Sunday, 29 April 2012

KEK COKLAT BAKAR

Wordless Sunday..Enjoy the pics..Buat kek nie masa "Farewell Breakfast" utk org office Mr Bad..Cuba resepi dr blog Dapurku Sayang lagi..Tak tahu macammana rasanya..hopefully sedapla...Hehehe..Kepada yg telah memakannya..mintak maaflah kalau tak sedap..Kira halal yea..:)

KEK COKLAT BAKAR
 
Bahan-bahan : loyang kecil (gandakan bahan2 utk loyang besar)
  • 100 g tepung naik sendiri
  •  40 g serbuk koko (DJ guna koko hitam)
  • 150 g gula pasir (dikisar halus)
  • 3 biji telur A
  • 50 g marjerin / mentega (dicairkan) - DJ guna marjerin
  • 60 ml susu cair
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk ovalette

Cara-cara :
  1. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Panaskan oven pd suhu 170C. Lengserkan loyang kek dgn mentega dan alaskan dgn baking paper. Sapukan lagi dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  3. Satukan gula, telur, esen vanilla, ovalette dan susu cair di dalam mangkuk pengadun dan putar hingga gebu.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan hingga sebati.
  5. Masukkan marjerin / mentega cair dan kacau perlahan dgn menggunakan senduk kayu atau spatula.
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 20-25 minit (bergantung pd suhu oven masing2).
  7. Setelah masak, keluarkan terus kek dari oven dan sejukkan sebelum dihiaskan dgn ganache / topping kesukaan.

Friday, 27 April 2012

ROTI ARAB DGN KARI SARDIN


Hai uols…Apa habaq? Harap semua sihat2x no..Hehehe..Dah sarapan? Dah yea..Ok..Liza pun dah bersarapan..Hari nie buat Roti Arab cicah ngan Kari Sardin..Sedap wooo..Dua2x resepi tu Liza ambil dari Dapurku Sayang yang sangat2x terkenal dgn Kek Lapisnya yang cantik sgt kejadiannya..Layannn…
 
ROTI ARAB

Bahan-bahan : hidangan utk 4-5 orang
·         250 g tepung gandum
·         2 sk yis mauripan
·         1 sb susu tepung (jika guna susu segar tak perlu guna susu tepung)
·         1 sb marjerin/mentega
·         1 sb gula 
·         160ml -170 ml air suam (boleh campurkan dgn susu segar)
·         1/2 sk garam halus

Cara-cara :

Satukan yis bersama air suam dan gula. Bancuhkan hingga gula larut.

Kemudian biarkan sebentar sehingga yis berbuih. 

Di dalam bekas yg agak besar, ayakkan tepung. Satukan dgn garam, susu tepung dan marjerin/mentega. Gaul2kan rata2. Buatkan lubang di tengah2nya, kemudian tuangkan yis tadi. Kacau dan uli hingga menjadi doh yg licin.

Setelah itu, simpankan doh di dlm bekas yg agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Biarkan ia naik selama 1 jam.

Keluarkan doh, uli sekali lagi dan bahagikan kpd beberapa bahagian (DJ suka buat yg kecik2 jer lagi kiut..hehe). Bulat2kan doh dan leperkan/canaikan. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.

Panaskan minyak secukupnya utk menggoreng. Setelah minyak cukup panas, goreng doh tadi satu persatu. Siram2kan roti agar ia naik kembang. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.

Kuah Kari Sardin

Bahan-bahan :
  • 1 tin besar sardin (Liza pilih brand Cap Ayam)
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 sudu makan serbuk kari ikan (Liza pilih brand Adabi) - dibancuh dengan sedikit air
  • 3 biji bawang merah (dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 cm halia (dicincang)
  • sedikit garam, gula dan air asam jawa
  • hirisan tomato (optional)
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga garing. 
  2. Masukkan bancuhan rempah kari tadi. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sardin bersama kuahnya dan masukkan juga air secukupnya. Kacaulah rata-rata dengan perlahan. 
  4. Apabila mendidih, masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau lagi hingga sebati. 
  5. Setelah masak, tutupkan api. Hidangkan panas-panas bersama roti arab. Selamat mencuba!

Sunday, 22 April 2012

BLUEBERRY MUFFIN with CINNAMON CRUMBLES


Last week lunch ngan member2x kat KLCC…Since dah pi sana.. round jap kat bahagian supermarket kat Isetan. Terjumpa pulak dgn fresh blueberry..Nampak sedap jer..Boleh buat muffin esok nie? Hehehehe.. Harganye boleh tahan jugak mahalnye..100gm – RM12.90…
Soo..since dah ada blueberry..apalagi try la buat resepi  “Blueberry Muffin with Cinnamon Crumbles” dr blog  1001 Resepi..

Sedapnyerrrr..moist dan lembut jer. Mungkin sbb penggunaan buttermilk kut…Hehehe..Bila guna fresh blueberry lagi umpphh rasa dia..Terbaikkkk…

 
BLUEBERRY MUFFIN WITH CINNAMON CRUMBLES

Bahan-bahannya
1 1/2 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan gula (Liza hanya letak 1/2 cawan je...)
1/2 sudu teh garam
2 sudu kecil baking powder

Ayak tepung dan baking powder kedalam mangkuk....masukkan garam dan gula...gaul sebati...

1 biji telur
1/3 cawan vegetable oil
1/3 cawan susu (Liza guna buttermilk)
(campurkan minyak dan telur dalam bekas berukuran satu cawan...kemudian tuangkan susu atau buttermilk sehingga jumlah liquid menjadi ngam satu cawan)...

