Sunday 13 October 2013

KEK COKLAT KEJU KUKUS

Salam hujung minggu... tentu semuanya sedang berehat bersama family masing2. Almaklum la budak cuti sekolah dah start cuti esok bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha pada hari Selesa yang akan datang.

Ok, la. Tanpa membuang masa.. Kali nie Liza ingin berkongsi resepi kek kukus yang Liza ambil dari Kak Dayang Dapurku Sayang yang memang terkenal dengan Kek Lapis dan Kek Kukusnya.

Kalau tengok gambar kek Kak Dayang dengan Liza punya memang jauh berbeza..Hehehe.. Tapi rasanya memang sedap sangat..Abis licin orang2 ofis Liza makan..  :)



Kek Coklat Keju Kukus

bahan-bahan : loyang 8x8x3

Lapisan Coklat :
  • 170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
  • 170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - DJ menggunakan mentega jenama Farmcows
  • 3 biji telur gred B
  • 220g gula kastor
  • 45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Lapisan Keju :
  • 600g krim keju (pada suhu bilik)
  • 2 biji telur
  • 120g gula kastor
  • 1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
  • 4 sudu makan tepung gandum

Cara membuat :
Lapisan Coklat :
  1. Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan. 
  2. Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi. 
  3. Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
  4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan. 
Lapisan Keju :
  1. Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
  2. Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
  3. Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati. 
Cara mengukus :
  1. Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. 
  2. Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
  3. Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit. 
  4. Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
  5. Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. 
** Perlu diingatkan kek ini TIDAK menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Harap maklum.  



Sunday 22 September 2013

APAM GULA HANGUS

Salam semua..Minggu nie Liza nak kongsikan resepi kuih apam yang 1st time buat terus menjadikkk..Hehehe.. Kalau tidak..asyik bantat je jadiknya.. Apam nie memang lembut dan gebuss.. Tapi kena make sure yang kita tak terover kukus.. Nanti kuih tu jadik "kering" pulak.. Takut tercekik pulak masa makan nanti.. Hehehe...Resepi kali nie Liza ambil dari blog Cik Mat Gebu..

APAM GULA HANGUS
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan gula pasir (Liza kurangkan 2 camca besar)
3/4 cawan air
2 camca besar golden syrup
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak masak (Liza guna minyak jagung)
2 camca besar marjerin (planta, boleh juga guna mentega)
2 camca besar susu pekat manis
1 camca teh soda bicarbonate*
1 1/2 cawan tepung gandum (Liza tambah lagi 1/2 camca besar)*(*gaul rata dan ayak)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Masak gula pasir hingga menjadir karamel, kacau sentiasa dan guna api kecil. Bila gula bertukar perang, berhati2 tuang air, masukkan golden syrup dan kacau rata. Biar mendidih dan matikan api. Sejukkan.
  2. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Kacau telur, minyak, marjerin dan susu pekat manis hingga sebati dan berkrim. Masukkan no. 1, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga habis, kacau hingga sebati dan licin.
  3. Lenser acuan apam dengan sedikit minyak. Tuang bancuhan apam 3/4 penuh, buah hingga habis dan kukus 15 minit atau hingga masak. Sejukkan sekejap dan boleh keluarkan dari acuan. Biar sejuk sepenuhnya dan boleh hidangkan..



Sunday 8 September 2013

HEAVENLY MILO AND OREO JELLY

Apa khabar semua? Seperti biasa la..baru nak update blog yang suam-suam kuku nie. Sekejap ada..sekejap tak de. Hehehe.. Bila dah abis Syawal, baru nak muncul. Al-maklumlah..raya sakan tahun nie.  

Kali nie Liza nak kongsikan resepi yang tidak asing lagi dikalangan blogger2 masakan. Kali nie Liza nak kongsi resepi puding pulak. Memang sedap puding nie..sekali makan mesti nk lagi..dan lagi..dan lagiiiii..
Resepi kali nie Liza ambik dari blog HomeKreation. Cuba jangan tak cuba.. Hehehe..


