Saturday 1 December 2012

SERIMUKA DURIAN

Menalam lagi..Hihihi..tak abis-abis. Tu la..semenjak dah pergi kelas nie..bersemangat jer bila nak menalam. Apatah lagi bila talam yang kita buat tu menjadik dan sedap..Huhuuu..
Kali nie Liza ingin berkongsi resepi yang telah Liza cuba dari blog Kak Yatie Memories.. Banyak lagi resepi kuih talam dekat blog Kak Yatie nie..Singgah la..jangan tak singgah..Hihihi..

SERIMUKA DURIAN

Bahan Lapisan Bawah (loyang 10 inci)
  • 2 cawan pulut
  • 2 cawan santan cair
  • 1 sudu kecil minyak
  • sedikit garam
Cara-Caranya
  1. Cuci pulut dan rendamkan dlm 4 jam.
  2. Masukkan pulut ke dlm loyang yg telah di alas plastik dan tuangkan santan cair yg bercampur sedikit garam. Tambahkan sedikit minyak dan kukus selama 30 minit.
  3. ** Sementara menunggu bahagian bawah/pulut masak, kita bolehlah menyediakan bahan2 utk lapisan atas.
  4. Setelah masak, angkat dan tekan2kan sehingga padat.
  5. Masukkan ke dlm kukusan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
Bahan Lapisan Atas
  • 3 cawan santan
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 biji telur
  • 1 cawan isi durian
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung tepung kastard
  • 1/4 cawan tepung beras
  • 1 s/k garam
Cara-Caranya
  1. Satukan santan, gula, telur dan isi durian ke dalam blender dan kisarkan.
  2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan garam.... kisar lagi.(kalau blender tak muat, blend separuh2..)
  3. Masukkan ke dlm periuk dan kacau sehingga sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning.
  4. Masak sebentar bahan lapisan atas sehingga naik wap dlm 10 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk sehingga adunan menjadi seakan2 susu pekat.
  5. Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 20 minit dengan api sederhana.
  6. Bila kuih sudah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk, barulah dipotong dngn menggunakan pisau plastik dan hidangkan.
**Guna 2 biji kelapa, asingkan santan pekat dan santan cair. Kalau guna santan kotak 200ml setiap satu, gunakan 2 kotak. 100ml santan pekat dan selebihnya air utk kuantiti santan cair. 300ml santan pekat dan selebihnya air utk adunan santan pekat. Selamat mencuba. 

Saturday 17 November 2012

KUIH LAPIS MALAY STYLE

Selamat Pagi Semua.. Semoga ceria2x selalu..Mood nak update blog dah mai dah..Hehehe..
Kali nie Liza nak berkongsi resepi kuih talam yang Liza cuba dari blog KakYatieMemories.
Kuih  Lapis nie memang menjadik kegemaran anak2x Liza tapi sebab mak dia tak pandai buat..selalunya beli je kat kedai. Tapi semenjak dah belajar buat kuih talam aritu..berkobar2x..maknyer nak menalam.. Hehehe...Kalau diikutkan  hati..memang setiap hari nak menalam..Tapi apakan daya..kena kerja da..
Lepas pergi kelas aritu..baru tahu..senang je nak buat kuih talam rupanya..Jom kita tengok resepi..



Bahan-bahan-loyang 9 inci
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung ubi
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 2 cawan santan pekat
  • 5 cawan santan cair
  • 1 sudu kecil garam
  • pewarna merah dan perasa ros 
Cara Penyediaan
  1. Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan. Yatie blend semuanya kecuali pewarna.
  2. Bahagikan adunan kepada 7 bahagian.
  3. Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
  4. Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
  5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
  6. Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
  7. Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih serta warna yg lainnya.
  8. Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
  9. Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.

