Saturday 31 December 2011

KEK KAREMEL, SELAMAT TINGGAL 2011 DAN SELAMAT DATANG 2012


Selamat tinggal 2011..dan Selamat datang 2012.  Sedih rasanya untuk meninggalkan tahun 2011 yang banyak meninggalkan kisah suka dan duka yang amat bermakna untuk diri Liza. Liza mengharapkan tahun 2012 akan dapat memberi keceriaan, kebahagiaan dan kejayaan yang tak dapat Liza kecapi di tahun 2011. Insyaallah..Amin.

Untuk hari terakhir di tahun 2011 ini..Liza ingin berkongsi resepi yang Liza rasa banyak blogger2x lain telah mencubanya terlebih dulu. Kiranya Liza nie telah ketinggalan keretapilah nie..Hehehe..Resepinya adalah “Kek Karemel” yang Liza ambil dr blog Kak Azlita Masam Manis..Mintak izin Kak Ita untuk copy dan pastekan kat sini..
Kek nie Liza buat bersempena dgn Jamuan Perpisahan utk member office hubby Liza - Damai dan Shah yang akan bertukar kerja ke cawangan Pantai Timur iaitu di Kuala Terengganu, Terengganu. All the best to both of you on your new place dan semoga sukses selalu.

KEK KAREMEL
Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
P/S:- Kalau nak tengok step by step dgn gambar..bolehlah pergi ke blog Kak Azlita Masam Manis.  Selamat Mencuba dan Selamat Tahun Baru 2012 pada semua. 

Wednesday 28 December 2011

FROM TAIPING WITH LOVE PART 1

Apa khabar semua? Cuti sekolah nie tak pi mana2x ke..Mungkin ada sesetengah parents sekarang nie tengah sibuk bershopping untuk persiapan persekolahan anak mereka yang bakal bermula tak lama lagi.  Bagi diri Liza, Liza prefer buat persiapan awal2x ..Bukannya apa, takut nanti banyak barang yang dah abis stok..Hehehe..Apa2x pun semua tu terpulang pada individu masing2x..
Untuk entri kali nie, Liza cuma ingin berkongsi cerita pasal cuti balik kampong aritu.. kat Taiping, Perak.  Sesampai je..kitaorang singgah makan “Mee Banjir Udang” kat Kuala Sepetang..Kat sini ada 2 tempat makan mee udang yang popular.  “Mee Udang Mak Jah” dan “Mee Udang Mak Teh”. Kali nie kitaorg pg try makan kat “Mee Udang Mak Jah” since kitaorg dah pernah makank kt “Mee Udang Mak Teh”..
 Kalau nak ikutkan mana yang sedap..Liza lebih suka lagi "Mee Udang Mak Teh". Mee Udang dia walaupun tak special tapi udangnya mak aii..size XXL wa cakap lu..Hehehe..Tapi kt "Mee Udang Mak Jah" walaupun mee udangnya special tapi udangnya..(seperti gmbr diatas)..Lu pikirlah sendiri..Tapi yg pasti anak Liza yang sorang nie cukup puas hati..Hehehe..

Wednesday 21 December 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU TO ANOR & JAMAL


Salam semua..Dah lama dah tak update entri kat blog nie..Hehehe..Hmm.. semangat nak mengupdate dah berkurangan semenjak masakan yang Liza buat lately semuanya tak menjadi..Huhuuu.. Segan pulak nak menunjukkan gambar2x masakan yang tak menjadik tu…Hehehe..
Apa2 pun..kali nie..Liza cuma nak updatekan gambar2 masa persandingan adik ipar Liza baru2 nie..Hehehe..layan je la yea..
 

Sunday 4 December 2011

CUPCAKE UTK WEDDING ANOR DAN JAMAL

Untuk perkahwinan adik ipar Liza aritu..Liza telah menyumbangkan cupcake utk doorgift utk diberikan pada sebelah pihak lelaki. Liza buat blended orange cupcake dgn buttercream..Resepinya..Liza ambil dr blog Kak Ita Masam Manis.


BLENDED ORANGE CAKE

Bahan-bahan

1 bji buah limau
1 cawan minyak
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
 
Cara-cara

Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.


BUTTERCREAM

250 gm butter
250 gm krimwell
125 gm gula icing
200 gm golden syrup

Pukul butter dgn krimwell hingga putih. Ayak gula dan masukkan ke dalam butter dan pukul hingga licin. Gunakan speed perlahan.
Bila sudah licin masukkan golden syrup dan pukul dgn speed laju hingga adunan putih dan creamy.
Sesuaikan dgn warna pilihan anda.

