Showing posts with label Kek/Cupcake. Show all posts
Showing posts with label Kek/Cupcake. Show all posts

Sunday, 13 October 2013

KEK COKLAT KEJU KUKUS

Salam hujung minggu... tentu semuanya sedang berehat bersama family masing2. Almaklum la budak cuti sekolah dah start cuti esok bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha pada hari Selesa yang akan datang.

Ok, la. Tanpa membuang masa.. Kali nie Liza ingin berkongsi resepi kek kukus yang Liza ambil dari Kak Dayang Dapurku Sayang yang memang terkenal dengan Kek Lapis dan Kek Kukusnya.

Kalau tengok gambar kek Kak Dayang dengan Liza punya memang jauh berbeza..Hehehe.. Tapi rasanya memang sedap sangat..Abis licin orang2 ofis Liza makan..  :)



Kek Coklat Keju Kukus

bahan-bahan : loyang 8x8x3

Lapisan Coklat :
  • 170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
  • 170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - DJ menggunakan mentega jenama Farmcows
  • 3 biji telur gred B
  • 220g gula kastor
  • 45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Lapisan Keju :
  • 600g krim keju (pada suhu bilik)
  • 2 biji telur
  • 120g gula kastor
  • 1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
  • 4 sudu makan tepung gandum

Cara membuat :
Lapisan Coklat :
  1. Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan. 
  2. Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi. 
  3. Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
  4. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan. 
Lapisan Keju :
  1. Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
  2. Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
  3. Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati. 
Cara mengukus :
  1. Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega. 
  2. Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
  3. Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit. 
  4. Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
  5. Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang. 
** Perlu diingatkan kek ini TIDAK menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Harap maklum.  



Saturday, 29 June 2013

BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE

Seperti yang dijanjikan pada entri yang lepas. Liza kongsikan resepinyer disini... Cuba... jangan tak cuba. Kek dia memang sedap... rasanyer lebih sikit kurang macam kat Secret Recipe la pulak... Hihii... perasan la tu... :)



BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE

Mula-mula kita kena masak Kek Span Coklat dulu...

KEK SPAN COKLAT
Bahan-bahan
4 biji telur (Gred B)
20gm serbuk koko
100gm tepung gandum
120gm gula kastor
10gm ovalette
20ml air
20ml minyak jagung

Cara-caranya:-
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk pembancuh.
2. Campurkan serbuk koko dengan tepung dan gaul rata. Masukkan didalam mangkuk berisi telur.
3. Masukkan gula, ovalette dan air. Putar adunan sehingga kembang 10 hingga 15 minit pada kelajuan tinggi.
4. Perhalankan putaran dan masukkan minyak. Kacau rata.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 35 minit sehingga masak pada suhu 170 darjah celcius.

Lepas tu...kena buat Krim Chocolate Ganache...

KRIM CHOCOLATE GANACHE
Bahan-bahan
330gm coklat masakan
130ml susu segar
375gm krim putar tawar (Whipping cream)

Cara-caranya:-
1. Potong kecil coklat masakan dan masukkan ke dalam bekas aluminium. Tuang susus segar yang dipanaskan.
2. Kacau rata dan biarkan adunan suam seketika.
3. Putar krim pada kelajuan sederhana sehingga pekat.
4. Masukkan krim putar ke dalam adunan coklat dan kacau rata

Kemudian...Chocolate Topping pulak..Hehehe..

CHOCOLATE TOPPING (GANACHE)
Bahan-bahannya
250ml krim putar tawar
30gm glukosa cair
250gm coklat masakan
30gm mentega
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:-
1. Didihkan krim putar bersama glukosa.
2. Tuang pada coklat masakan yang telah dipotong kecil dan kacau sehingga adunan sebati.
3. Masukkan mentega, esen vanilla dan kacau rata.

Akhir sekali...Sirap Koko

SIRAP KOKO
Bahan-bahannya
400ml air
80gm gula
2 sudu besar serbuk koko

Cara-caranya:-
1. Didihkan air dan gula. Masukkan serbuk koko, kacau sehingga rata dan biarkan sejuk.

Barulah kita boleh buat keknyer...