Friday 16 November 2012

KELAS TALAM PART III CHEF ASMA

Dah lama dah tak update blog nie..dah nak bersarang dah nampaknya. Hehehe..Almaklumlah si Tuan Tanah tersangat2xlah malasnyer.. Anak sapa la tu? Huhuuu.-
Seperti biasa la bila kerja kat opis yang tak pernah2x abis..dan dateline yang bersilih ganti membuatkan tuan tanah tak de mood nak update blog dia..Laa..pulak..Macam tu pun ada..Hentam ajelah Labu..Hehehe..
Kali nie Liza cuma nak updatekan kelas talam  Chef Asma yang Liza attend semalam. Banyak teknik and tips2x yang telah Liza pelajari..Tak rugi pergi kelas nie..Pergilah join kalau ada masa.. Bayarannya cuma RM190 je..tapi berbaloi2x..siap ditapaukan lagi talam2x yang telah kita siapkan. Kalau nak join..bolehlah clik kat sini.
Tips dari Chef Asma
Kuih talam yang dipotong kemas dan menarik

Contoh2x talam yang dibawa balik
Siap ada kuih serimuka ombak rindu lagi..Hehehe...

Monday 29 October 2012

KEK MENTEGA CIDA

Selamat Hari Raya Aidil Adha..Semoga anda semua diberkati Allah s.w.t. Hari nie Liza ingin berkongsi resepi Kek Mentega dari blog Cida Denuanza. Keknya tersangatlah moist dan gebus.. Keknya hanya dibakar dengan api bawah sahaja dan ditukarkan ke api atas dan bawah pada 15 minit yang terakhir. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

250 gram butter- Liza guna pure butter jenama 5 star
200 gram gula kastor / 160 gram gula pasir (kisar halus jika guna gula pasir)
250 gram tepung gandum
6 biji telur
4 sudu besar susu cair (dlm tin)
2 sudu kecil baking powder (sudu kfc)
1 sudu teh esen vanila
kepingan badam / choc chip jika suka

cara-cara:

panaskan oven pada suhu 160 darjah (ikut oven masing2- Liza cuma guna api bawah shj)
pukul mentega + gula sampai kembang (leh nampak sedikit pucat dr sebelumnya)
masukkan esen vanila
masukkan telur sebiji demi sebiji (biar telur pertama sebati sblm masukkan telur ke2 dan seterusnya)
ayak tepung + baking powder
masukkan sedikit2 kedalam adunan (bahagi agak2 utk 4 kali)- secara berselang seli ngan susu
(1 bhgn tepung, diikuti 1 sudu susu air)- buat sampai abis
matikan mixer- kacau adunan guna sudip kayu hingga ke dasar bekas kalau2 ada adunan yg tak sebati, sambung mixer sekejap je just utk sebatikan adunan...

masukkan choc chip (leh gak guna choc rice)
(agak2 dlm 4 sudu)
sebatikan guna sudip je
griskan loyang ngan sedikit mentega atau lapikkan dengan kertas minyak...
x perlu sampai bungkus keliling loyang yuppp...
masukkan adunan dlm loyang

bakar selama 1 jam / sehingga kek masak- sila uji guna lidi - jgn buka oven sebelum 30 mnt pertama
utk 15 mnt terakhir, Liza tukar kpd api atas dan bawah utk garingkan permukaan kek...
sejukkan sebentar dlm 10 mnt sblm alihkan kek dari loyang...


Saturday 20 October 2012

KEK KUKUS BUAH PRUNE AND KEK COKLAT MOIST

Selamat pagi semua..Harap2 semua berada dalam keadaan sihat walfiat. Hari nie nak berkongsi resepi Kek Kukus Buah Prune dan Kek Coklat Moist..Wah..wah..wah..ari nie entri istimewa..2 dalam 1. Hehehe..

Semenjak pergi belajar dgn Chef Asma aritu..semangat nak masak kek kukus dan membakar kek semakin membara..Ada confident sikit..Hehehe..Kalau tidak tu..asyik tanya diri sendiri je.."Boleh buat ke nie?"..

Oklah..tak nak membebel panjang2..Kek nie Liza buat utk dihidangkan pada Hari Raya Haji yang akan menjelang tak lama lagi. Mak Liza suka sangat kek kukus..Selalu jugak dia suruh Liza buat..tapi biasa la anak dia nie..malas sikit..Hehehe..Mintak izin tuan rumah untuk copy and paste resepinya kat sini..