HEAVENLY MILO AND OREO JELLY

Bhn2:
1 bungkus agar2 / 10gm serbuk agar agar
750ml air
160gm gula 
1 tin ( 400gm) susu cair
3/4 cawan serbuk milo
1 bungkus (137gm) biskut oreo - patahkan tp biar 2 lapis

- masak agar agar dan air hingga larut.
- masuk gula dan masak hingga gula larut.
- masuk pula susu cair dan kacau hingga mendidih.
- asingkan 2 cawan ke dlm periuk lain dan campurkan milo, kacau hingga sebati.
- tuang 1 cawan campuran miloke dlm acuan, panaskan campuran milo yg setengah lg dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
- bila permukaan dah keras sedikit, tuang semua adunan putih td , tabur biskut oreo dan biarkan keras.
- tuang baki adunan milo dan biar membeku di suhu bilik sebelum masuk dlm peti sejuk..


TIPS UNTUK MELAPIS:
-  Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
-  Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik



Saturday 29 June 2013

BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE

Seperti yang dijanjikan pada entri yang lepas. Liza kongsikan resepinyer disini... Cuba... jangan tak cuba. Kek dia memang sedap... rasanyer lebih sikit kurang macam kat Secret Recipe la pulak... Hihii... perasan la tu... :)



BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE

Mula-mula kita kena masak Kek Span Coklat dulu...

KEK SPAN COKLAT
Bahan-bahan
4 biji telur (Gred B)
20gm serbuk koko
100gm tepung gandum
120gm gula kastor
10gm ovalette
20ml air
20ml minyak jagung

Cara-caranya:-
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk pembancuh.
2. Campurkan serbuk koko dengan tepung dan gaul rata. Masukkan didalam mangkuk berisi telur.
3. Masukkan gula, ovalette dan air. Putar adunan sehingga kembang 10 hingga 15 minit pada kelajuan tinggi.
4. Perhalankan putaran dan masukkan minyak. Kacau rata.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 35 minit sehingga masak pada suhu 170 darjah celcius.

Lepas tu...kena buat Krim Chocolate Ganache...

KRIM CHOCOLATE GANACHE
Bahan-bahan
330gm coklat masakan
130ml susu segar
375gm krim putar tawar (Whipping cream)

Cara-caranya:-
1. Potong kecil coklat masakan dan masukkan ke dalam bekas aluminium. Tuang susus segar yang dipanaskan.
2. Kacau rata dan biarkan adunan suam seketika.
3. Putar krim pada kelajuan sederhana sehingga pekat.
4. Masukkan krim putar ke dalam adunan coklat dan kacau rata

Kemudian...Chocolate Topping pulak..Hehehe..

CHOCOLATE TOPPING (GANACHE)
Bahan-bahannya
250ml krim putar tawar
30gm glukosa cair
250gm coklat masakan
30gm mentega
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:-
1. Didihkan krim putar bersama glukosa.
2. Tuang pada coklat masakan yang telah dipotong kecil dan kacau sehingga adunan sebati.
3. Masukkan mentega, esen vanilla dan kacau rata.

Akhir sekali...Sirap Koko

SIRAP KOKO
Bahan-bahannya
400ml air
80gm gula
2 sudu besar serbuk koko

Cara-caranya:-
1. Didihkan air dan gula. Masukkan serbuk koko, kacau sehingga rata dan biarkan sejuk.

Barulah kita boleh buat keknyer...

1. Potong kek span coklat menjadi tiga lapis. Letakkan lapisan pertama diatas cake board dan sapukan sirap koko.
2. Letakkan krim coklat diatasnya dan ratakan dengan ketebalan lebih kurang 1 cm. Kemudian susunkan pisang yang telah dibelah dua @ dihiris serong. Kemudian tutupkan balik dengan krim coklat tadi.
3. Letak lapisan kedua diatasnya dan ulangi langkah yang sama.
4. Letak lapisan ketiga dan ulangi langkah yang sama.
5. Ratakan krim coklat menggunakan spatula. Keraskan didalam fridge lebih kurang setengah jam.
6. Keluarkan kek dan tuang chocolate topping menutupi seluruh kek. Lepas tu boleh la hias kek mengikut daya kreatif.



HAPPY BELATED BIRTHDAY EN BAD

Happy Belated Birthday Babah... Dah tua setahun dah yea... Hihihiii...
Untuk birthday kali nie, En Bad request suruh buat "Kek Banana Chocolate Mousse". Adoooiii..seksanyer mengoogle cari resepi. Alih-alih...dapat resepi tu kat buku yang sedia ada kat dalam rumah nie. Hehehe... Cuma Liza adjust sikit tambahkan pisang dengan chocolate ganache.

