Saturday 9 June 2012

KUIH GETAS-GETAS

Buat kuih nie untuk minum petang semalam. Inilah kuih kegemaran Liza. Liza suka dengan tekstur dia yang kenyal-kenyal gitu...macam chewing gum. Hehehe.. Bahan-bahan dan cara nak membuatnya pun tak susah. Resepi pun tak ambik kat mana-mana..Resepi sendiri je..
KUIH GETAS-GETAS
Bahan-bahannya:-
300gm tepung pulut
1 biji kelapa parut putih
Sedikit garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Untuk Sira:-
3/4 atau 1 cawan gula pasir
1/4 cawan air

Cara-caranya:-
Masukkan tepung pulut dgn kelapa parut  dan juga sedikit garam. Gaulkan sehingga sebati. Kemudian masukkan air sedikit-sedikit sehingga menjadi satu adunan. Selepas itu bolehlah dibulat-bulatkan adunan tu dan gorenglah sehingga kuning.
Untuk menyira pulak, satukan gula dan air. Biarkan sehingga mendidih dan berbuih-buih. Kecilkan api. Selepas tu..masukkan kuih yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga gula menjadi keras dan berketul-ketul.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...