1. Potong kek span coklat menjadi tiga lapis. Letakkan lapisan pertama diatas cake board dan sapukan sirap koko.
2. Letakkan krim coklat diatasnya dan ratakan dengan ketebalan lebih kurang 1 cm. Kemudian susunkan pisang yang telah dibelah dua @ dihiris serong. Kemudian tutupkan balik dengan krim coklat tadi.
3. Letak lapisan kedua diatasnya dan ulangi langkah yang sama.
4. Letak lapisan ketiga dan ulangi langkah yang sama.
5. Ratakan krim coklat menggunakan spatula. Keraskan didalam fridge lebih kurang setengah jam.
6. Keluarkan kek dan tuang chocolate topping menutupi seluruh kek. Lepas tu boleh la hias kek mengikut daya kreatif.



Friday, 26 April 2013

RESEPI KEK BUTTER MRS NG SK.. YANG PUNYA

Hi semua, selamat berjumpa lagi. Kali nie Liza ingin berkongsi resepi kek butter yang sangat simple dan mudah untuk dibuat. Resepi nie Liza ambik masa tengah  blog walking kat blog Wendy - "Table for 2". Keknya sangat lembut dan moist walaupun tak dimakan utk beberapa hari. Hehehe..Kat rumah Liza nie..butter-butter cake macam nie tak berapa nak laku sangat. Yang nak makan pun Mak dia yang sorang nie..since Mak dia memang peminat tegar butter cake..

Kepada peminat-peminat butter cake kat luar sana, jangan lupa cuba resepi kek nie. Gerenti sodap...


KEK BUTTER MRS NG SK

Bahan-bahannya:
230gm mentega (disejukkan, jgn sampai cecah suhu bilik)
200gm telur (4 biji telur Gred B)
50gm + 150gm gula
200gm tepung naik sendiri (diayak)
60ml susu
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya:-
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan loyang yang telah digriskan dengan butter dan berukuran 8 inci.
2. Asingkan putih telur dengan kuning telur. Kemudian pukul putih telur sehingga sedikit kembang dan masukkan gula (50gm) sedikit demi sedikit sampai kembang dan kaku.
3. Pukul mentega dan gula yang selebihnya sehingga kembang dan pucat. Kemudian masukkan kuning telur satu persatu sehingga abis.
4. Masukkan separuh tepung naik sendiri dan putarkan perlahan-lahan sehingga sebati. Kemudian masukkan susu dalam dua kali dan kemudian masukkan tepung naik sendiri yang separuh lagi.
5. Masukkan separuh adunan putih telur ke dalam adunan tepung tadi dan putarkan perlahan-lahan sehingga sebati. Kemudian masukkan lagi adunan putih telur yang separuh lagi dan kaup balikkan sehingga sebati.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bolehlah dibakar selama 45 minit atau sehingga masak.



Friday, 5 April 2013

KEK MARBLE CRUMBLE

Hai..apa khabo semua? Harap-harap semuanyer sihat-sihat belaka.Minta maaf le..minggu lepas tak berkesempatan nak mengupdate entri yang suam-suam kuku nie.. Hehehe.. Emotional sikit. So tak leh nak update entri takut kang jadi entri meluahkan perasaan bukannya entri masakan. Hehehe.. Apa-apa jelah Labu..
Anyway..kali nie Liza ingin berkongsi resepi "Kek Marble Crumble" yang Liza ambil dari majalah Saji keluaran Raya Ogos 2012..Resepi oleh Chef Khairi Anuar Ahmad.
Kek nie rasanya sedap sangat..Tak terlalu manis..Mungkin a bit manis kat crumble dia kut.. Moist and chocolatey.. Hehehe..Apa-apapun memenuhi selera keluarga Liza..Tambah-tambah pulak Liza memang peminat tegar kek marble. Wajib buat lagi nie.. Huhuuu..

KEK MARBLE CRUMBLE

Bahan A
250gm mentega
190gm gula aising
4 biji telur
5gm esen vanilla
250gm tepung gandum
5gm serbuk penaik
50gm coklat gelap kompaun

Bahan B
75gm mentega
75gm gula kastor
150gm tepung

Cara menyediakan

  • Pukul gula aising dan mentega hingga gebu. Masukkan esen vanilla serta telur sedikit demi sedikit sambil memutar.
  • Setelah sebati, masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit. Teruskan memutar sehingga adunan tadi sebati dan tidak berketul-ketul.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  • Untuk mendapatkan adunan coklat, ambil satu bahagian adunan tadi dan tuangkan coklat gelap yang telah dicairkan dan gaul sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam acuan bulat berukuran 9" secara berselang seli.
  • Gaulkan kesemua bahagian B sehingga menjadi bergentil, kemudian taburkan dipermukaan kek.
  • Kemudian bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30-35 minit.
Selamat mencuba.