Gambar Birthday Boy..
Liza akan sertakan resepinyer kat next entri...Hihihi... Sabar yea..Tungguuuuuu..


KUEH KASWI GANDUM

Salam semua...Dah agak lama jugak tak update apa-apa kat dalam blog nie..dah bersawang lagi jadiknyer...Hihihi...
Hari nie Liza ingin berkongsi resepi kueh kaswi gandum yang Liza buat petang tadi. Selalunyer... bila buat kueh nie tak pernahnyer menjadi..tapi ari nie jadik la pulak. Huhuu... Ini yang bersemangat nak masak-memasak nie... Kalau tidak jangan harap la... Beli la jawabnyer... :)
Ok la...Resepinyer, Liza ambil dr blog Chef Hanieliza. Cuma Liza ada adjust sikit resepinyer.. Sedap, kuehnyer ala goyang-goyang dangdut sikit..Hihihiii...


KUEH KASWI GANDUM

Bahan A
3 cawan air
1 cawan gula merah/gula melaka
1 cawan gula pasir

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi/jagung
Kelapa parut putih secukupnya
Sedikit garam

Cara-caranya:-
1. Campurkan semua bahan A dan panaskan sehingga gula hancur. Sejukkan.
2. Campurkan tepung gandum dan tepung kanji. Tuangkan bahan A ke dalam campuran tepung tadi. Kacau sehingga sebati. Kemudian tuangkan campuran tadi ke dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik.
3. Masukkan ke dalam periuk pengukus dan kukus selama 30 minit.
4. Bila kueh dah sejuk. Potong dengan pisau plastik dan gaul dengan kelapa parut yang telah dicampurkan dengan sedikit garam.


Friday 26 April 2013

RESEPI KEK BUTTER MRS NG SK.. YANG PUNYA

Hi semua, selamat berjumpa lagi. Kali nie Liza ingin berkongsi resepi kek butter yang sangat simple dan mudah untuk dibuat. Resepi nie Liza ambik masa tengah  blog walking kat blog Wendy - "Table for 2". Keknya sangat lembut dan moist walaupun tak dimakan utk beberapa hari. Hehehe..Kat rumah Liza nie..butter-butter cake macam nie tak berapa nak laku sangat. Yang nak makan pun Mak dia yang sorang nie..since Mak dia memang peminat tegar butter cake..

Kepada peminat-peminat butter cake kat luar sana, jangan lupa cuba resepi kek nie. Gerenti sodap...


KEK BUTTER MRS NG SK

Bahan-bahannya:
230gm mentega (disejukkan, jgn sampai cecah suhu bilik)
200gm telur (4 biji telur Gred B)
50gm + 150gm gula
200gm tepung naik sendiri (diayak)
60ml susu
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya:-
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan loyang yang telah digriskan dengan butter dan berukuran 8 inci.
2. Asingkan putih telur dengan kuning telur. Kemudian pukul putih telur sehingga sedikit kembang dan masukkan gula (50gm) sedikit demi sedikit sampai kembang dan kaku.
3. Pukul mentega dan gula yang selebihnya sehingga kembang dan pucat. Kemudian masukkan kuning telur satu persatu sehingga abis.
4. Masukkan separuh tepung naik sendiri dan putarkan perlahan-lahan sehingga sebati. Kemudian masukkan susu dalam dua kali dan kemudian masukkan tepung naik sendiri yang separuh lagi.
5. Masukkan separuh adunan putih telur ke dalam adunan tepung tadi dan putarkan perlahan-lahan sehingga sebati. Kemudian masukkan lagi adunan putih telur yang separuh lagi dan kaup balikkan sehingga sebati.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bolehlah dibakar selama 45 minit atau sehingga masak.



Saturday 13 April 2013

KUEH SERIMUKA PANDAN

Selamat Berhujung Minggu.. Semoga semuanya ceria-ceria selalu. Buat juadah apa untuk minum petang hari nie? Untuk minum petang kali nie, Liza buat Kueh Serimuka Pandan yang menjadi kegemaran Liza sejak kecil lagi. Liza sukan kueh yang berwarna hijau..macam kueh talam pandan, kueh cara manis, kueh bengkang pandan dan sebagainya. Hehehe..