Untuk kek kukus buah prune, Liza ambil dari My Resipi.

Bahan-bahan ( square baking tin-small )

  • 250g butter
  • 1 1/4 cawan gula castor
  • 7 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 paket Cream Crackers (kalau bole yg tawar)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Coloring ikut suke
  • Sunsweet prune or asam deduwit

Cara-cara

  1. Sediakan pengukus, grease kan loyang. Sementara tu, blend cream crackers hingga jd halus.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang kemudian masukkan telur sebiji sebiji sambil kacau ngan mixer.
  3. Masukkan esen vanilla, susu segar dan susu pekat kacau.
  4. Masukkan biskut yg dah diblend td sedikit demi sedikit hingga bancuhan jadi tak terlalu cair atau pekat.
  5.  Bahagikan adunan ikut color yg disukai. 2-3 color sesuai, dan bancuhkan setiap adunan yg dibahagikan 3 tadi.
  6.  Masukkan 4 sudu untuk 1st layer-ori color, kukus 10 minit. Kemudian 2nd layer-red color, 3rd layer-green color, 4th layer bolehla letak prune or asam deduwit tu. Repeat step ni hingga loyang penuh.
  7. Masukkan dlm oven (medium heat) selama 10 minit untuk kek tahan lebih lama


Untuk Kek Coklat Moist pulak, Liza ambil dr blog Denuanza.

bahan a:

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko berkualiti tinggi (imported)
1 3/4 cawan gula pasir
1 1/2 sudu teh baking powder (sudu kfc)
1/2 sudu teh baking soda

(satukan semua bahan ke dalam besen yg agak besar, ketepikan)

bahan B:

1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan air panas
2 biji telur gred A (kalo gred b/c, guna 3 biji)- pukul sedikit mcm nk buat telur dadar)

(satukan semua bahan b )

cara:

masukkan bahan B ke dalam bahan A..
gaul sebati sampai hilang ketul2..
boleh di tapis agar tiada ketul2 yg kelihatan pada kek nti

masukkan ke dalam loyang saiz 7/8 inci
(loyang di sapu minyak dan ayak tepung di permukaan loyang secara nipis)

atau gunakan kertas minyak

bakar selama 1 jam 15 mnt atau sehingga kek masak
adunan boleh juga dikukus
 

Friday 12 October 2012

KELAS KEK LAPIS, KUKUS DAN BAKAR CHEF ASMA

Salam semua...dan selamat berhujung minggu. Maaflah tak dapat nak update blog pada minggu lepas. Busy sesangat2..tambah2 pulak ada kelas aritu..Hehehe..Bukan kelas degree atau master yea..Tapi kelas masakan..:) Hahaha..
Ha'ah..ari Sabtu lepas Liza pergi kelas kek lapis, bakar dan kukus oleh Chef Asma. Best giler..Chef boleh siapkan 10 jenis kek dalam masa satu hari jer. Fuyooo..Anda hanya perlu bayar RM180 je. Boleh belajar buat kek dan bawa balik kek tu bagi kat family makan. Berbaloi2 kan..Hehehe..
Okaylah..ari nie tak de resepi yang nak dikongsikan..Hanya gambar masa kelas dan contoh2 kek yang ditapau bawa balik aritu..
Chef Asma

Chef mengajar teknik mengamkan Kek Lapis
Contoh2 kek yang dibawa balik

Semestinya sedap dan moist..

Sunday 30 September 2012

IKAN BAWAL EMAS MASAK STIM

Selamat Petang...Dah makan dah? Ari nie Liza masak simple2 jer sebab badan masih tak berapa sihat lagi semenjak semalam.. Jadik since tak lalu nak makan..Liza stimkan aje ikan bawal nie untuk lauk tengahari..

