Sunday, 30 September 2012

IKAN BAWAL EMAS MASAK STIM

Selamat Petang...Dah makan dah? Ari nie Liza masak simple2 jer sebab badan masih tak berapa sihat lagi semenjak semalam.. Jadik since tak lalu nak makan..Liza stimkan aje ikan bawal nie untuk lauk tengahari..

Ikan bawal emas nie memang sesuai untuk buat stim/kukus. Daging dia lembut sama macam ikan bawal putih. Resepinya sangat simple dan senang dibuat. Mula2 ikan tu Liza lumurkan dengan sedikit garam dan perahan air limau nipis. Kemudian Liza taburkan dengan bawang merah, putih, cili hijau dan halia muda. Untuk sayurnya..Liza gunakan lobak merah yang telah disagat dan tomato yang telah dipotong kecil2. Selepas tu Liza balutkan ikan tu dalam aluminium foil dan bolehlah distim/kukus ikan tu lebih kurang dalam 20 hingga 25 minit. Dah boleh makan dah. Senangkan...Hehehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...