Saturday, 9 March 2013

KEK AISKRIM LAGI...

Salam semua.. Selamat berhujung minggu.. Dahminum petang?.. Hehehe.. sama la.. Liza pun belum lagi.. Ingat hari nie nak buat cucoq ikan bilis jer. Dah lama tak makan..
Untuk minggu nie Liza ingin berkongsi resepi Kek Aiskrim yang Liza buat utk hari jadi anak bujang Liza aritu..

Resepi kek kali nie Liza ambik dr blog Dunia Dapur Kama. Tapi untuk kek Liza, Liza guna campuran aiskrim coklat dan aiskrim oreo..Jadik macam berlayer-layer gitu..Hehehe..



KEK AISKRIM

Bahan-bahan kek:
250g tepung sponge mix
4 biji telur
50 ml air
50 ml minyak @ marjerin cair (Liza guna marjerin cair)

Cara membuatnya :
Pukul semua bahan diatas kecuali marjerin cair sehingga kembang.
Setelah kembang masukkan marjerin cair.
Kacau sehingga rata dan sebati.
Masukkan kedalam loyang berukuran 10" (Liza guna loyang 8")
Bakar sehingga masak (lebih kurang 45 minit dengan suhu 150 darjah)

Bahan Untuk Filling:
1 bekas aiskrim vanilla - apa2 brand (Liza guna 1 bekas aiskrim coklat dan satu bekas aiskrim oreo)
1 cawan whipping cream (optional) (Liza tak letak)
Biskut oreo (hancurkan) @ Choc chip (saya guna choc chip) (Liza letak biskut oreo hancur ngan coklat kit kat)

Cara-cara:
Campurkan aiskrim dan whipping cream
Gaul rata dan sebati
Campurkan biskut oreo @ choc chip
Gaul rata

Bahan Untuk Topping:
Whipping cream
Biskut Oreo secukupnya (untuk hiasan)

Cara-cara:
Pukul whipping cream sehingga kembang.

Cara menghias :
Belah kek kepada 2 @ 3 bahagian.
Sediakan loyang bersaiz 9 inci
#(Jika kek lebih besar dari loyang jangan dipotong. Tujuan adalah untuk melindungi aiskrim meleleh ketepi dan akan memudahkan kek dihias nanti)
Letak kek dilapisan bawah.
Sapu filling dengan ketebalan yang diingini.
Lapiskan lagi dengan kek
Sapu lagi dengan filling sehingga habis.
Lapiskan kek dibahagian atas
Bekukan dalam peti sejuk selama lebih kurang 6 jam @ lebih
Setelah beku, keluarkan kek dari peti sejuk
Keluarkan kek dari loyang.
Bolehlah di hias topping dan biskut oreo mengikut citarasa masing-masing

Saturday, 2 March 2013

KEK LAPIS CHEESE PERSONA

Salam semua...Mood mengupdate datang lagi..Hehehe.. Biasa la tu.. kena tunggu ada mood dulu.. baru leh update..Huhuuu..
Kali nie Liza ingin berkongsi resepi cheese cake yang sangat sedap dan famous satu ketika dulu.. Liza rasa Liza pernah berkongsi resepi cheese cake tu kat sini..kalau tak silap la..Hehehe..
Tapi tak pe..Liza copy and pastekan kat sini sekali lagi..
Kek nie Liza buat utk harijadi rakan ofis Liza pada bulan Februari aritu.. Hehehe.. Hopefully you love the cake.. "Happy Birthday..dear"..
Lupa plk..resepi nie Liza ambik dari blog Ryo.



Kek Lapis Cheese Persona 
Bahan2: (Saiz 8x8)

A:

  • 2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g 
  • 500 ml susu segar,dipanaskan
B:
  • 500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
  • 10 ml susu segar
  • 1/2 cawan gula halus

Caranya :

  1. Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
  2. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
  3. Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
  4. Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
  5. Panaskan susu segar,padamkan api.
  6. Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
  7. Pastu sapukan adunan cheese di atasnya,ratakan
  8. Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
  9. Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
  10. Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.
  11. Tekan2 sikit permukaan tu..masukkan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.