1 cawan blueberry...

Perlahan-lahan tuangkan campuran susu, telur dan minyak kedalam bahan kering dan gaul perlahan asalkan semua bahan kering dan cairan bergaul rata...masukkan buah blueberry...gaul...

Sudukan kek batter kedalam muffin pan/cup yang telah di lenserkan dengan minyak/butter, isi hingga hampir penuh dan kemudian taburkan topping atasnya...bakar pada suhu 180C selama 25 minit....(reheated oven)

Bahan crumble
1/2 cawan brown sugar
1/3 cawan tepung
1/4 cawan butter, cubed
1 sudu besar cinnamon powder
(gaul semua bahan rata)


Saturday, 21 April 2012

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE


Hari Minggu datang lagi…Selamat Berhari Minggu Semua!!! Semoga anda semua dapat berehat dengan secukupnya..Hehehehe..

Hari nie Liza nak berkongsi resepi yang tak kurang hebatnya iaitu Devil’s Food Chocolate Cake (DFCC). Liza rasa dah ramai blogger lain dah try resepi nie..Liza rasa teruja nak mencubanye bila tengok dalam blog Kak Yatie Memories..Mintak izin copy and pastekan kat sini yea..

Kek nie memang istimewa rasanya cuma Liza rasa lain kali kalau nak membuatnya kena lebihkan gula kat adunan keknya dan kurangkan kandungan dark coklat kat ganachenya. Hmmm..barulah “kaw-kaw” rasanya..

DEVIL’S FOOD CHOCOLATE CAKE

Bahan-Bahan (Liza guna loyang 9x9 utk resepi di bawah)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 / 2 cawan cocoa powder
  • 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 / 2 sudu kecil garam
  • 1 / 2 cawan gula pasir
  • 1 / 2 brown sugar
  • 125 gm mentega
  • 2 biji telur gred A
  • 2 sudu kecil vanili ekstrak
  • 1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
  • 1 cawan air suam
Kaedah:-
  1. Set oven 170C. Siapkan tin kek anda. Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.
  2. Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
  3. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
  4. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan2 kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cair(buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
  5. Terakhir masukkan vanili estract. Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.
Cream Cheese Frosting:-
  • 125gm Philadelphia cream cheese
  • 60gm mentega
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1 sdt vanili ekstrak
  • 1 sudu kecil jus daripada lemon
Caranya
  1. pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.
Chocolate Ganache:
  • 100ml double cream/ whipping cream
  • 250gm coklat gelap dicincang halus (Liza mungkin kurangkan ke 150gm lain kali)
  • sedikit garam
Caranya.
  1. Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair, Angkat dan sejukkan dulu baru sapukan frosting krim keju & tuangkan coklat ganache diatas.

Saturday, 14 April 2012

BLACK FOREST TORTE


Mata dah mengantuk tapi hati masih lagi berkobar2x nak update blog nie..Hehehe..It’s almost my 1st anniversary dalam dunia blogging but so sad..Hanya ada 3 follower  jer..Huhuuu..It’s oklah..lebih baik ada drp tak de..Hehehe..To my follower..tqvm sebab sudi jadi my virtual fren..Really appreciate it..Hope our friendship will last forever..

Hmmm..fyi, bukan di alam maya je aku tak de kawan..kat dunia realiti pun mcm tu jgk..Sedihkan..I’m not good in built a relationship but I’m trying my very best to be a good friend. A good friend is someone who can see us crying inside while we are laughing outside. Betul ke tak betul apa yang Liza cakap nie..Hahaha..Melalut pulak dah….

Ari nie Liza ingin berkongsi resepi yang menjadi kegemaran anak2x Liza. Kalau boleh setiap minggu diaorang nak suruh mak dia buat kek nie. Jom..layannnsss..Liza ambil resepi nie dr Majalah Saji keluaran bulan April 2012. Resepinya dr Raja Coklat Kita, Chef Amir.
BLACK FOREST TORTE

Bahan Kek Span Coklat
5 Biji Telur
125gm gula
1 sudu kecil vanilla
15gm ovalette
40ml air
100gm tepung
20gm serbuk koko
1 sudu kecil serbuk penaik
70gm mentega

Untuk Inti
1 tin dark pitted cherry – tuskan
Jusnya – 250ml
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil pes black forest
350gm krim bukan tenusu
100gm krim tenusu – campurkan dan putar hingga kembang

Untuk Sirap
50 gm gula
200ml air
1 sudu kecil jus lemon
Didihkan air bersama gula hingga larut dan campurkan jus lemon

Caranya2x:-
1.       Campurkan telur, gula, ovalette, vanilla, air, tepung, serbuk koko dan serbuk penaik. Putar semua bahan sehingga kembang.
2.       Masukkan mentega cair dan gaul sebati.
3.       Tuangkan ke dalam acuan bulat 8 inci yang telah dilapikkan kertas minyak.
4.       Bakar pada suhu 180C selama 35 minit dan sejukkan.
5.       Campurkan jus ceri dengan gula dan tepung jagung. Didihkan hingga pekat sejukkan.
6.       Potong kek kepada 3 lapisan dan letakkan lapisan pertama diatas papan kek.
7.       Sapu atau beruskan kek dengan air sirap.
8.       Letakkan ¼ krim diatasnya, susunkan dark cherry dan letakkan kek span diatasnya.  
       Ulang langkah seterusnya.
9.       Ratakan baki krim keseluruhan kek, hiaskan dengan parutan coklat dan ceri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...