ISHA'S GRADUATION DAY

Selamat bersiaran. Minta maaf semua sebab dah lama tak post entry kat blog nie..Almaklumlah busy masa kenduri adik ipar..hehehe..Pada 12th Nov 2011 aritu..adalah graduation day untuk Tadika my daughter, Nurul Syazanie..Macam biasalah, bila ada graduation day..mesti ada konsert.. For this year, my daughter terlibat dalam tarian bollywood..jadik apa lagi..jenuhlah maknyer kena mencari kostum..Nasib baik jumpa..:)

Friday 11 November 2011

KEK SUJI

Cuba buat kek nie bila one of my colleague bagitau yang dia selalu dapat tempahan buat kek nie. Pernah dengar nama kek nie tapi tak pernah lagi rasa.. Hmmm..jadik apa lagi, search resepinye kat internet le..Lepas godek2..barulah dpt resepi kat bawah nie. Resepinye senang je tapi my colleague ckp kena asingkan telur putih ngan telur kuningnye..tapi resepi nie x pulak.  Hmmm..apa2 jelah..Janji jadik..Kek nie sedap sgt tapi dengan syarat kena guna mentega yg bermutu la..mcm SCS, Anchor dan sewaktu dgnnye..hehehe..Rasa kek nie ala2 butter cake tapi mcm berkacang..Lagi satu kalau mkn kek nie..x boleh asyik nk bercakap..nanti tercekik..hehehe..Apa2-pun..layanlah resepinye..ambik dari dapur DTS.


Monday 31 October 2011

KARI AYAM KERISEK

Minta maaf sebab terlambat mengupdate blog nie..Almaklumlah sibuk buat coklat semalam sebagai door gift utk perkahwinan adik ipar Liza yg akan berlangsung tak lama lagi. Hari nie masak simple je..Kari Ayam Kerisek yang Liza skodeng dr blog Kak Anymz Kitchen..since stok ayam still ada lagi dlm fridge. Bahan2 yang digunakan pun tak banyak dan senang didapati dikedai2 runcit..(kadang2 tu mls nak pg supermarket kalau setakat 2 atau 3 barang je yg tak de..hehehe). Sedap jugak kari nie..kalau nk sedikit berempah..tambahlah rempah karinya dan kalau nak sedikit pedas..tambahlah sukatan cili kisarnya..Tapi bagi Liza..karinya memang dah secukup rasa..perghhhh..layan jelaa...Mintak izin c&pkan resepinya disini..

KARI AYAM KERISEK
Bahan2-nya :
  • 1 ekor ayam
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 1 biji bawang besar - dikisar
  • 4 ulas bawang putih - dikisar
  • 1/2 jari halia - dikisar
  • 4 - 5 sudu besar rempah kari daging - dicampur sedikit air dan jadikan pes
  • 1 batang serai - dititik
  • 2 lembar daun kari
  • sedikit kayu manis,cengkih,pelaga - untuk bhn penumis
  • 3 biji kentang - dibelah 4
  • 3 biji tomato - dibelah 4
  • 2 batang lada hijau - dibelah 2
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • minyak masak - untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • air secukupnya untuk kuah
Cara memasak :
  1. Campurkan bahan2 kisar bersama cili kisar.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris dan masukkan campuran bahan kisar,penumis dan serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  3. Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam, asam gelugur, kerisik, kacau rata dan masak hingga mendidih. Boleh tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  4. Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato. Renihkan lagi 10-15 min. Siap untuk dihidangkan.
P/S: Suka sangat dgn kata2 dr blog Mama Hawa - "Sometimes things doesn't happen the way we want".

Sunday 23 October 2011

BARBIE DOLL CAKE

Hari nie buat Barbie Doll Cake atas permintaan my daughter, Nurul Syazanie.  Sebenarnya dia dah mintak buat kek tu since last year lagi.  Tapi mcm biasalah..mak dia nie tak berapa confident lagi nak buat, jadik projek nie tertangguh sampai la ari nie..Sebelum nak buat tu, kenalah buat research dulu.  Masuk google..masuk youtube..pi blogwalking..terutamanya kat blog2x yg famous mcm Azlita Masam Manis, Rima Bisous A Toi dan etc..
Fuhh..bukannya senang nak buat kek nie..kena sentiasa berhati2x dan mesti teliti dengan kerja kita..kalau tak, tak nampak cantiklah kek tu nanti..Hehehe..
Utk kek dan buttercreamnya, Liza guna resepi "Kek Coklat Chef Zubaidah" dan buttercream yang Liza ambik dari sini..
Cara2 utk membuatnya..boleh tgk kat sini. Selamat mencuba..
Isha dengan keknya..