Untuk resepi kali nie, Liza ambil dari blog Kak Yati Memories yang memang terkenal dengan kueh-kueh talam dan tradisional. 
P/S: Konon-konon nak buat Serimuka Berlapis tapi macam tak berapa nampak pulak lapisnyer..Huhuuu..



KUEH SERIMUKA PANDAN

Bahan2 Lapisan Bawah:-
  • 500g beras pulut
  • 300ml santan pekat
  • 300ml air
  • 2 tsp garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
  2. Basuh bersih & toskan
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
  4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan dalam loyang 10x10x2".
Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A
  • 250 gm gula castor
  • 100 mg tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • 20 gm daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan
Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/4 tsp pandan essence
  • pewarna hijau- secukupnya
Cara2nya:-
  1. Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje.
  2. Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit.

Sunday 7 April 2013

BASIC SCONE

Hai semua..selamat bertemu kembali. Kali nie Liza ingin berkongsi resepi omputeh pulak. Nak kata sekut bukan sekut..mungkin half sekut and half roti kut. But anyway, sedapp bangat.. Tambah-tambah pulak bila makan dengan jem yang manis-manis masam gitu.. Hehehe..
Resepi nie dikongsi oleh unit trust consultant Liza, Pn Salwa yang terkenal dengan kewesternannya...(Jangan mare..gurau jer)
Bak kata Pn Salwa, pejam mata pun boleh buat. Kalau makan dengan "Cream Clotted" lagi mengancam.. Tapi masalahnya benda tu hanya ada dijual kat Cold Storage je..tak main la kt Giant, Tesco dan seangkatan dgnnya.. Adoyaii. Kalau ada pun, nun jauh kt Putrajaya tu. 
Hehehe..
Mintak izin kongsikan resepinya kat sini ya..Pn Salwa.

BASIC SCONE

Bahan-bahan
450gm tepung naik sendiri
125gm mentega yang berkualiti (Liza guna jenam Anchor)
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
50gm gula caster
Susu segar secukupnya

Cara-caranya

  • Ayak tepung naik sendiri bersama dengan baking soda. 
  • Kemudian campurkan garam dan gula caster.
  • Selepas tu masukkan mentega yang telah dipotong kecil-kecil. 
  • Ramaskan adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga hampir-hampir menjadi satu adunan.
  • Untuk resepi Scone nie, Liza tambah sedikit cranberry kering.
  • Kemudian bulatkan dengan acuan bulat. Liza guna botol susu Avent jer so jadi comel-comel jer. Dapat la dalam 36 biji. Hehehe..
  • Bakar dalam ketuhar bersuhu 160 darjah celcius selama 7 hingga 10 minit atau scone sudah keperang-perangan.
  • Ok. Selamat Mencuba. Chow Chin Chau..





Friday 5 April 2013

KEK MARBLE CRUMBLE

Hai..apa khabo semua? Harap-harap semuanyer sihat-sihat belaka.Minta maaf le..minggu lepas tak berkesempatan nak mengupdate entri yang suam-suam kuku nie.. Hehehe.. Emotional sikit. So tak leh nak update entri takut kang jadi entri meluahkan perasaan bukannya entri masakan. Hehehe.. Apa-apa jelah Labu..
Anyway..kali nie Liza ingin berkongsi resepi "Kek Marble Crumble" yang Liza ambil dari majalah Saji keluaran Raya Ogos 2012..Resepi oleh Chef Khairi Anuar Ahmad.
Kek nie rasanya sedap sangat..Tak terlalu manis..Mungkin a bit manis kat crumble dia kut.. Moist and chocolatey.. Hehehe..Apa-apapun memenuhi selera keluarga Liza..Tambah-tambah pulak Liza memang peminat tegar kek marble. Wajib buat lagi nie.. Huhuuu..

