Wednesday 17 August 2011

BISKUT KACANG MAZOLA

Alhamdulillah..masuk ari nie dah 17 hari kita berpuasa..tinggal lagi lebih kurang 13 hari kita akan beraya. Rasa sedih juga utk meninggalkan bulan puasa yang mulia ini. Liza rasa pada bulan inilah kita dapat menginsafi akan setiap kesalahan/kesilapan yang telah kita lakukan pada masa yang lepas utk kita jadikan rujukan dimasa hadapan. Oklah..kita berbalik pada tajuk kita ari nie iaitu old time favourite cookies..Biskut Kacang Mazola..
Bila buat biskut nie..teringat pada arwah nenek yang suka sangat makan biskut nie. Tiap2 hari dia tak miss punya makan biskut nie tanpa jemu2 masa raya :)..
Resepinya Liza ambik dr LilydvalleyMyr


Biskut Kacang Mazola


Bahan2-nya
200gm tepung gandum
200gm kacang tanah goreng yang dikisar
100gm gula kisar atau halus
1 botol kecil minyak jagung Mazola/secukupnya
Kuning telur


Caranya:-
Gaul sebati tepung gandum, kacang tanah kisar dan gula halus. 
Kemudian tuangkan minyak jagung dan uli sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
Bentukkan adunan mengikut citarasa anda dan susunkan dalam loyang yang telah dilengserkan dengan mentega.
Sapukan kuning telur diatasnya dan bakar dalam oven sehingga masak.

Friday 5 August 2011

PUDING KASTAD BUAH PEACH

Salam semua..Dikesempatan ini, Liza ingin mengucapkan "Selamat Berpuasa" pada family, sanak saudara, sahabat handai dan juga pada mereka2 yang mengenali diri ini. Walaupun agak terlambat nak mengucapnya..tapi x perlah..lebih baik buat drp tak buat..hehehe..
Resepi kali nie Liza buat utk dessert berbuka puasa hari yang-3. Biasanya buat puding kastad jagung tapi kali nie nak try pulak buat puding kastad dengan buah peach. Puding nie sedap dimakan bila kita sejukkan dalam peti ais..Resepinya senang je..bahan2 yang digunakan juga x banyak..
PUDING KASTAD BUAH PEACH


Bahan2nya:-
1 cawan tepung kastad
11/2 cawan susu cair
3 - 4 cawan air
2 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
1 tin buah peach


Cara2nya:-
Campurkan semua bahan kecuali buah peach. Masakkan diatas api yang sederhana sehingga kastadnya agak sedikit pekat. Tutup api dan tuangkan keatas bekas kaca. Bila kastad dah agak pekat barulah tuangkan buah peach berserta dgn airnya keatas tadi. Bolehlah disejukkan ke dalam peti ais atau makan begitu saja.


Senangkan. Selamat mencuba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...