Sunday 27 January 2013

PUDING BATIK MARIE

Salam semua... selamat bercuti.. hehehe.. Bila cuti nie, baru la ada masa sikit nak update blog nie. Kalau tidak jangan harap la.
Untuk entri kali nie, Liza ingin berkongsi resepi puding yang Liza ambik dr blog Hana's Family. Liza rasa banyak resepi nie kat luar sana..ada yang panggil "Kek Batik Marie", "Kek Batik Jawa".  Hehehe..macam-macamlah..tapi yang pasti bahan2 dia kebanyakkannya sama..dan juga rupanya mesti tak lari punya. 

Hehehe..comotnya gambar tu..almaklumlah jurukamera amatur. 
PUDING BATIK MARIE
Bahan-bahan
  • 300g biskut marie-dipatahkan 4
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 2 cawan milo
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 cawan bijiran nestum untuk baby - Liza gune nestum keluarga
  • 1 cawan butter
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil vanilla essence
Cara-cara
Pukul telur sedikit dan campurkan semua bahan2 melainkan biskut. Masak diatas api yang sederhana. Bila mentega sudah cair, dan adunan agak memekat, masukkan biskut dan gaul rata. Tuang adunan kedalam loyang yang telah di alas dengan plastic(untuk memudahkan memotong) dan tekan2kan hingga padat. Bila semua dah selesai, masukkan kedalam fridge dan biarkan hingga sejuk dan menggeras.

Thursday 24 January 2013

KEK LAPIS KUKUS ASAM MANIS

Salam semua.. Selamat Menyambut Hari Kebesaran Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita dapat mengeratkan lagi perpaduan ummah dikalangan umat Islam di tahun baru ini.
Pada entri kali ini, Liza ingin berkongsi resepi kek lapis kukus asam manis yang Liza buat pada hari minggu yang lepas. Resepi kali nie..Liza ambik lagi dari blog Kak Azlita MasamManis. 

KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES
Bahan-bahannya:-
5 biji telur ~ grade A yg sejuk dari peti ais 
225 g gula halus 
220 g tepung gandum
1 sk rata baking powder
1 sb ovalette 
150 ml susu cair 
1/2 sk garam 
100 ml minyak jagung/masak 
1 sk esen vanilla 
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka 
secukup hawflakes ~ ita guna besar 50 sen

Panaskan kukusan
Sediakan loyang 8x8 inc
Sapukan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper

Ayak tepung dan baking powder
Kemudian campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
Pukul adunan hingga sebati dan gebu.
Kemudian masukkan minyak jagung atau minyak masak dan gaul adunan secara kaup balik dengan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati

Kemudian bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut kesesuaian dan warna yang kita suka.
Liza bahagi kepada 2 bahagian - warna asal dgn hijau (anggaran berat 150gm setiap lapisan) 
Tuangkan lapisan pertama dalam loyang dan ratakan
Susunkan kepingan hawflakes atas lapisan pertama. 
Kukus lapisan pertama selama 10minit
Bila masak angkat dan tuang lapisan kedua, dan susunkan hawflakes kukus semula
Buat kaedah yang sama sehingga habis setiap lapisan
Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 20 minit supaya kek masak secara keseluruhannya
Setelah kek masak, biarkan dalam loyang selama 10 minit
Kemudian terbalikkan atas redai
Biarkan kek sejuk sepenuhnya.

Friday 18 January 2013

HARIJADI MAK NGAN AYAH

Selamat Pagi semua.. Semoga anda semua ceria2 selalu. Utk entri kali nie, Liza ingin mengucapkan Selamat Hari Jadi pada mak dan ayah Liza. Semoga dipanjangkan usia dan sentiasa ceria selalu.Terima Kasih kerana bersusah payah membesarkan Liza sehingga jadi blogger macam sekarang..Hehehe.. Tak de la..Gurau jer..

Masih lagi tak de resepi baru.. Insyaallah akan Liza kongsikan pada entri yang akan datang. Sebenarnya masa harijadi Mak aritu, Liza ada buat surpise hantar Kek Harijadi yang Liza tempah dari NeeNeeShoppe. Terima Kasih yea kerana sudi menerima tempahan Liza. Pada sapa2 yang berada dikawasan sekitar Kamunting/Taiping/Larut Matang boleh la order kek kat NeeNeeShoppe. Pasti memuaskan hati dan harganya pulak sangat berpatutan. Mak dan Ayah Liza cakap kek tu sedap sangat dan sesuai dengan selera diaorang. Boleh la order lagi lain kali... Hehehe..
Kek Karamel dan Coklat Moist
Acu, Mak, Ayah dan "Pak Cik"...
Semoga kasih Mak ngan Ayah kekal hingga ke akhir hayat. Amin.

Wednesday 2 January 2013

SELAMAT DATANG 2013

Salam..I'm back for good..Hehehe..Poyo jer..Apa-apa pun Liza ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru pada semua yang mengenali diri Liza. Semoga tahun nie dapat memberi kekuatan dalam mengharungi cabaran-cabaran yang bakal mendatang. Liza memohon beribu kemaafan sekiranya ada entri2 yang Liza postkan dlm blog ini telah membuatkan pembaca Liza terasa hati...@etc...  :)

Ok la..masih lagi tak de resepi baru..cuma nak tayangkan Kek Black Forest yang Liza buat masa nak sambut tahun baru aritu dan Red Velvet Cake yang Liza buat bersempena dgn wedding anniversary Liza yang ke-15. Hehehe.. Resepinya boleh ambil disini dan disini



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...