Thursday, 24 January 2013

KEK LAPIS KUKUS ASAM MANIS

Salam semua.. Selamat Menyambut Hari Kebesaran Nabi Muhammad S.A.W. Semoga kita dapat mengeratkan lagi perpaduan ummah dikalangan umat Islam di tahun baru ini.
Pada entri kali ini, Liza ingin berkongsi resepi kek lapis kukus asam manis yang Liza buat pada hari minggu yang lepas. Resepi kali nie..Liza ambik lagi dari blog Kak Azlita MasamManis. 

KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES
Bahan-bahannya:-
5 biji telur ~ grade A yg sejuk dari peti ais 
225 g gula halus 
220 g tepung gandum
1 sk rata baking powder
1 sb ovalette 
150 ml susu cair 
1/2 sk garam 
100 ml minyak jagung/masak 
1 sk esen vanilla 
pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka 
secukup hawflakes ~ ita guna besar 50 sen

Panaskan kukusan
Sediakan loyang 8x8 inc
Sapukan minyak dan alas dasar loyang dengan baking paper

Ayak tepung dan baking powder
Kemudian campurkan semua bahan dalam mangkuk mixer kecuali minyak, hawflakes dan pewarna.
Pukul adunan hingga sebati dan gebu.
Kemudian masukkan minyak jagung atau minyak masak dan gaul adunan secara kaup balik dengan spatula atau senduk kayu hingga adunan sebati

Kemudian bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ikut kesesuaian dan warna yang kita suka.
Liza bahagi kepada 2 bahagian - warna asal dgn hijau (anggaran berat 150gm setiap lapisan) 
Tuangkan lapisan pertama dalam loyang dan ratakan
Susunkan kepingan hawflakes atas lapisan pertama. 
Kukus lapisan pertama selama 10minit
Bila masak angkat dan tuang lapisan kedua, dan susunkan hawflakes kukus semula
Buat kaedah yang sama sehingga habis setiap lapisan
Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 20 minit supaya kek masak secara keseluruhannya
Setelah kek masak, biarkan dalam loyang selama 10 minit
Kemudian terbalikkan atas redai
Biarkan kek sejuk sepenuhnya.

Monday, 29 October 2012

KEK MENTEGA CIDA

Selamat Hari Raya Aidil Adha..Semoga anda semua diberkati Allah s.w.t. Hari nie Liza ingin berkongsi resepi Kek Mentega dari blog Cida Denuanza. Keknya tersangatlah moist dan gebus.. Keknya hanya dibakar dengan api bawah sahaja dan ditukarkan ke api atas dan bawah pada 15 minit yang terakhir. Selamat mencuba.

Bahan-bahan:

250 gram butter- Liza guna pure butter jenama 5 star
200 gram gula kastor / 160 gram gula pasir (kisar halus jika guna gula pasir)
250 gram tepung gandum
6 biji telur
4 sudu besar susu cair (dlm tin)
2 sudu kecil baking powder (sudu kfc)
1 sudu teh esen vanila
kepingan badam / choc chip jika suka

cara-cara:

panaskan oven pada suhu 160 darjah (ikut oven masing2- Liza cuma guna api bawah shj)
pukul mentega + gula sampai kembang (leh nampak sedikit pucat dr sebelumnya)
masukkan esen vanila
masukkan telur sebiji demi sebiji (biar telur pertama sebati sblm masukkan telur ke2 dan seterusnya)
ayak tepung + baking powder
masukkan sedikit2 kedalam adunan (bahagi agak2 utk 4 kali)- secara berselang seli ngan susu
(1 bhgn tepung, diikuti 1 sudu susu air)- buat sampai abis
matikan mixer- kacau adunan guna sudip kayu hingga ke dasar bekas kalau2 ada adunan yg tak sebati, sambung mixer sekejap je just utk sebatikan adunan...

masukkan choc chip (leh gak guna choc rice)
(agak2 dlm 4 sudu)
sebatikan guna sudip je
griskan loyang ngan sedikit mentega atau lapikkan dengan kertas minyak...
x perlu sampai bungkus keliling loyang yuppp...
masukkan adunan dlm loyang

bakar selama 1 jam / sehingga kek masak- sila uji guna lidi - jgn buka oven sebelum 30 mnt pertama
utk 15 mnt terakhir, Liza tukar kpd api atas dan bawah utk garingkan permukaan kek...
sejukkan sebentar dlm 10 mnt sblm alihkan kek dari loyang...