KEK MARBLE CRUMBLE

Bahan A
250gm mentega
190gm gula aising
4 biji telur
5gm esen vanilla
250gm tepung gandum
5gm serbuk penaik
50gm coklat gelap kompaun

Bahan B
75gm mentega
75gm gula kastor
150gm tepung

Cara menyediakan

  • Pukul gula aising dan mentega hingga gebu. Masukkan esen vanilla serta telur sedikit demi sedikit sambil memutar.
  • Setelah sebati, masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit. Teruskan memutar sehingga adunan tadi sebati dan tidak berketul-ketul.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  • Untuk mendapatkan adunan coklat, ambil satu bahagian adunan tadi dan tuangkan coklat gelap yang telah dicairkan dan gaul sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam acuan bulat berukuran 9" secara berselang seli.
  • Gaulkan kesemua bahagian B sehingga menjadi bergentil, kemudian taburkan dipermukaan kek.
  • Kemudian bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30-35 minit.
Selamat mencuba.






Monday 25 March 2013

SELAMAT PENGANTIN BARU - AB & ZURA

Salam semua... Minggu nie tak de resepi baru yang nak Liza kongsikan.. Hanya gambar2 masa majlis pernikahan dan persandingan BIL Liza di Kampung Sawah, Negeri Sembilan. 

Selamat Pengantin  Baru Kak Liza ucapkan.. "Semoga setia hingga ke hujung nyawa".. Aminnn.. Hehehe..
Selamat Pengantin Baru
Masa majlis nikah..
Hasil keras tangan Liza, kain telekung
Yang nie plk.. kain sejadah


Saturday 16 March 2013

BROWNIES

Selamat petang semua..semoga semuanya sihat2 belaka. Hari nie walaupun sibuk (buat2 sibuk) menghadiri kenduri kahwin BIL (belah pihak perempuan) tapi masih lagi berkesempatan mengupdate entri utk minggu nie.. Hehehe..
Untuk entri kali nie, Liza ingin berkongsi resepi brownies yang Liza telah cuba try test dari blog "Joy of Baking".  Bagi Liza, brownies nie sedap sangat...sesuai la makan ngan aiskrim vanilla..Huhuu..Cuba..jgn tak cuba..
P.S:- Sorri..since blog tu dlm bahasa omputeh maka resepinyer pun dlm bahasa omputeh jugak la yea.. :)




Brownies:
5 ounces (150 grams) semisweet or bittersweetchocolatechopped
1/2 cup (1 stick) (113 grams) unsaltedbutter, cut into pieces
2 tablespoons (15 grams) cocoa powder
1 cup (200 grams) granulated whitesugar
1 teaspoon purevanillaextract
3 largeeggs
3/4 cup (95 grams) all-purposeflour
1/4 teaspoon salt


Preheat oven to 350 degrees F (180 degrees C) and place the rack in the center of the oven. Butter (or spray with a nonstick cooking spray) an 8 inch (20 cm) square pan, and line the bottom of the pan with parchment or wax paper.
Melt the chocolate and butter in a large stainless steel bowl placed over a saucepan of simmering water. Remove from heat and stir in the cocoa powder and sugar . Next, whisk in the vanilla extract and eggs, one at a time, beating well after each addition. Finally, stir in the flour, salt and chocolate chips (if using).Pour into the prepared pan and bake for about 25-30 minutes, or until a toothpick inserted in the center comes out witha little batter and a few moist clumps clinging to it. Do not over bake. Remove from oven and let cool on a wire rack. Serve at room temperature or chilled. These freeze very well.
Makes 16 brownies.



Saturday 9 March 2013

KEK AISKRIM LAGI...

Salam semua.. Selamat berhujung minggu.. Dahminum petang?.. Hehehe.. sama la.. Liza pun belum lagi.. Ingat hari nie nak buat cucoq ikan bilis jer. Dah lama tak makan..
Untuk minggu nie Liza ingin berkongsi resepi Kek Aiskrim yang Liza buat utk hari jadi anak bujang Liza aritu..

Resepi kek kali nie Liza ambik dr blog Dunia Dapur Kama. Tapi untuk kek Liza, Liza guna campuran aiskrim coklat dan aiskrim oreo..Jadik macam berlayer-layer gitu..Hehehe..



