Saturday 21 April 2012

DEVIL'S FOOD CHOCOLATE CAKE


Hari Minggu datang lagi…Selamat Berhari Minggu Semua!!! Semoga anda semua dapat berehat dengan secukupnya..Hehehehe..

Hari nie Liza nak berkongsi resepi yang tak kurang hebatnya iaitu Devil’s Food Chocolate Cake (DFCC). Liza rasa dah ramai blogger lain dah try resepi nie..Liza rasa teruja nak mencubanye bila tengok dalam blog Kak Yatie Memories..Mintak izin copy and pastekan kat sini yea..

Kek nie memang istimewa rasanya cuma Liza rasa lain kali kalau nak membuatnya kena lebihkan gula kat adunan keknya dan kurangkan kandungan dark coklat kat ganachenya. Hmmm..barulah “kaw-kaw” rasanya..

DEVIL’S FOOD CHOCOLATE CAKE

Bahan-Bahan (Liza guna loyang 9x9 utk resepi di bawah)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 / 2 cawan cocoa powder
  • 1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 / 2 sudu kecil garam
  • 1 / 2 cawan gula pasir
  • 1 / 2 brown sugar
  • 125 gm mentega
  • 2 biji telur gred A
  • 2 sudu kecil vanili ekstrak
  • 1/2 cawan buttermilk-(buat sendiri guna 1/2 cawan susu ditambah dengan 1 sudu kecil cuka dan rehatkan selama 10 minit).
  • 1 cawan air suam
Kaedah:-
  1. Set oven 170C. Siapkan tin kek anda. Alas dngn kertas minyak dan sapu butter di sekelilingnya.
  2. Ayak tepung, cocoa powder, soda bikarbonat, garam, dan ketepikan.
  3. Pukul mentega dengan gula sampai ringan dan mengembang, tambah telur.
  4. Bila semuanya sudah sebati masukkan bahan2 kering(tepung, cocoa powder) bergantian dengan bahan2 cair(buttermilk+air suam) dalam tiga bahagian.
  5. Terakhir masukkan vanili estract. Bakar selama sekitar 30 minit atau hingga masak.
Cream Cheese Frosting:-
  • 125gm Philadelphia cream cheese
  • 60gm mentega
  • 1/2 cawan gula aising
  • 1 sdt vanili ekstrak
  • 1 sudu kecil jus daripada lemon
Caranya
  1. pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising dan jus lemon.
Chocolate Ganache:
  • 100ml double cream/ whipping cream
  • 250gm coklat gelap dicincang halus (Liza mungkin kurangkan ke 150gm lain kali)
  • sedikit garam
Caranya.
  1. Double boil cream jangan sampai mendidih,tambah coklat & sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair, Angkat dan sejukkan dulu baru sapukan frosting krim keju & tuangkan coklat ganache diatas.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...