat hari ibu”
terimalah salamku
dari anakmu

Friday 6 May 2011

DULCE DE LECHE ...

Nama lainnya ialah cream caramel. Dah lama dah tinjau2 kat blog Hana dan Ayu Singapore. Nampak macam sedap jer..Sebab tulah try buat tu..Yealah..semenjak dua menjak dah ada slow cooker nie..Hehehe...Bahan2 dan cara2 memasaknya bolah rujuk kt 2 blogger tadi..



Sebab terlalu excited my DDL menjadi dan x de masa nk masak resepi dia lagik..Jadik makan dgn roti jelah dulu..Layan je la yea..Huhuuuu..

BIHUN GORENG SARDIN

Menu sarapan semalam...Mr PakCik aka my hubby yg buat.  Bahan2nya senang jer..
Resepinya seperti tertera di bawah:-
BIHUN GORENG SARDIN


Bahan2-nya:-


5 ulas bawang kecil*
3 ulas bawang putih*
15 tangkai cili kering*(rendam dgn air panas)
1 tin sardin - sederhana (dihancurkan)
1 peket bihun
Sayur sawi @ kobis - tapi saya x letak
Minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup, bawang goreng dan cili merah untuk perhiasan


*blendkan semua bhn bertanda* 


Cara2-nya:-
Rendamkan bihun lebih kurang dalam sejam sebelum mula masak. Masukkkan sedikit minyak masak dalam kuali. Bila minyak dah mula panas, masukkan bhn2 yg telah diblendkan tadi. Masakkan sehingga pecah minyak.** Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian barulah masuk ikan sardin yg telah dihancurkan tadi. Masakkan seketika lagi dan kemudian masukkan bihun yg telah direndamkan tadi. Kacau hingga sebati kemudian masukkan sayur-sayuran pilihan anda. Masak sehingga sayur layu. Ok..dah siap. Bolehlah padamkan api. Semasa menghidang bolehlah taburkan daun sup dan cili merah yg telah dipotong kecil2 serta bawang goreng.


Selamat Menjamu Selera..


**pecah minyak bermakna minyak telah berada diatas dan terasing dr bahan2 yg diblendkan tadi

Wednesday 4 May 2011

MY LITTLE HERO, BADRUL NADHIR

Hari nie, aku bawa heroku pergi jumpa doktor N kat Pusat Perubatan Islam AZ..hospital tempat dia lahir dulu. Dia kena demam panas hampir setiap malam..tapi malam semalamlah yang paling teruk..Semalaman dia menangis x henti2..Terujilah jugak keimananku ini..


Lepas jumpa doktor barulah dapat tahu yg dia ada a few ulcer dekat dgn tekak dia..itulah yg menyebabkan dia demam panas on and off..Aku doakan heroku ini cepat sembuh so that bolehlah mak dia rehat kejap and terus berblogging..Hehehe..


Dlm demam2 tu..sempat jugak main playpen kat Hospital tu. Ish..ish..ish anak siapa la tu..







Monday 2 May 2011

MY NEW KITCHEN GADGET

Just want to show my new kitchen gadget..Ala barang murah jer. Redeem from my Citibank credit card points...I'm quite surprise with the service because they deliver my items yesterday morning..1st of May 2011..errr bukan ke masa tu tengah cuti Hari Buruh..lebih kurang pukul 8.30pagi pulak tu..Masa tu tak mandi lagi..tengah dok baca my FB...Rasa2-nya baru je redeem benda tu last week..Tak sangka pulak secepat nie diaorg antor..Hehehe..

Inilah dianyer..


Dah guna dah pun buat masak stew ayam ngan air barli..nyum..nyum..nyum

Sunday 1 May 2011

HAPPY LABOUR DAY..

Happy Labour Day to all my friends and colleagues. Hope you guys have a great holiday with your family. Actually today is my first day enter to this world called blogging. I'm so excited and thrill. Can't wait to update more post and picture.. See you guys next time..


P/S: Mintak maaf le..hanya ini saje yg saya mampu update utk ari nie..Heheheheee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...