Ikan bawal emas nie memang sesuai untuk buat stim/kukus. Daging dia lembut sama macam ikan bawal putih. Resepinya sangat simple dan senang dibuat. Mula2 ikan tu Liza lumurkan dengan sedikit garam dan perahan air limau nipis. Kemudian Liza taburkan dengan bawang merah, putih, cili hijau dan halia muda. Untuk sayurnya..Liza gunakan lobak merah yang telah disagat dan tomato yang telah dipotong kecil2. Selepas tu Liza balutkan ikan tu dalam aluminium foil dan bolehlah distim/kukus ikan tu lebih kurang dalam 20 hingga 25 minit. Dah boleh makan dah. Senangkan...Hehehe..

Sunday 23 September 2012

KEK SIMERAH BALDU

Salam ceria..selamat bertemu kembali. Apa khabar semua? Semoga semuanya dalam keadaan sihat walfiat.. Ari nie Liza nak berkongsi resepi "Kek Merah Baldu" atau nama saintifiknya.."Red Velvet Cake". Hehehe.. Tak rugi buat kek nie..teramatlah sedap rasanya..sampai menjilat jari you.. Rasa2xnya Liza dah jatuh cintan ngan kek nie.. Huhuu. Resepinya Liza ambil dari blog Hana's Family. Keknya sangat gebu dan moist. Frostingnya pulak soo creamy dan yummy..Tergoda akak..Ahaks... Liza minta izin copy dan pastekan kat sini..Liza tak make-up pun kek tu..sbb suka mcm tu..lagipun buat makan kat rumah jer..

KEK SIMERAH BALDU
Bahan-bahan
Bahan Kek

  • 250g tepung kek *
  • 1/2 sk garam *
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter
  • 160g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - Liza bubuh 2sm
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone - Liza tak letak
  • 115g @ 1 cawan gula kastor - Liza letak 1/2 cawan jer
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream - Liza letak 1/2 cawan jgk
  • Tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut
Cara-cara
  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
  • Potong dan hidangkan.
 
P/S : Ari nie Liza ada member baru join blog Liza. Thanks..Fieda.Sebenarnya Liza suka tengok cite Adam dan Hawa dalam blog Fieda. Best sgt cite tu..Rugi tak tengok. Tangkap cintan ngan Aaron Aziz lagi. :)

Monday 20 August 2012

SALAM AIDILFITRI 2012

Dikesempatan ini, Liza ingin mengucapkan Salam Adilfitri..Maaf, Zahir Dan Batin kepada keluarga, sahabat handai dan mereka2x yang mengenali diri Liza. Semoga Hari Raya kali ini kita semua mendapat keberkatan dari yang Maha Esa. Amin...

 

Saturday 4 August 2012

SEMANIS AROMA BUFFET RAMADAN - MESTI PERGI

Salam Ramadan..Dah lama jugak tak update blog nie..Dah bersarang jadiknyer..Hehehe.. Anyway tujuan Liza update blog nie adalah sebab nak entitle for 50% discount on this buffet ramadan. Hehehe...memang tepat pada masanye..Masa tengah blog walking, ternampaklah one of the blogger update kat blog dia.. Oklah tanpa melengahkan masa lagi..Liza nak sharekan cerita pasal buffet ramadan nie..

Semanis Aroma Buffet Ramadhan dari MAEPS!

 
Harga buffetnyer memang affordable..
Dewasa 
RM 49.50 nett

Kanak² (7-12 tahun)
RM 24.50 nett 

**Bagi kumpulan yang hadir melebihi 10 orang, 10 % diskaun akan diberikan

Antara kemudahan lain yang disediakan di sana adaalah :

 Buffet di Dewan Banquet UPM Serdang boleh memuatkan lebih 1500 orang. 

lebih dari 200 menu disediakan...tunggu nak makan jer.
 Speciality diaorang adalah Kambing Panggang. TERBAIK!!!

Tempat solat yang besar dan selesa disediakan...

siap ada persembahan ghazal Kumpulan Ghazal Seri Mahligai Dua


Peta ke Dewan Banquet UPM Serdang



 untuk maklumat lanjut berkenaan Semanis Aroma Buffet Ramadhan, korang boleh layari laman Twitter @AromaBuffet dan juga Facebook ‘Ramadhan Buffet MAEPS’. klik ‘LIKE’ page tersebut untuk mendapat sebarang maklumat dan juga promosi yang akan ditawarkan.

