Monday 29 October 2012

KEK MENTEGA CIDA

Selamat Hari Raya Aidil Adha..Semoga anda semua diberkati Allah s.w.t. Hari nie Liza ingin berkongsi resepi Kek Mentega dari blog Cida Denuanza. Keknya tersangatlah moist dan gebus.. Keknya hanya dibakar dengan api bawah sahaja dan ditukarkan ke api atas dan bawah pada 15 minit yang terakhir. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

250 gram butter- Liza guna pure butter jenama 5 star
200 gram gula kastor / 160 gram gula pasir (kisar halus jika guna gula pasir)
250 gram tepung gandum
6 biji telur
4 sudu besar susu cair (dlm tin)
2 sudu kecil baking powder (sudu kfc)
1 sudu teh esen vanila
kepingan badam / choc chip jika suka

cara-cara:

panaskan oven pada suhu 160 darjah (ikut oven masing2- Liza cuma guna api bawah shj)
pukul mentega + gula sampai kembang (leh nampak sedikit pucat dr sebelumnya)
masukkan esen vanila
masukkan telur sebiji demi sebiji (biar telur pertama sebati sblm masukkan telur ke2 dan seterusnya)
ayak tepung + baking powder
masukkan sedikit2 kedalam adunan (bahagi agak2 utk 4 kali)- secara berselang seli ngan susu
(1 bhgn tepung, diikuti 1 sudu susu air)- buat sampai abis
matikan mixer- kacau adunan guna sudip kayu hingga ke dasar bekas kalau2 ada adunan yg tak sebati, sambung mixer sekejap je just utk sebatikan adunan...

masukkan choc chip (leh gak guna choc rice)
(agak2 dlm 4 sudu)
sebatikan guna sudip je
griskan loyang ngan sedikit mentega atau lapikkan dengan kertas minyak...
x perlu sampai bungkus keliling loyang yuppp...
masukkan adunan dlm loyang

bakar selama 1 jam / sehingga kek masak- sila uji guna lidi - jgn buka oven sebelum 30 mnt pertama
utk 15 mnt terakhir, Liza tukar kpd api atas dan bawah utk garingkan permukaan kek...
sejukkan sebentar dlm 10 mnt sblm alihkan kek dari loyang...


Saturday 20 October 2012

KEK KUKUS BUAH PRUNE AND KEK COKLAT MOIST

Selamat pagi semua..Harap2 semua berada dalam keadaan sihat walfiat. Hari nie nak berkongsi resepi Kek Kukus Buah Prune dan Kek Coklat Moist..Wah..wah..wah..ari nie entri istimewa..2 dalam 1. Hehehe..

Semenjak pergi belajar dgn Chef Asma aritu..semangat nak masak kek kukus dan membakar kek semakin membara..Ada confident sikit..Hehehe..Kalau tidak tu..asyik tanya diri sendiri je.."Boleh buat ke nie?"..

Oklah..tak nak membebel panjang2..Kek nie Liza buat utk dihidangkan pada Hari Raya Haji yang akan menjelang tak lama lagi. Mak Liza suka sangat kek kukus..Selalu jugak dia suruh Liza buat..tapi biasa la anak dia nie..malas sikit..Hehehe..Mintak izin tuan rumah untuk copy and paste resepinya kat sini..

Untuk kek kukus buah prune, Liza ambil dari My Resipi.

Bahan-bahan ( square baking tin-small )

  • 250g butter
  • 1 1/4 cawan gula castor
  • 7 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 paket Cream Crackers (kalau bole yg tawar)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Coloring ikut suke
  • Sunsweet prune or asam deduwit

Cara-cara

  1. Sediakan pengukus, grease kan loyang. Sementara tu, blend cream crackers hingga jd halus.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang kemudian masukkan telur sebiji sebiji sambil kacau ngan mixer.
  3. Masukkan esen vanilla, susu segar dan susu pekat kacau.
  4. Masukkan biskut yg dah diblend td sedikit demi sedikit hingga bancuhan jadi tak terlalu cair atau pekat.
  5.  Bahagikan adunan ikut color yg disukai. 2-3 color sesuai, dan bancuhkan setiap adunan yg dibahagikan 3 tadi.
  6.  Masukkan 4 sudu untuk 1st layer-ori color, kukus 10 minit. Kemudian 2nd layer-red color, 3rd layer-green color, 4th layer bolehla letak prune or asam deduwit tu. Repeat step ni hingga loyang penuh.
  7. Masukkan dlm oven (medium heat) selama 10 minit untuk kek tahan lebih lama


Untuk Kek Coklat Moist pulak, Liza ambil dr blog Denuanza.

bahan a:

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko berkualiti tinggi (imported)
1 3/4 cawan gula pasir
1 1/2 sudu teh baking powder (sudu kfc)
1/2 sudu teh baking soda

(satukan semua bahan ke dalam besen yg agak besar, ketepikan)

bahan B:

1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan air panas
2 biji telur gred A (kalo gred b/c, guna 3 biji)- pukul sedikit mcm nk buat telur dadar)

(satukan semua bahan b )

cara:

masukkan bahan B ke dalam bahan A..
gaul sebati sampai hilang ketul2..
boleh di tapis agar tiada ketul2 yg kelihatan pada kek nti

masukkan ke dalam loyang saiz 7/8 inci
(loyang di sapu minyak dan ayak tepung di permukaan loyang secara nipis)

atau gunakan kertas minyak

bakar selama 1 jam 15 mnt atau sehingga kek masak
adunan boleh juga dikukus
 

Friday 12 October 2012

KELAS KEK LAPIS, KUKUS DAN BAKAR CHEF ASMA

Salam semua...dan selamat berhujung minggu. Maaflah tak dapat nak update blog pada minggu lepas. Busy sesangat2..tambah2 pulak ada kelas aritu..Hehehe..Bukan kelas degree atau master yea..Tapi kelas masakan..:) Hahaha..
Ha'ah..ari Sabtu lepas Liza pergi kelas kek lapis, bakar dan kukus oleh Chef Asma. Best giler..Chef boleh siapkan 10 jenis kek dalam masa satu hari jer. Fuyooo..Anda hanya perlu bayar RM180 je. Boleh belajar buat kek dan bawa balik kek tu bagi kat family makan. Berbaloi2 kan..Hehehe..
Okaylah..ari nie tak de resepi yang nak dikongsikan..Hanya gambar masa kelas dan contoh2 kek yang ditapau bawa balik aritu..
Chef Asma

Chef mengajar teknik mengamkan Kek Lapis
Contoh2 kek yang dibawa balik

Semestinya sedap dan moist..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...