Saturday, 20 October 2012

KEK KUKUS BUAH PRUNE AND KEK COKLAT MOIST

Selamat pagi semua..Harap2 semua berada dalam keadaan sihat walfiat. Hari nie nak berkongsi resepi Kek Kukus Buah Prune dan Kek Coklat Moist..Wah..wah..wah..ari nie entri istimewa..2 dalam 1. Hehehe..

Semenjak pergi belajar dgn Chef Asma aritu..semangat nak masak kek kukus dan membakar kek semakin membara..Ada confident sikit..Hehehe..Kalau tidak tu..asyik tanya diri sendiri je.."Boleh buat ke nie?"..

Oklah..tak nak membebel panjang2..Kek nie Liza buat utk dihidangkan pada Hari Raya Haji yang akan menjelang tak lama lagi. Mak Liza suka sangat kek kukus..Selalu jugak dia suruh Liza buat..tapi biasa la anak dia nie..malas sikit..Hehehe..Mintak izin tuan rumah untuk copy and paste resepinya kat sini..

Untuk kek kukus buah prune, Liza ambil dari My Resipi.

Bahan-bahan ( square baking tin-small )

  • 250g butter
  • 1 1/4 cawan gula castor
  • 7 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 1 paket Cream Crackers (kalau bole yg tawar)
  • 1/2 cawan susu segar
  • 1/2 cawan susu pekat
  • Coloring ikut suke
  • Sunsweet prune or asam deduwit

Cara-cara

  1. Sediakan pengukus, grease kan loyang. Sementara tu, blend cream crackers hingga jd halus.
  2. Pukul butter dan gula hingga kembang kemudian masukkan telur sebiji sebiji sambil kacau ngan mixer.
  3. Masukkan esen vanilla, susu segar dan susu pekat kacau.
  4. Masukkan biskut yg dah diblend td sedikit demi sedikit hingga bancuhan jadi tak terlalu cair atau pekat.
  5.  Bahagikan adunan ikut color yg disukai. 2-3 color sesuai, dan bancuhkan setiap adunan yg dibahagikan 3 tadi.
  6.  Masukkan 4 sudu untuk 1st layer-ori color, kukus 10 minit. Kemudian 2nd layer-red color, 3rd layer-green color, 4th layer bolehla letak prune or asam deduwit tu. Repeat step ni hingga loyang penuh.
  7. Masukkan dlm oven (medium heat) selama 10 minit untuk kek tahan lebih lama


Untuk Kek Coklat Moist pulak, Liza ambil dr blog Denuanza.

bahan a:

2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko berkualiti tinggi (imported)
1 3/4 cawan gula pasir
1 1/2 sudu teh baking powder (sudu kfc)
1/2 sudu teh baking soda

(satukan semua bahan ke dalam besen yg agak besar, ketepikan)

bahan B:

1 cawan minyak masak
1 cawan susu cair
1 1/4 cawan air panas
2 biji telur gred A (kalo gred b/c, guna 3 biji)- pukul sedikit mcm nk buat telur dadar)

(satukan semua bahan b )

cara:

masukkan bahan B ke dalam bahan A..
gaul sebati sampai hilang ketul2..
boleh di tapis agar tiada ketul2 yg kelihatan pada kek nti

masukkan ke dalam loyang saiz 7/8 inci
(loyang di sapu minyak dan ayak tepung di permukaan loyang secara nipis)

atau gunakan kertas minyak

bakar selama 1 jam 15 mnt atau sehingga kek masak
adunan boleh juga dikukus
 

Sunday, 23 September 2012

KEK SIMERAH BALDU

Salam ceria..selamat bertemu kembali. Apa khabar semua? Semoga semuanya dalam keadaan sihat walfiat.. Ari nie Liza nak berkongsi resepi "Kek Merah Baldu" atau nama saintifiknya.."Red Velvet Cake". Hehehe.. Tak rugi buat kek nie..teramatlah sedap rasanya..sampai menjilat jari you.. Rasa2xnya Liza dah jatuh cintan ngan kek nie.. Huhuu. Resepinya Liza ambil dari blog Hana's Family. Keknya sangat gebu dan moist. Frostingnya pulak soo creamy dan yummy..Tergoda akak..Ahaks... Liza minta izin copy dan pastekan kat sini..Liza tak make-up pun kek tu..sbb suka mcm tu..lagipun buat makan kat rumah jer..

