Sunday 16 October 2011

OLD FASHIONED BUTTER CAKE

Selamat berhari minggu..Hari nie Liza nak kongsikan resepi yang Liza skodeng kat sini. Bila tengok butter cake dia..nampak macam mengancam sangat2. Terliur dibuatnyer.. Bahan2nya pun x susah nak cari. Kek nie very very moist..Tak rugilah kalau membuatnya. Memang sedap sangat. Teringat pulak pada zaman kanak2 dulu..Hehehehe..
Old fashioned butter cake
*buat dalam loyang kek empat segi yang berukuran 8” 

250g mentega
100g gula
5 biji kuning telur (besar)
230g tepung kek
1tsp double action baking powder
4 sudu besar susu
1/2 sudu kecil esen vanilla

5 biji telur putih (besar)
90g gula
Cara2-nya 1. Pukul mentega, gula dan esen vanilla sehingga ringan dan berkrim.
2. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul sehingga sebati. Masukkan tepung dan baking powder dan pukul lagi sehingga rata. Selepas itu masukkan susu dan kacau sehingga sebati.
3. Pukul telur putih didalam mangkuk yang bersih dan berasingan sehingga berbuih.  Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi kental dan kaku.
4. Ambil satu bahagian daripada putih telur tadi dan masukkan ke dalam campuran kuning telur. Kacau sehingga adunan menjadi likat.
5. Perlahan-lahan masukkan kesemua adunan putih telur tadi dan kacau sehingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang yang telah digriskan dan dialas dengan kertas.
7. Bakar dalam oven pada suhu 180c selama 55mins atau sehingga masak.


Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...