KEK AISKRIM

Bahan-bahan kek:
250g tepung sponge mix
4 biji telur
50 ml air
50 ml minyak @ marjerin cair (Liza guna marjerin cair)

Cara membuatnya :
Pukul semua bahan diatas kecuali marjerin cair sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan marjerin cair.
Kacau sehingga rata dan sebati.
Masukkan kedalam loyang berukuran 10" (Liza guna loyang 8")
Bakar sehingga masak (lebih kurang 45 minit dengan suhu 150 darjah)

Bahan Untuk Filling:
1 bekas aiskrim vanilla - apa2 brand (Liza guna 1 bekas aiskrim coklat dan satu bekas aiskrim oreo)
1 cawan whipping cream (optional) (Liza tak letak)
Biskut oreo (hancurkan) @ Choc chip (saya guna choc chip) (Liza letak biskut oreo hancur ngan coklat kit kat)

Cara-cara:
Campurkan aiskrim dan whipping cream
Gaul rata dan sebati
Campurkan biskut oreo @ choc chip
Gaul rata

Bahan Untuk Topping:
Whipping cream
Biskut Oreo secukupnya (untuk hiasan)

Cara-cara:
Pukul whipping cream sehingga kembang.

Cara menghias :
Belah kek kepada 2 @ 3 bahagian.
Sediakan loyang bersaiz 9 inci
#(Jika kek lebih besar dari loyang jangan dipotong. Tujuan adalah untuk melindungi aiskrim meleleh ketepi dan akan memudahkan kek dihias nanti)
Letak kek dilapisan bawah.
Sapu filling dengan ketebalan yang diingini.
Lapiskan lagi dengan kek
Sapu lagi dengan filling sehingga habis.
Lapiskan kek dibahagian atas
Bekukan dalam peti sejuk selama lebih kurang 6 jam @ lebih
Setelah beku, keluarkan kek dari peti sejuk
Keluarkan kek dari loyang.
Bolehlah di hias topping dan biskut oreo mengikut citarasa masing-masing

Saturday 2 March 2013

KEK LAPIS CHEESE PERSONA

Salam semua...Mood mengupdate datang lagi..Hehehe.. Biasa la tu.. kena tunggu ada mood dulu.. baru leh update..Huhuuu..
Kali nie Liza ingin berkongsi resepi cheese cake yang sangat sedap dan famous satu ketika dulu.. Liza rasa Liza pernah berkongsi resepi cheese cake tu kat sini..kalau tak silap la..Hehehe..
Tapi tak pe..Liza copy and pastekan kat sini sekali lagi..
Kek nie Liza buat utk harijadi rakan ofis Liza pada bulan Februari aritu.. Hehehe.. Hopefully you love the cake.. "Happy Birthday..dear"..
Lupa plk..resepi nie Liza ambik dari blog Ryo.



Kek Lapis Cheese Persona 
Bahan2: (Saiz 8x8)

A:

  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g 
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Caranya :

  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukkan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Saturday 16 February 2013

POLO BUN

Salam semua, dah sarapan dah? Harap semua sihat-sihat belaka. Semenjak dua menjak nie.. badan tak berapa nak sihat la pulak..Tapi tak per, demi blogku nie..ku korbankan segalanya..Hehehe..
Seperti yang dijanjikan pada entri yang lepas, Liza akan berkongsi resepi "sweet bun" yang Liza buat aritu.. .
Bun nie ala2 mexican bun tapi cuma tak masukkan perisa kopi jer. Intinya.. kita boleh pelbagaikan..ada orang suka letak butter, margerin, cream cheese etc..tak kisah la.. sebab kita yang buat dia pun..Hehehehe..
Resepi kali nie Liza ambik dr blog Kak Ummi Home Sweet Home.



POLO BUN

Bahan Roti:- (dapat 9 ketul besar)
  • 250 gm tepung protein tinggi/tepung roti
  • 20 gram susu tepung
  • 1 biji telor
  • 1 1/2 sudu teh yis segera
  • 50 gram gula kastor
  • 100 ml susu air 
  • 30 gram mentega tawar
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh bread improver 
  • 1 1/2 sudu teh bread softner 
  • Naisu (filling/bahan isi) secukupnya - Liza letak margerin 