KEK SIMERAH BALDU
Bahan-bahan
Bahan Kek

  • 250g tepung kek *
  • 1/2 sk garam *
  • 15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak)
  • 113g @ 1/2 cawan butter
  • 160g gula kastor - resepi asal 300g
  • 2 biji telur gred A - hana gune 3 biji size M
  • 1sk esen vanila
  • 240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah
  • 2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - Liza bubuh 2sm
  • 1 sk cuka
  • 1 sk soda bikarbonat
Cream Cheese Frosting
  • 227g cream cheese
  • 227 mascarpone - Liza tak letak
  • 115g @ 1 cawan gula kastor - Liza letak 1/2 cawan jer
  • 360ml @ 11/2cawan whipping cream - Liza letak 1/2 cawan jgk
  • Tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut
Cara-cara
  • Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  • Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  • Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  • Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  • Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  • Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  • Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
  • Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak.
  • Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  • Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  • Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
  • Potong dan hidangkan.
 
P/S : Ari nie Liza ada member baru join blog Liza. Thanks..Fieda.Sebenarnya Liza suka tengok cite Adam dan Hawa dalam blog Fieda. Best sgt cite tu..Rugi tak tengok. Tangkap cintan ngan Aaron Aziz lagi. :)

Friday, 22 June 2012

HAPPY FATHER'S DAY DAN CHOCOLATE BANANA CAKE

Rasa2-nya tak terlambat untuk Liza mengucapkan "Selamat Hari Bapa" pada Ayah, Abah dan juga Babah. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. Kebetulan Hari Bapa minggu lepas juga adalah HariJadi husband Liza..Jadi buat kek pun 2 in 1 jugaklah. Hehehe..Resepi kek nie Liza ambik dr blog Kak Citarasawan. Thank you for the recipe..Sedap sangat kek nie..rasa dia sebijik macam kt Secret Recipe..

P/S: Sorri, tak dpt nak upload plk gambar kek yang dah dipotong :(...

Wednesday, 13 June 2012

SUPER MOIST CHOCOLATE CAKE

Selamat sejahtera semua..Ari nie nak kongsi resepi kek lagi dan lagi dan lagi..Hehehe.. Itu je benda yang Liza tahu buat..Ekekeke.. Patutlah badan pun dah segebu kek dia..
Resepi kali nie Liza ambik dari anak bujang Sarawak - Ryo. Keknya memang sedap dan moist. Manisnya pun sedang elok je. Liza takut jugak terover manis..Tapi rupa-rupanya sedang elok jer..Sesuai dgn anak tekak Liza yang tak berapa suka benda yang manis sangat. Cubalah try test..pasti tidak mengecewakan.


Super Moist Chocolate Cake
 
Bahan-bahan:
  • 100g Serbuk Koko*
  • 200g Gula pasir*
  • 1 tin Susu sejat*
  • 200g Minyak Masak Sayuran*
  • 250g Susu Pekat*
  • 4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
  • 150g Tepung Gandum
  • 1 st Soda Bikarbonat
  • 1st Baking Powder

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak.
2. Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn hand whisk. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
3. Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Bakar selama 40-45 minit bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus
4. Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.*guna chocolate rice pun ok gak

Penyediaan chocolate ganache:


Bahan2:
  • 150g coklat masakan
  • 65ml whipping cream
  • 1 sudu teh mentega
Cara2:
  1. Gunakan kaedah double boiler,cairkan coklat. Kacau sehingga benar2 cair. Tambahkan whipping cream dan mentega. Padamkan api.
  2. Sejukkan seketika,(bila sejuk sedikit ganache akan sedikit memekat) barulah dituangkan di atas kek coklat yang sudah disejukkan sepenuhnya.
*Niat dihati memang nak buat ganache..tapi x sempat nak berganache..kek tu pun dah abis..Huhuuu


Sunday, 10 June 2012

KEK CARROT WALNUT LAGI..

