Tuesday 1 May 2012

ROTI GORENG SOSEJ

Selamat petang semua..Sedar tak sedar..today's is my 1st anniversary in blogging world..Hahaha..tak sangka dapat bertahan sampai begini lama. Lupa lak nak buat kek...Hehehe..tapi tak pe..ari minggu nie Liza akan cuba satu resepi dari majalah Saji.. Bolehlah Liza abiskan stok cream cheese yang dah lama bertapa dalam esbok tuh..Hehehe..

Ini sarapan Liza pagi tadi..Resepinya sangat simple dah mudah..Tak ingat pulak ambik resepi nie kat mana..Kepada tuan punya resepi..Halalkanlah yea..Thank you.
 ROTI GORENG SOSEJ


Bahan2x-nya:-
 
6 keping roti putih (Liza guna jenama Gardenia)
6 batang sosej (Liza guna jenama ayamas perisa cendawan)
1 biji telur
Sedikit garam dan lada sulah
Breadcrumbs secukupnya


Cara2x-nya:-
Celur sosej dalam air panas dan toskan. Gelekkan roti hingga nipis. Pukul telur sedikit bersama dgn garam dan lada sulah. Gulung sosej bersama dengan roti dan celupkan ke dalam telur. Kemudian salutkan dengan breadcrumbs. Selepas itu..bolehlah digoreng. Mudahkan. Selamat mencuba.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...