Sunday 16 October 2011

OLD FASHIONED BUTTER CAKE

Selamat berhari minggu..Hari nie Liza nak kongsikan resepi yang Liza skodeng kat sini. Bila tengok butter cake dia..nampak macam mengancam sangat2. Terliur dibuatnyer.. Bahan2nya pun x susah nak cari. Kek nie very very moist..Tak rugilah kalau membuatnya. Memang sedap sangat. Teringat pulak pada zaman kanak2 dulu..Hehehehe..
Old fashioned butter cake
*buat dalam loyang kek empat segi yang berukuran 8” 

250g mentega
100g gula
5 biji kuning telur (besar)
230g tepung kek
1tsp double action baking powder
4 sudu besar susu
1/2 sudu kecil esen vanilla

5 biji telur putih (besar)
90g gula
Cara2-nya 1. Pukul mentega, gula dan esen vanilla sehingga ringan dan berkrim.
2. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sehingga sebati. Masukkan tepung dan baking powder dan pukul lagi sehingga rata. Selepas itu masukkan susu dan kacau sehingga sebati.
3. Pukul telur putih didalam mangkuk yang bersih dan berasingan sehingga berbuih.  Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi kental dan kaku.
4. Ambil satu bahagian daripada putih telur tadi dan masukkan ke dalam campuran kuning telur. Kacau sehingga adunan menjadi likat.
5. Perlahan-lahan masukkan kesemua adunan putih telur tadi dan kacau sehingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dan dialas dengan kertas.
7. Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 55mins atau sehingga masak.


Selamat mencuba..

Sunday 9 October 2011

PUDING MARBLE

Dah lama rasanya tak mengupdate blog nie..Hehehe..almaklumlah penyakit "M" dah datang lagi. Ari nie buat puding marble yang simple sangat resepinye. Sesuai untuk cuaca yang sekejap panas dan sekejap hujan nie..Tak ingat ambik resepi nie kat mana..Sorry..nanti Liza updatekan kat sini bila dah jumpa resepinya esok. Layan jelah gambar nie. Hehehe..Jumpa lagi minggu depan..


Saturday 3 September 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011

Selamat Hari Raya semua..Dikesempatan ini, Liza ingin memohon maaf seandainya Liza pernah menyakiti hati sesiapa saja yang pernah berkunjung ke blog Liza yang tak seberapa ini. Yang buruk itu datangnya dari Liza dan yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t. 
Tahun nie giliran Liza beraya dikampung Liza di Taiping, Perak. Cuma ada keluarga Along Liza dan adik Liza yang bongsu..Juadah raya macam rendang dan ketupat disediakan oleh mak Liza..Liza cuma bakar kek je..Dapatlah bakar 3 jenis kek..hehehe..
Gambar juadah tak sempat nak snap sebab terlalu busy melayan tetamu..Sempat snap gambar orang2 yang nak pi sembahyang raya je..layan jelah..
Abah ngan anaknya yang tercinta..
Mr H, anakku, Along + family

Wednesday 17 August 2011

BISKUT KACANG MAZOLA

Alhamdulillah..masuk ari nie dah 17 hari kita berpuasa..tinggal lagi lebih kurang 13 hari kita akan beraya. Rasa sedih juga utk meninggalkan bulan puasa yang mulia ini. Liza rasa pada bulan inilah kita dapat menginsafi akan setiap kesalahan/kesilapan yang telah kita lakukan pada masa yang lepas utk kita jadikan rujukan dimasa hadapan. Oklah..kita berbalik pada tajuk kita ari nie iaitu old time favourite cookies..Biskut Kacang Mazola..
Bila buat biskut nie..teringat pada arwah nenek yang suka sangat makan biskut nie. Tiap2 hari dia tak miss punya makan biskut nie tanpa jemu2 masa raya :)..
Resepinya Liza ambik dr LilydvalleyMyr


Biskut Kacang Mazola


Bahan2-nya
200gm tepung gandum
200gm kacang tanah goreng yang dikisar
100gm gula kisar atau halus
1 botol kecil minyak jagung Mazola/secukupnya
Kuning telur


Caranya:-
Gaul sebati tepung gandum, kacang tanah kisar dan gula halus. 
Kemudian tuangkan minyak jagung dan uli sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
Bentukkan adunan mengikut citarasa anda dan susunkan dalam loyang yang telah dilengserkan dengan mentega.
Sapukan kuning telur diatasnya dan bakar dalam oven sehingga masak.

