Sunday 26 February 2012

KEK AIS KRIM


Apa khabar semua..pergi mana ari nie? Al-maklumlah semua dah dpt gajikan..hehehe..Mesti ada yang pergi shopping ataupun makan yang sedap2x bersama keluarga..Ye la..sebulan sekalikan.  Merekalah yang selalu berkorban utk kita masa kita sibuk bekerja. Tanpa kerjasama mereka..rasa2xnya kerja kita pun tak boleh nak berjalan.  Hehehe..apalah Liza mengarut malam2x buta nie..Sori yea..

Kali nie Liza cuma ingin berkongsi resepi yang paling simple dan mudah. Kek Aiskrim..Liza buat kek nie bersempena dgn birthday anak sulung Liza yang ke-13.  Cubalah..jangan tak cuba..

Resepi nie..Liza ambik dr fotopages Miss Creative Cakes. Mintak izin copy and pastekan kt sini..

 Mula2x.. kena buat vanilla sponge cake dulu. Lepas tu boleh tengok cara2x membuatnya kat sini..

Vanilla Sponge Cake 

BAHAN-BAHAN

120gm Gula
120gm Tepung
4 biji Telur ‘B’
10gm Super sponge
20gm Air
20gm Minyak jagung


CARA-CARANYA

• Putar gula, tepung, telur, super sponge dan air sehingga kembang dan kental (guna kelajuan tinggi)
• Perlahankan kelajuan dan masukkan minyak jagung
• Bakar suhu 170c

Note : Resipi nie boleh guna buat swiss roll juga suhunya 190 – 200c
Kalau nak rasa koko, tukarkan Tepung 100g dan koko 20gm


Wednesday 22 February 2012

MARBLE CAKE


Hi all, Selamat Bersiaran..Dah lama dah tak update blog nie..Dah bersarang dah jadiknye… Hehehe..
Seperti biasa..tuan rumahnyer asyik busy memanjang. Tak de masa nak update blog nie. But anyhow sempat jugaklah buat satu kek nie tapi bukan Liza yang buat. Liza suruh Mr “H” yg buatkan sempena harijadi Liza aritu..
Nasib baiklah kek tu menjadi..cuma bahagian atasnye hangus sikit. Tak perlah..yang penting sedap dan gebus segebusnye macam nama pemilik resepi tu sendiri..”Cik Mat Gebu”.  Cik Mat mintak izin copy and pastekan resepinya di sini yea..
Bersungguh2x nampaknya..Hehehe..
Ini gambar sebelum masak oven




P/S: Tak sempat nak ambik gambar kek selepas masak sebab dah abis dingap oleh Liza ngan anak2x...
 
Marble Cake

Bahan2-nya:-
300 g mentega (guna high quality butter)
280 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan, diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60g sebiji dengan kulit)
250 g gula pasir
1 camca besar ovallate (cake stabilizer)
30 g gliserin (boleh ganti dengan susu sejat)
20 g air
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar coklat emulco

Cara2-nya:
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin bulat berukuran 9 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga kembang dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gunakan kelajuan perlahan. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula pasir dan ovallate, putar perlahan hingga gula dan ovallate bergaul rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kuih baulu.
  4. Perlahan kan speed dan masukkan no. 2 perlahan2 sehingga habis, putar sebati. Masukkan esen vanilla, gliserin dan air, kacau rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian sama banyak, satu biar pada warna asal dan satu lagi campur dengan coklat emulco, kacau rata.
  5. Sudukan ke dalam tin kek tadi secara berselang-seli, dan buat hingga siap. Kemudian, ambik pisau atau chostick, buat beberapa lorekkan pada adunan kek tadi, cukup sekadar 3 - 4 kali lorekkan. Bakar 50 - 55 minit atau hingga kuning keemasan, check dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak.Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...