Wednesday 22 February 2012

MARBLE CAKE


Hi all, Selamat Bersiaran..Dah lama dah tak update blog nie..Dah bersarang dah jadiknye… Hehehe..
Seperti biasa..tuan rumahnyer asyik busy memanjang. Tak de masa nak update blog nie. But anyhow sempat jugaklah buat satu kek nie tapi bukan Liza yang buat. Liza suruh Mr “H” yg buatkan sempena harijadi Liza aritu..
Nasib baiklah kek tu menjadi..cuma bahagian atasnye hangus sikit. Tak perlah..yang penting sedap dan gebus segebusnye macam nama pemilik resepi tu sendiri..”Cik Mat Gebu”.  Cik Mat mintak izin copy and pastekan resepinya di sini yea..
Bersungguh2x nampaknya..Hehehe..
Ini gambar sebelum masak oven




P/S: Tak sempat nak ambik gambar kek selepas masak sebab dah abis dingap oleh Liza ngan anak2x...
 
Marble Cake

Bahan2-nya:-
300 g mentega (guna high quality butter)
280 g tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca besar susu tepung*(*disatukan, diayak)
5 biji telur gred A (kurang lebih 60g sebiji dengan kulit)
250 g gula pasir
1 camca besar ovallate (cake stabilizer)
30 g gliserin (boleh ganti dengan susu sejat)
20 g air
1 camca teh esen vanilla
1 camca besar coklat emulco

Cara2-nya:
  1. Panaskan oven pada suhu 180C, lenser tin bulat berukuran 9 inci, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega hingga kembang dan gebu. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit hingga habis, gunakan kelajuan perlahan. Gaul rata dan ketepikan.
  3. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula pasir dan ovallate, putar perlahan hingga gula dan ovallate bergaul rata. Masukkan telur (semua sekali) dan putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat seperti adunan kuih baulu.
  4. Perlahan kan speed dan masukkan no. 2 perlahan2 sehingga habis, putar sebati. Masukkan esen vanilla, gliserin dan air, kacau rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian sama banyak, satu biar pada warna asal dan satu lagi campur dengan coklat emulco, kacau rata.
  5. Sudukan ke dalam tin kek tadi secara berselang-seli, dan buat hingga siap. Kemudian, ambik pisau atau chostick, buat beberapa lorekkan pada adunan kek tadi, cukup sekadar 3 - 4 kali lorekkan. Bakar 50 - 55 minit atau hingga kuning keemasan, check dengan mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek, jika keluar bersih tanda kek telah masak.Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...