Bahan Kulit Polo:-
  • 55 gram mentega
  • 55 gram gula kastor
  • 25 gm telor (lebih kurang 1/2 biji) - dipukul sikit dgn garfu
  • 2 sudu teh susu tepung
  • 130 gram tepung protein rendah/tepung gandum
Cara Membuat Kulit Polo:-
  1. Gaul mentega bersama gula kastor dengan whisk hingga rata.
  2. Masukkan telor dan gaul rata lagi.
  3. Masukkan susu tepung dan tepung, gaul rata doh dan bulatkan. Ketepikan.
  4. Canai nipis doh dan potong membulat dengan cutter dan letakkan di atas doh. (Kalau nak tengok gambar mcmana nak buat kulit bun polo nie..bolehlah pergi ke blog Kak Ummi)
Cara Membuat Roti:-
  1. Campur kesemua bahan kecuali mentega dan garam, diuli setengah rata.
  2. Masukkan mentea dan garam dan uli lagi sehingga elastik. Biarkan naik 1 jam. 
  3. Bila adunan telah naik. Tumbuk-tumbuk doh sebentar untuk keluarkan angin. Uli sekejap.
  4. Bahagikan doh kepada 70 gm setiap satu dan bulat-bulatkan hingga habis.
  5. Kemudian ambil satu doh, leperkan dan isi dengan filling (naisu) kegemaran. Tutup kembali doh dan bulatkan. Letakkan di dalam loyang. Buat sehingga habis dan biarkan naik.
  6. Letakkan kulit polo yang dicanai tadi di atas doh roti dan buat garis silang dengan menggunakan pisau. Buat sehingga habis dan biarkan doh naik seterusnya hingga 2x ganda saiznya
  7. Panggang hingga matang. (Liza pun ikut mcm Kak Ummi jgk, panaskan suhu oven pada 175 C dan bakar selama 17 minit)

Saturday 9 February 2013

KELAS BUAT ROTI SANDWICH, SWEET DAN SAVOURY BUN

Baru ada "feel" nak update blog..Last week tak berkesempatan nak update sebab busy prepare beberapa hidangan utk "meeting" kenduri kahwin BIL yang bakal berlangsung bulan depan.
Sebenarnya minggu sebelum tu..masa cuti Hari Thaipusam, Liza ada pergi kelas Chef Asma lagi..Hehehe. Kali nie Liza belajar buat roti pulak. Suka sangat makan roti tapi bila buat sendiri asyik tak naik jer.. Last2 buang bagi  kt Cik Tong..Huhuu..
Tak rugi pergi kelas nie.. (Hehehe..tak abis2 nak promote) walaupun bayarannya agak tinggi sikit tapi berbaloi2 ilmu yang kita dapat tu. Banyak la tips2 dan teknik2 yang telah Chef ajarkan. Menjadik jugak roti yang Liza buat masa kenduri aritu..Hehehe... Nanti Liza kongsikan resepinya di entri yang akan datang. Untuk entri kali nie..layan ajelah pics yang sempat Liza snap masa kelas aritu..
Proses menaikkan doh..
Rupa Potato Bread sebelum di bakar..
Roti  Burger..lepas nie tak yah beli lagi..Hehehe..
Red bean bun dgn roti sosej..Yummyyy..

Sunday 27 January 2013

PUDING BATIK MARIE

Salam semua... selamat bercuti.. hehehe.. Bila cuti nie, baru la ada masa sikit nak update blog nie. Kalau tidak jangan harap la.
Untuk entri kali nie, Liza ingin berkongsi resepi puding yang Liza ambik dr blog Hana's Family. Liza rasa banyak resepi nie kat luar sana..ada yang panggil "Kek Batik Marie", "Kek Batik Jawa".  Hehehe..macam-macamlah..tapi yang pasti bahan2 dia kebanyakkannya sama..dan juga rupanya mesti tak lari punya. 

Hehehe..comotnya gambar tu..almaklumlah jurukamera amatur. 
PUDING BATIK MARIE
Bahan-bahan
  • 300g biskut marie-dipatahkan 4
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 cawan milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 cawan bijiran nestum untuk baby - Liza gune nestum keluarga
  • 1 cawan butter
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil vanilla essence
Cara-cara
Pukul telur sedikit dan campurkan semua bahan2 melainkan biskut. Masak diatas api yang sederhana. Bila mentega sudah cair, dan adunan agak memekat, masukkan biskut dan gaul rata. Tuang adunan kedalam loyang yang telah di alas dengan plastic(untuk memudahkan memotong) dan tekan2kan hingga padat. Bila semua dah selesai, masukkan kedalam fridge dan biarkan hingga sejuk dan menggeras.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...