Friday 5 August 2011

PUDING KASTAD BUAH PEACH

Salam semua..Dikesempatan ini, Liza ingin mengucapkan "Selamat Berpuasa" pada family, sanak saudara, sahabat handai dan juga pada mereka2 yang mengenali diri ini. Walaupun agak terlambat nak mengucapnya..tapi x perlah..lebih baik buat drp tak buat..hehehe..
Resepi kali nie Liza buat utk dessert berbuka puasa hari yang-3. Biasanya buat puding kastad jagung tapi kali nie nak try pulak buat puding kastad dengan buah peach. Puding nie sedap dimakan bila kita sejukkan dalam peti ais..Resepinya senang je..bahan2 yang digunakan juga x banyak..
PUDING KASTAD BUAH PEACH


Bahan2nya:-
1 cawan tepung kastad
11/2 cawan susu cair
3 - 4 cawan air
2 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
1 tin buah peach


Cara2nya:-
Campurkan semua bahan kecuali buah peach. Masakkan diatas api yang sederhana sehingga kastadnya agak sedikit pekat. Tutup api dan tuangkan keatas bekas kaca. Bila kastad dah agak pekat barulah tuangkan buah peach berserta dgn airnya keatas tadi. Bolehlah disejukkan ke dalam peti ais atau makan begitu saja.


Senangkan. Selamat mencuba..

Wednesday 27 July 2011

NEW PROJECT FOR RAYA 2011

Sebenarnya.. tak adalah project besar-besaran..Cuma project nie berlaku dgn tiba2 dan tanpa di rancang. Mula asalnya atas permintaan my officemate, Cik Saifa yang mintak buatkan biskut nie masa Hari Raya pada 2 tahun yg lepas. Tapi..masa tu..Liza tgh mengandung anak no. 4..jadik tak larat nak buat. Tahun lepas pun dia tanya lagi..tapi masa tu si kecik tu masih kecil lagi. Jadik terpaksalah tolak lagi. Jadi bila tahun nie dia tanya lagi..Liza pun kata "Oklah. No problem..nanti Liza buatkan sikit bagi rasa..manalah tau tak sama mcm dulu.."
Mula2 nak buat 1/2 adunan tapi terlembiklah pulak..jadik terpaksalah buat 1 adunan. Bila dah buat 1 adunan..banyaklah pulak jadiknya..Bila dah banyak bisukutnya..ramailah org dpt rasa. Bila dah ramai org dpt rasa..byklah dpt order..Bila dah ramai order..jadiklah project ni..Hehehe..Begitulah ceritanya..Panjanglah pulak..Jeng jeng jeng..Inilah biskutnya..Biskut Arab ngan Mama Carrie..
Biskut simple jer..Tak susah nak buat pun. Actually biskut nie kegemaran my younger brother, Khozaire..Setiap kali Hari Raya mesti tak miss nak buat punya..Hehehe..

Friday 22 July 2011

BAKED CHEESE PASTA

Hi!!! Selamat malam..Dah makan dah?? Hari nie Liza masak simple2 jer..Malas nak masak sebenarnya..Asyik2 makan nasik jer..Ari nie tukar selera sikit. Makan western pulak. Hehehe..Resipinya simple jer..Liza combine resepi dari Hana Memories dgn Dayang Jack. Kemudian Liza olahkan dlm version Liza..Hehehe.
BAKED CHEESE PASTA
Pasta
250gm Spiral/Macaroni Pasta 
sedikit garam dan minyak zaitun
- Campurkan semua and rebus sehingga lembut. Kemudian toskan.
Sos Merah
450gm/1 bungkus daging kisar (Liza prefer brand Ramly)
2 tin sos spaghetti tradisi (Liza prefer jenama Prego)
1 biji bawang besar Holland - dicincang halus2
1 batang carrot - disagat halus2
3 sudu besar sos cili
2 helai daun bay
Sedikit daun oregano
Sedikit minyak, garam dan gula
- Panaskan minyak, kemudian masukkan bawang besar dan masak sehingga layu.
- Kemudian masukkan daging cincang dan masakkan sehingga warna daging bertukar menjadi coklat.
- Masukkan sos spaghetti dan sos cili dan juga sedikit air jika kuah tu agak pekat.
- Kemudian masukkan carrot dan juga daun bay. Masak lagi 10minit dan kemudia perisakan dgn garam dan gula.
- Akhir sekali masukkan daun oregano dan terus tutupkan api. Dah siap.
Sos Putih
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung
1 cawan susu segar
Sedikit garam dan lada hitam
- Panaskan mentega. Kemudian masukkan tepung gandum dan kacau hingga sebati (kacau cepat2 dan jgn sampai hangus pulak).
- Masukkan susu segar dan kacau sehingga pekat. Kemudian bolehlah perisa dgn garam dan lada hitam. Boleh tutup api. Dah siap.
Sedikit mozarella cheese.
- Dalam mangkuk kaca/casserol. Masukkan pasta dan kemudian lapiskan dengan sos merah. 
- Lepas tu masukkan sos putih dan taburkan mozarella cheese diatasnya. Bakar pada suhu 170C selama 20minit atau sehingga cheese tu dah bertukar warna coklat. Dah siap.
Mudahkan. Hehehe..selamat mencuba..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...