Selamat berhujung minggu semua..Tentu kebanyakan parents tengah busy giler sekarang nie sebab cuti sekolah akan berakhir hari nie..Bagi diri Liza, okay jelah..tak banyak bezanya sebab semua persiapan sekolah masih elok lagi..Cuma nak kena beli kasut je untuk bebudak..Hmmm..tak sampai setahun dah koyak. Budak zaman sekarang mcm tulah..Kita dulu..2 tahun pun masih elok lagi.
Hari nie Liza ingin berkongsi resepi Kek Carrot Walnut lagi tapi kali nie dengan cream cheese frosting. Kali nie Liza ambik dari blog Nasi Lemak Lover. Hasilnya sangat2 memuaskan..Liza buat kek nie untuk pertunangan kawan Liza exceli tapi atas sebab2 tertentu..kek tu tak menjadi pada saat2 terakhir..Huwaa...Baru bersemangat nk decorate kek..Sori yea..Cik Sxxxx..

KEK CARROT DGN CREAM CHEESE FROSTING

Kek Carrot
150g carrot yang telah diparut
130g tepung serbaguna
1/2sk baking powder
1/2sk baking soda
1/2sk garam
80g gula caster
80g gula perang
1/4sk serbuk buah pala
1/4sk serbuk kayu manis
100g minyak jagung
1/2tsp esen vanilla
2 biji telur, dipukul sedikit
40g kacang walnut, dicincang
40g kismis

Cara2nya
1. Ayak tepung, serbuk kayu manis, serbuk buah pala,baking powder dan baking soda ke dalam mangkuk.
2. Masukkan gula caster, garam dan gula perang, kacau rata.
3. Masukkan carrot, minyak jagung, esen vanilla dan telur, pukul sekejap sehingga adunan sebati.
4. Masukkan kacang walnut dan kismis, kacau sehingga semuanya sebati.
5. Tuangkan ke dalam bekas yang telah digriskan dan dialas kertas baking, bakar selama 40 dengan suhu 180c.
6. Biarkan sejuk sebelum meletakkan cream cheese frosting.

Cream Cheese frosting

150g cream cheese, pada suhu bilik
40g butter, pada suhu bilik
70g icing sugar, diayak
1sb jus lemon
Hirisan kulit lemon dari 1 biji lemon 

Cara2nya
1. Pukul cream cheese dan butter sehingga ringan dan creamy.
2. Masukkan icing sugar dan pukul pada kelajuan perlahan.
3. Masukkan jus lemon dan kulit lemon, gaul rata.
4. Simpan didlm peti sejuk untuk digunakan kemudian.

Sunday, 27 May 2012

KEK BUAH KUKUS

Salam 1 Malaysia...Selamat bercuti kepada semua yang bersekolah..Semoga anak2x semua dapat memanfaatkan cuti yang diberikan..Jangan asyik nak tengok tv dan main games aje yea..Hehehee...
Hari nie Liza ingin berkongsi resepi kek kukus yang Liza buat untuk mak Liza. Liza kirimkan dekat anak Liza yang balik kampung ari nie bersama dgn Acunya..Resepinya Liza ambik dari blog Sasha Rahmat. Mintak izin copy dan pastekan kat sini. Kalau nak tengok step by step macammana nak buat kek nie..bolehlah klik kat link tadi.

KEK KUKUS BUAH
Bahan2
500gm mentega (suhu bilik) - Liza guna mentega SCS
1 1/4 cawan gula castor
6 telur (gred A) klu gred B guna 7 biji
2 cawan gula & 1 ke 2 sdB air (if necessary) - dijadikan gula hangus 

Diayak bersama
1 kati / 600gm tepung gandum
1 sdK serbuk buah pala
1 sdK rempah kuih
2 sdK bicabornate soda

1 kotak / 500gm buah2an campuran - Liza guna buah kismis hitam
digaulkan serata dgn 1 sdK esen buah (bole tukarkan kpd esen orange/lemon)
dan di salutkan dgn sedikit tepung yg diayak tadi

Cara2nya
- mentega di satukan dengan gula castor - kacau dgn sudip kayu jer - kacau serata
- masukkan telur 1 per 1 kacau serata & masukkan tepung & buah2 campuran - ketepikan sebentar
- terus ready utk buat gula hangus
- tuang perlahan-lahan gula  hangus ke adunan..kacau cepat2 hingga adunan sebati
- tuang adunan ke acuan yg dialas dgn baking paper & disapukan mentega rata2
- tutup tin pembakar dgn aluminium foil
- kukus selama 4 jam - 2 jam pertama dgn api besar dn selebihnya dgn api sederhana.
- bila dah masak sejukkan semalam..letak diatas redai & bole klurkan dari loyang & bungkus dgn plastic wrapper & bungkus lagi sekali dgn alum. foil.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...