Untuk mengetahui maklumat lanjut atau membuat tempahan hubungi 012-390 3191/ 012- 384 9091/ 012 – 313 1091 dan 012 – 382 5091.

 
Kalau nak diskaun 50% untuk buffet ni..bacalah fb kat bawah tu..Selamat beriklan..


so apa lagi??? Jom pergi MAEPS!

Friday 22 June 2012

CEKODOK DURIAN

Since sekarang nie tengah musim durian kat KL..tambah2 lagi ada balance durian yang beli aritu..buatlah cekodok yang simple lagi senang nie. Hehehe..Campurkan isi durian, tepung gandum, soda bicarbonate, gula dan air.. Kacau sehingga sebati dan gorenglah sehingga garing. Dah boleh buat makan untuk minum petang..Senang kan.. :)


HAPPY FATHER'S DAY DAN CHOCOLATE BANANA CAKE

Rasa2-nya tak terlambat untuk Liza mengucapkan "Selamat Hari Bapa" pada Ayah, Abah dan juga Babah. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Kebetulan Hari Bapa minggu lepas juga adalah HariJadi husband Liza..Jadi buat kek pun 2 in 1 jugaklah. Hehehe..Resepi kek nie Liza ambik dr blog Kak Citarasawan. Thank you for the recipe..Sedap sangat kek nie..rasa dia sebijik macam kt Secret Recipe..

P/S: Sorri, tak dpt nak upload plk gambar kek yang dah dipotong :(...

Wednesday 13 June 2012

SUPER MOIST CHOCOLATE CAKE

Selamat sejahtera semua..Ari nie nak kongsi resepi kek lagi dan lagi dan lagi..Hehehe.. Itu je benda yang Liza tahu buat..Ekekeke.. Patutlah badan pun dah segebu kek dia..
Resepi kali nie Liza ambik dari anak bujang Sarawak - Ryo. Keknya memang sedap dan moist. Manisnya pun sedang elok je. Liza takut jugak terover manis..Tapi rupa-rupanya sedang elok jer..Sesuai dgn anak tekak Liza yang tak berapa suka benda yang manis sangat. Cubalah try test..pasti tidak mengecewakan.


Super Moist Chocolate Cake
 
Bahan-bahan:
  • 100g Serbuk Koko*
  • 200g Gula pasir*
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.*guna chocolate rice pun ok gak

Penyediaan chocolate ganache:


Bahan2:
  • 150g coklat masakan
  • 65ml whipping cream
  • 1 sudu teh mentega
Cara2:
  1. Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Padamkan api.
  2. Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.
*Niat dihati memang nak buat ganache..tapi x sempat nak berganache..kek tu pun dah abis..Huhuuu


Sunday 10 June 2012

KEK CARROT WALNUT LAGI..

Selamat berhujung minggu semua..Tentu kebanyakan parents tengah busy giler sekarang nie sebab cuti sekolah akan berakhir hari nie..Bagi diri Liza, okay jelah..tak banyak bezanya sebab semua persiapan sekolah masih elok lagi..Cuma nak kena beli kasut je untuk bebudak..Hmmm..tak sampai setahun dah koyak. Budak zaman sekarang mcm tulah..Kita dulu..2 tahun pun masih elok lagi.
Hari nie Liza ingin berkongsi resepi Kek Carrot Walnut lagi tapi kali nie dengan cream cheese frosting. Kali nie Liza ambik dari blog Nasi Lemak Lover. Hasilnya sangat2 memuaskan..Liza buat kek nie untuk pertunangan kawan Liza exceli tapi atas sebab2 tertentu..kek tu tak menjadi pada saat2 terakhir..Huwaa...Baru bersemangat nk decorate kek..Sori yea..Cik Sxxxx..

