Friday 22 June 2012

CEKODOK DURIAN

Since sekarang nie tengah musim durian kat KL..tambah2 lagi ada balance durian yang beli aritu..buatlah cekodok yang simple lagi senang nie. Hehehe..Campurkan isi durian, tepung gandum, soda bicarbonate, gula dan air.. Kacau sehingga sebati dan gorenglah sehingga garing. Dah boleh buat makan untuk minum petang..Senang kan.. :)


HAPPY FATHER'S DAY DAN CHOCOLATE BANANA CAKE

Rasa2-nya tak terlambat untuk Liza mengucapkan "Selamat Hari Bapa" pada Ayah, Abah dan juga Babah. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Kebetulan Hari Bapa minggu lepas juga adalah HariJadi husband Liza..Jadi buat kek pun 2 in 1 jugaklah. Hehehe..Resepi kek nie Liza ambik dr blog Kak Citarasawan. Thank you for the recipe..Sedap sangat kek nie..rasa dia sebijik macam kt Secret Recipe..

P/S: Sorri, tak dpt nak upload plk gambar kek yang dah dipotong :(...

Wednesday 13 June 2012

SUPER MOIST CHOCOLATE CAKE

Selamat sejahtera semua..Ari nie nak kongsi resepi kek lagi dan lagi dan lagi..Hehehe.. Itu je benda yang Liza tahu buat..Ekekeke.. Patutlah badan pun dah segebu kek dia..
Resepi kali nie Liza ambik dari anak bujang Sarawak - Ryo. Keknya memang sedap dan moist. Manisnya pun sedang elok je. Liza takut jugak terover manis..Tapi rupa-rupanya sedang elok jer..Sesuai dgn anak tekak Liza yang tak berapa suka benda yang manis sangat. Cubalah try test..pasti tidak mengecewakan.


Super Moist Chocolate Cake
 
Bahan-bahan:
  • 100g Serbuk Koko*
  • 200g Gula pasir*
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.*guna chocolate rice pun ok gak

Penyediaan chocolate ganache:


Bahan2:
  • 150g coklat masakan
  • 65ml whipping cream
  • 1 sudu teh mentega
Cara2:
  1. Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Padamkan api.
  2. Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.
*Niat dihati memang nak buat ganache..tapi x sempat nak berganache..kek tu pun dah abis..Huhuuu


Sunday 10 June 2012

KEK CARROT WALNUT LAGI..

Selamat berhujung minggu semua..Tentu kebanyakan parents tengah busy giler sekarang nie sebab cuti sekolah akan berakhir hari nie..Bagi diri Liza, okay jelah..tak banyak bezanya sebab semua persiapan sekolah masih elok lagi..Cuma nak kena beli kasut je untuk bebudak..Hmmm..tak sampai setahun dah koyak. Budak zaman sekarang mcm tulah..Kita dulu..2 tahun pun masih elok lagi.
Hari nie Liza ingin berkongsi resepi Kek Carrot Walnut lagi tapi kali nie dengan cream cheese frosting. Kali nie Liza ambik dari blog Nasi Lemak Lover. Hasilnya sangat2 memuaskan..Liza buat kek nie untuk pertunangan kawan Liza exceli tapi atas sebab2 tertentu..kek tu tak menjadi pada saat2 terakhir..Huwaa...Baru bersemangat nk decorate kek..Sori yea..Cik Sxxxx..

