Monday 31 October 2011

KARI AYAM KERISEK

Minta maaf sebab terlambat mengupdate blog nie..Almaklumlah sibuk buat coklat semalam sebagai door gift utk perkahwinan adik ipar Liza yg akan berlangsung tak lama lagi. Hari nie masak simple je..Kari Ayam Kerisek yang Liza skodeng dr blog Kak Anymz Kitchen..since stok ayam still ada lagi dlm fridge. Bahan2 yang digunakan pun tak banyak dan senang didapati dikedai2 runcit..(kadang2 tu mls nak pg supermarket kalau setakat 2 atau 3 barang je yg tak de..hehehe). Sedap jugak kari nie..kalau nk sedikit berempah..tambahlah rempah karinya dan kalau nak sedikit pedas..tambahlah sukatan cili kisarnya..Tapi bagi Liza..karinya memang dah secukup rasa..perghhhh..layan jelaa...Mintak izin c&pkan resepinya disini..

KARI AYAM KERISEK
Bahan2-nya :
  • 1 ekor ayam
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 jari halia - dikisar
  • 4 - 5 sudu besar rempah kari daging - dicampur sedikit air dan jadikan pes
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 lembar daun kari
  • sedikit kayu manis,cengkih,pelaga - untuk bhn penumis
  • 3 biji kentang - dibelah 4
  • 3 biji tomato - dibelah 4
  • 2 batang lada hijau - dibelah 2
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • minyak masak - untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • air secukupnya untuk kuah
Cara memasak :
  1. Campurkan bahan2 kisar bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris dan masukkan campuran bahan kisar,penumis dan serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam, asam gelugur, kerisik, kacau rata dan masak hingga mendidih. Boleh tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  4. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato. Renihkan lagi 10-15 min. Siap untuk dihidangkan.
P/S: Suka sangat dgn kata2 dr blog Mama Hawa - "Sometimes things doesn't happen the way we want".

Sunday 23 October 2011

BARBIE DOLL CAKE

Hari nie buat Barbie Doll Cake atas permintaan my daughter, Nurul Syazanie.  Sebenarnya dia dah mintak buat kek tu since last year lagi.  Tapi mcm biasalah..mak dia nie tak berapa confident lagi nak buat, jadik projek nie tertangguh sampai la ari nie..Sebelum nak buat tu, kenalah buat research dulu.  Masuk google..masuk youtube..pi blogwalking..terutamanya kat blog2x yg famous mcm Azlita Masam Manis, Rima Bisous A Toi dan etc..
Fuhh..bukannya senang nak buat kek nie..kena sentiasa berhati2x dan mesti teliti dengan kerja kita..kalau tak, tak nampak cantiklah kek tu nanti..Hehehe..
Utk kek dan buttercreamnya, Liza guna resepi "Kek Coklat Chef Zubaidah" dan buttercream yang Liza ambik dari sini..
Cara2 utk membuatnya..boleh tgk kat sini. Selamat mencuba..
Isha dengan keknya..

Sunday 16 October 2011

OLD FASHIONED BUTTER CAKE

Selamat berhari minggu..Hari nie Liza nak kongsikan resepi yang Liza skodeng kat sini. Bila tengok butter cake dia..nampak macam mengancam sangat2. Terliur dibuatnyer.. Bahan2nya pun x susah nak cari. Kek nie very very moist..Tak rugilah kalau membuatnya. Memang sedap sangat. Teringat pulak pada zaman kanak2 dulu..Hehehehe..
Old fashioned butter cake
*buat dalam loyang kek empat segi yang berukuran 8” 

250g mentega
100g gula
5 biji kuning telur (besar)
230g tepung kek
1tsp double action baking powder
4 sudu besar susu
1/2 sudu kecil esen vanilla

5 biji telur putih (besar)
90g gula
Cara2-nya 1. Pukul mentega, gula dan esen vanilla sehingga ringan dan berkrim.
2. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sehingga sebati. Masukkan tepung dan baking powder dan pukul lagi sehingga rata. Selepas itu masukkan susu dan kacau sehingga sebati.
3. Pukul telur putih didalam mangkuk yang bersih dan berasingan sehingga berbuih.  Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi kental dan kaku.
4. Ambil satu bahagian daripada putih telur tadi dan masukkan ke dalam campuran kuning telur. Kacau sehingga adunan menjadi likat.
5. Perlahan-lahan masukkan kesemua adunan putih telur tadi dan kacau sehingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dan dialas dengan kertas.
7. Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 55mins atau sehingga masak.


Selamat mencuba..

Sunday 9 October 2011

PUDING MARBLE

Dah lama rasanya tak mengupdate blog nie..Hehehe..almaklumlah penyakit "M" dah datang lagi. Ari nie buat puding marble yang simple sangat resepinye. Sesuai untuk cuaca yang sekejap panas dan sekejap hujan nie..Tak ingat ambik resepi nie kat mana..Sorry..nanti Liza updatekan kat sini bila dah jumpa resepinya esok. Layan jelah gambar nie. Hehehe..Jumpa lagi minggu depan..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...