Saturday, 31 December 2011

KEK KAREMEL, SELAMAT TINGGAL 2011 DAN SELAMAT DATANG 2012


Selamat tinggal 2011..dan Selamat datang 2012.  Sedih rasanya untuk meninggalkan tahun 2011 yang banyak meninggalkan kisah suka dan duka yang amat bermakna untuk diri Liza. Liza mengharapkan tahun 2012 akan dapat memberi keceriaan, kebahagiaan dan kejayaan yang tak dapat Liza kecapi di tahun 2011. Insyaallah..Amin.

Untuk hari terakhir di tahun 2011 ini..Liza ingin berkongsi resepi yang Liza rasa banyak blogger2x lain telah mencubanya terlebih dulu. Kiranya Liza nie telah ketinggalan keretapilah nie..Hehehe..Resepinya adalah “Kek Karemel” yang Liza ambil dr blog Kak Azlita Masam Manis..Mintak izin Kak Ita untuk copy dan pastekan kat sini..
Kek nie Liza buat bersempena dgn Jamuan Perpisahan utk member office hubby Liza - Damai dan Shah yang akan bertukar kerja ke cawangan Pantai Timur iaitu di Kuala Terengganu, Terengganu. All the best to both of you on your new place dan semoga sukses selalu.

KEK KAREMEL
Gula Hangus

2 sudu besar gula pasir

Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
Ketepikan

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque 
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula  3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.
Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
Letakkan pada rak bawah dalam oven.
Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
P/S:- Kalau nak tengok step by step dgn gambar..bolehlah pergi ke blog Kak Azlita Masam Manis.  Selamat Mencuba dan Selamat Tahun Baru 2012 pada semua. 

Wednesday, 28 December 2011

FROM TAIPING WITH LOVE PART 1

Apa khabar semua? Cuti sekolah nie tak pi mana2x ke..Mungkin ada sesetengah parents sekarang nie tengah sibuk bershopping untuk persiapan persekolahan anak mereka yang bakal bermula tak lama lagi.  Bagi diri Liza, Liza prefer buat persiapan awal2x ..Bukannya apa, takut nanti banyak barang yang dah abis stok..Hehehe..Apa2x pun semua tu terpulang pada individu masing2x..
Untuk entri kali nie, Liza cuma ingin berkongsi cerita pasal cuti balik kampong aritu.. kat Taiping, Perak.  Sesampai je..kitaorang singgah makan “Mee Banjir Udang” kat Kuala Sepetang..Kat sini ada 2 tempat makan mee udang yang popular.  “Mee Udang Mak Jah” dan “Mee Udang Mak Teh”. Kali nie kitaorg pg try makan kat “Mee Udang Mak Jah” since kitaorg dah pernah makank kt “Mee Udang Mak Teh”..
 Kalau nak ikutkan mana yang sedap..Liza lebih suka lagi "Mee Udang Mak Teh". Mee Udang dia walaupun tak special tapi udangnya mak aii..size XXL wa cakap lu..Hehehe..Tapi kt "Mee Udang Mak Jah" walaupun mee udangnya special tapi udangnya..(seperti gmbr diatas)..Lu pikirlah sendiri..Tapi yg pasti anak Liza yang sorang nie cukup puas hati..Hehehe..

Wednesday, 21 December 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU TO ANOR & JAMAL


Salam semua..Dah lama dah tak update entri kat blog nie..Hehehe..Hmm.. semangat nak mengupdate dah berkurangan semenjak masakan yang Liza buat lately semuanya tak menjadi..Huhuuu.. Segan pulak nak menunjukkan gambar2x masakan yang tak menjadik tu…Hehehe..
Apa2 pun..kali nie..Liza cuma nak updatekan gambar2 masa persandingan adik ipar Liza baru2 nie..Hehehe..layan je la yea..
 

Sunday, 4 December 2011

CUPCAKE UTK WEDDING ANOR DAN JAMAL

Untuk perkahwinan adik ipar Liza aritu..Liza telah menyumbangkan cupcake utk doorgift utk diberikan pada sebelah pihak lelaki. Liza buat blended orange cupcake dgn buttercream..Resepinya..Liza ambil dr blog Kak Ita Masam Manis.


BLENDED ORANGE CAKE

Bahan-bahan

1 bji buah limau
1 cawan minyak
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
 
Cara-cara

Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.


BUTTERCREAM

250 gm butter
250 gm krimwell
125 gm gula icing
200 gm golden syrup

Pukul butter dgn krimwell hingga putih. Ayak gula dan masukkan ke dalam butter dan pukul hingga licin. Gunakan speed perlahan.
Bila sudah licin masukkan golden syrup dan pukul dgn speed laju hingga adunan putih dan creamy.
Sesuaikan dgn warna pilihan anda.

ISHA'S GRADUATION DAY

Selamat bersiaran. Minta maaf semua sebab dah lama tak post entry kat blog nie..Almaklumlah busy masa kenduri adik ipar..hehehe..Pada 12th Nov 2011 aritu..adalah graduation day untuk Tadika my daughter, Nurul Syazanie..Macam biasalah, bila ada graduation day..mesti ada konsert.. For this year, my daughter terlibat dalam tarian bollywood..jadik apa lagi..jenuhlah maknyer kena mencari kostum..Nasib baik jumpa..:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...