KEK CARROT DGN CREAM CHEESE FROSTING

Kek Carrot
150g carrot yang telah diparut
130g tepung serbaguna
1/2sk baking powder
1/2sk baking soda
1/2sk garam
80g gula caster
80g gula perang
1/4sk serbuk buah pala
1/4sk serbuk kayu manis
100g minyak jagung
1/2tsp esen vanilla
2 biji telur, dipukul sedikit
40g kacang walnut, dicincang
40g kismis

Cara2nya
1. Ayak tepung, serbuk kayu manis, serbuk buah pala,baking powder dan baking soda ke dalam mangkuk.
2. Masukkan gula caster, garam dan gula perang, kacau rata.
3. Masukkan carrot, minyak jagung, esen vanilla dan telur, pukul sekejap sehingga adunan sebati.
4. Masukkan kacang walnut dan kismis, kacau sehingga semuanya sebati.
5. Tuangkan ke dalam bekas yang telah digriskan dan dialas kertas baking, bakar selama 40 dengan suhu 180c.
6. Biarkan sejuk sebelum meletakkan cream cheese frosting.

Cream Cheese frosting

150g cream cheese, pada suhu bilik
40g butter, pada suhu bilik
70g icing sugar, diayak
1sb jus lemon
Hirisan kulit lemon dari 1 biji lemon 

Cara2nya
1. Pukul cream cheese dan butter sehingga ringan dan creamy.
2. Masukkan icing sugar dan pukul pada kelajuan perlahan.
3. Masukkan jus lemon dan kulit lemon, gaul rata.
4. Simpan didlm peti sejuk untuk digunakan kemudian.

Saturday 9 June 2012

KUIH GETAS-GETAS

Buat kuih nie untuk minum petang semalam. Inilah kuih kegemaran Liza. Liza suka dengan tekstur dia yang kenyal-kenyal gitu...macam chewing gum. Hehehe.. Bahan-bahan dan cara nak membuatnya pun tak susah. Resepi pun tak ambik kat mana-mana..Resepi sendiri je..
KUIH GETAS-GETAS
Bahan-bahannya:-
300gm tepung pulut
1 biji kelapa parut putih
Sedikit garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Untuk Sira:-
3/4 atau 1 cawan gula pasir
1/4 cawan air

Cara-caranya:-
Masukkan tepung pulut dgn kelapa parut  dan juga sedikit garam. Gaulkan sehingga sebati. Kemudian masukkan air sedikit-sedikit sehingga menjadi satu adunan. Selepas itu bolehlah dibulat-bulatkan adunan tu dan gorenglah sehingga kuning.
Untuk menyira pulak, satukan gula dan air. Biarkan sehingga mendidih dan berbuih-buih. Kecilkan api. Selepas tu..masukkan kuih yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga gula menjadi keras dan berketul-ketul.

FROM TAIPING WITH LOVE PART 3

Masih lagi kisah balik kampung aritu..Kali nie kitaorang pergi mandi-manda kat Burmese Pool..Kawasan nie dekat jer dgn Zoo Taiping. Jadik dah alang2x pergi Zoo Taiping tu..jangan lupa singgah kat "Pool" nie. Nama je Burmese Pool tapi sebenarnya kawasan air terjun..Hehehe..
Bila dah lama tak mandi air terjun..masing2x takut nak turun...

Mak budak tengah melayan anak2x-nya
Hmm..bila dah turun..susah pulak nak suruh naik
Pemandangan sepanjang jalan balik ke rumah..

Sunday 3 June 2012

FROM TAIPING WITH LOVE PART 2

Selamat ketemu lagi..Hari nie Liza tak de resepi yang nak dikongsi..Gambar belum save lagi dlm laptop. Liza cuma nak berkongsi gambar masa balik kampung aritu..Masa nie kitaorang pg melawat Zoo Taiping.  Pada siapa2x yang belum pg lagi Liza nasihatkan bawak org Taiping pergi sekali..boleh dapat diskaun 50%..Huhuuu..Kitaorang pun baru tahu masa beli tiket aritu.. :(

Budak-budak tu tak sabar2x nak mengembara kat Zoo Taiping..Hehehe..
Budak kecik nie dah tak larat nak jalan dah..Monyok jer
 
Bila dah start berjalan...berpeluh jugak nak mengejarnyer..
Pak Hitam yan tengah berehat nak tunggu malam menjelma..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...