KEK CARROT DGN CREAM CHEESE FROSTING

Kek Carrot
150g carrot yang telah diparut
130g tepung serbaguna
1/2sk baking powder
1/2sk baking soda
1/2sk garam
80g gula caster
80g gula perang
1/4sk serbuk buah pala
1/4sk serbuk kayu manis
100g minyak jagung
1/2tsp esen vanilla
2 biji telur, dipukul sedikit
40g kacang walnut, dicincang
40g kismis

Cara2nya
1. Ayak tepung, serbuk kayu manis, serbuk buah pala,baking powder dan baking soda ke dalam mangkuk.
2. Masukkan gula caster, garam dan gula perang, kacau rata.
3. Masukkan carrot, minyak jagung, esen vanilla dan telur, pukul sekejap sehingga adunan sebati.
4. Masukkan kacang walnut dan kismis, kacau sehingga semuanya sebati.
5. Tuangkan ke dalam bekas yang telah digriskan dan dialas kertas baking, bakar selama 40 dengan suhu 180c.
6. Biarkan sejuk sebelum meletakkan cream cheese frosting.

Cream Cheese frosting

150g cream cheese, pada suhu bilik
40g butter, pada suhu bilik
70g icing sugar, diayak
1sb jus lemon
Hirisan kulit lemon dari 1 biji lemon 

Cara2nya
1. Pukul cream cheese dan butter sehingga ringan dan creamy.
2. Masukkan icing sugar dan pukul pada kelajuan perlahan.
3. Masukkan jus lemon dan kulit lemon, gaul rata.
4. Simpan didlm peti sejuk untuk digunakan kemudian.

Saturday 9 June 2012

KUIH GETAS-GETAS

Buat kuih nie untuk minum petang semalam. Inilah kuih kegemaran Liza. Liza suka dengan tekstur dia yang kenyal-kenyal gitu...macam chewing gum. Hehehe.. Bahan-bahan dan cara nak membuatnya pun tak susah. Resepi pun tak ambik kat mana-mana..Resepi sendiri je..
KUIH GETAS-GETAS
Bahan-bahannya:-
300gm tepung pulut
1 biji kelapa parut putih
Sedikit garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Untuk Sira:-
3/4 atau 1 cawan gula pasir
1/4 cawan air

Cara-caranya:-
Masukkan tepung pulut dgn kelapa parut  dan juga sedikit garam. Gaulkan sehingga sebati. Kemudian masukkan air sedikit-sedikit sehingga menjadi satu adunan. Selepas itu bolehlah dibulat-bulatkan adunan tu dan gorenglah sehingga kuning.
Untuk menyira pulak, satukan gula dan air. Biarkan sehingga mendidih dan berbuih-buih. Kecilkan api. Selepas tu..masukkan kuih yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga gula menjadi keras dan berketul-ketul.

FROM TAIPING WITH LOVE PART 3

Masih lagi kisah balik kampung aritu..Kali nie kitaorang pergi mandi-manda kat Burmese Pool..Kawasan nie dekat jer dgn Zoo Taiping. Jadik dah alang2x pergi Zoo Taiping tu..jangan lupa singgah kat "Pool" nie. Nama je Burmese Pool tapi sebenarnya kawasan air terjun..Hehehe..
Bila dah lama tak mandi air terjun..masing2x takut nak turun...

Mak budak tengah melayan anak2x-nya
Hmm..bila dah turun..susah pulak nak suruh naik
Pemandangan sepanjang jalan balik ke rumah..

Sunday 3 June 2012

FROM TAIPING WITH LOVE PART 2

Selamat ketemu lagi..Hari nie Liza tak de resepi yang nak dikongsi..Gambar belum save lagi dlm laptop. Liza cuma nak berkongsi gambar masa balik kampung aritu..Masa nie kitaorang pg melawat Zoo Taiping.  Pada siapa2x yang belum pg lagi Liza nasihatkan bawak org Taiping pergi sekali..boleh dapat diskaun 50%..Huhuuu..Kitaorang pun baru tahu masa beli tiket aritu.. :(

Budak-budak tu tak sabar2x nak mengembara kat Zoo Taiping..Hehehe..
Budak kecik nie dah tak larat nak jalan dah..Monyok jer
 
Bila dah start berjalan...berpeluh jugak nak mengejarnyer..
Pak Hitam yan tengah berehat nak tunggu malam menjelma..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...