Saturday 7 January 2012

CREAM PUFF


Kali nie Liza ingin berkongsi resepi “Cream Puff” yang Liza ambil dr buku resepi  “Resepi Pesta Perut”.  Ini semua gara2x tengok rancangan Masterchef Malaysia kat Astro Ria aritu..Sedap pulak bila tengok diaorg masak cream puff tu..Hehehe..
Dah lama dah nak buat cream puff nie tapi cam biasalah asyik postpone je..Dulu pernah cuba resepi kat blog Kak Rima tapi anak2x Liza kata bau telur dia kuat sangat..sebab resepi dlm blog Kak Rima menggunakan kuning telur yang banyak utk krim kastadnya..manakala dlm resepi nie x payah mengasingkan putih dan kuning telurnya..Jadi senang sikit nak membuatnya..Hehehe..
Kalau buat satu adunan dapat agak banyak juga cream puffnya..Jadi x perlulah nak menggandakan adunannya..Resepinya cukup utk 6 hingga 7 org makan.


Cream Puff

Bahan Pastry
330gm air
190gm mentega
Secubit garam
240gm tepung gandum
9 biji telur

Tuang air, mentega dan garam ke dlm mangkuk dan jerangkan di atas dapur sehingga mendidih. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan segera. Masak sehingga adunan menjadi satu dough yang tidak melekit ditepi  periuk.
Sejukkan adunan sebentar dan kemudian pukul adunan sambil menuangkan telur satu persatu sehingga habis. Masukkan adunan ke dlm piping bag dan dgn menggunakan nozzle bintang, terapkan bulatan kecil2x ke atas tin pembakar kuih yg telah dialas dgn kertas kuih.
Bakar didlm ketuhar selama 25 minit dgn suhu 200 darjah celcius.

Krim Kastad
35 gm tepung kastad
2 biji telur
1 tin susu cair – dibahagikan dua
225 ml air
160gm gula
½ sdb mentega
Sedikit esen vanilla

Bancuh tepung kastad dgn telur dan setengah tin susu cair. Tapis dan ketepikan. Air, setengah tin susu cair tadi dan juga gula dimasak diatas api sehingga mendidih.
Kemudian kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung kastad tadi dan kacau sehingga adunan agak pekat. Selepas itu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan krim kastad ini sebelum dimasukkan kedlm pastry tadi.

Senang jekan. Selamat mencuba.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...