Selamat Petang...Dah makan dah? Ari nie Liza masak simple2 jer sebab badan masih tak berapa sihat lagi semenjak semalam.. Jadik since tak lalu nak makan..Liza stimkan aje ikan bawal nie untuk lauk tengahari..
Ikan bawal emas nie memang sesuai untuk buat stim/kukus. Daging dia lembut sama macam ikan bawal putih. Resepinya sangat simple dan senang dibuat. Mula2 ikan tu Liza lumurkan dengan sedikit garam dan perahan air limau nipis. Kemudian Liza taburkan dengan bawang merah, putih, cili hijau dan halia muda. Untuk sayurnya..Liza gunakan lobak merah yang telah disagat dan tomato yang telah dipotong kecil2. Selepas tu Liza balutkan ikan tu dalam aluminium foil dan bolehlah distim/kukus ikan tu lebih kurang dalam 20 hingga 25 minit. Dah boleh makan dah. Senangkan...Hehehe..
This blog is all about me, my family and my cooking experience...I hope you will enjoy it as much as I do..
Showing posts with label Lauk pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk pauk. Show all posts
Sunday, 30 September 2012
Monday, 14 May 2012
UDANG SAMBAL TAUCU
Wordless Monday.. Resepi diambil dari blog Sasha Rahmat. Walaupun bahan-bahannya sangat ringkas tapi rasanya sungguh sedap sekali..Tak rugi cuba..Maaflah kalau gambar tak memuaskan. Almaklumlah..jurukamera amatur..Hehehe..
UDANG SAMBAL TAUCU
Udang 400gm (bersihkan & tos)
2 sdB serbuk cili
2 sdB Tauco
2 bawang besar dihiris
Minyak untuk menumis
Sedikit garam & gula (pd yg suka perasa bole ler add)
*** Liza x gunakan garam krn taucu dh masin.
Cara2
Perap sekejap udang bersama serbuk cili dan taucu kemudian ketepikan.
Panaskan minyak dikuali, dan masukkan udang.
Masukkan bwg hiris.Kacau rata perasakan dgn garam & gula.
Friday, 27 April 2012
ROTI ARAB DGN KARI SARDIN
Hai uols…Apa habaq? Harap semua sihat2x no..Hehehe..Dah
sarapan? Dah yea..Ok..Liza pun dah bersarapan..Hari nie buat Roti Arab cicah
ngan Kari Sardin..Sedap wooo..Dua2x resepi tu Liza ambil dari Dapurku Sayang
yang sangat2x terkenal dgn Kek Lapisnya yang cantik sgt kejadiannya..Layannn…
ROTI ARAB
Bahan-bahan : hidangan utk 4-5
orang
·
250 g tepung gandum
·
2 sk yis mauripan
·
1 sb susu tepung
(jika guna susu segar tak perlu guna susu tepung)
·
1 sb
marjerin/mentega
·
1 sb gula
·
160ml -170 ml air
suam (boleh
campurkan dgn susu segar)
·
1/2 sk garam
halus
Cara-cara :
Satukan yis bersama air suam dan gula. Bancuhkan hingga
gula larut.
Kemudian biarkan sebentar sehingga yis berbuih.
Kemudian biarkan sebentar sehingga yis berbuih.
Di dalam bekas yg agak besar, ayakkan tepung. Satukan
dgn garam, susu tepung dan marjerin/mentega. Gaul2kan rata2. Buatkan lubang di
tengah2nya, kemudian tuangkan yis tadi. Kacau dan uli hingga menjadi doh yg
licin.
Setelah itu, simpankan doh di dlm bekas yg agak besar
dan tutup kemas dgn kain lembab. Biarkan ia naik selama 1 jam.
Keluarkan doh, uli sekali lagi dan bahagikan kpd
beberapa bahagian (DJ suka buat yg kecik2 jer lagi kiut..hehe). Bulat2kan doh
dan leperkan/canaikan. Jangan terlalu nipis atau terlalu tebal.
Panaskan minyak secukupnya utk menggoreng. Setelah
minyak cukup panas, goreng doh tadi satu persatu. Siram2kan roti agar ia naik
kembang. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan.
Kuah Kari Sardin
Bahan-bahan :
- 1 tin besar sardin (Liza pilih brand Cap Ayam)
- 1 tangkai daun kari
- 2 sudu makan serbuk kari ikan (Liza pilih brand Adabi) - dibancuh dengan sedikit air
- 3 biji bawang merah (dihiris)
- 2 ulas bawang putih (dicincang)
- 1 cm halia (dicincang)
- sedikit garam, gula dan air asam jawa
- hirisan tomato (optional)
Cara-cara :
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan daun kari hingga garing.
- Masukkan bancuhan rempah kari tadi. Tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan sardin bersama kuahnya dan masukkan juga air secukupnya. Kacaulah rata-rata dengan perlahan.
- Apabila mendidih, masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau lagi hingga sebati.
- Setelah masak, tutupkan api. Hidangkan panas-panas bersama roti arab. Selamat mencuba!
Monday, 31 October 2011
KARI AYAM KERISEK
Minta maaf sebab terlambat mengupdate blog nie..Almaklumlah sibuk buat coklat semalam sebagai door gift utk perkahwinan adik ipar Liza yg akan berlangsung tak lama lagi. Hari nie masak simple je..Kari Ayam Kerisek yang Liza skodeng dr blog Kak Anymz Kitchen..since stok ayam still ada lagi dlm fridge. Bahan2 yang digunakan pun tak banyak dan senang didapati dikedai2 runcit..(kadang2 tu mls nak pg supermarket kalau setakat 2 atau 3 barang je yg tak de..hehehe). Sedap jugak kari nie..kalau nk sedikit berempah..tambahlah rempah karinya dan kalau nak sedikit pedas..tambahlah sukatan cili kisarnya..Tapi bagi Liza..karinya memang dah secukup rasa..perghhhh..layan jelaa...Mintak izin c&pkan resepinya disini..
KARI AYAM KERISEK
Bahan2-nya :
KARI AYAM KERISEK
Bahan2-nya :
- 1 ekor ayam
- 2 sudu besar cili kisar
- 1 biji bawang besar - dikisar
- 4 ulas bawang putih - dikisar
- 1/2 jari halia - dikisar
- 4 - 5 sudu besar rempah kari daging - dicampur sedikit air dan jadikan pes
- 1 batang serai - dititik
- 2 lembar daun kari
- sedikit kayu manis,cengkih,pelaga - untuk bhn penumis
- 3 biji kentang - dibelah 4
- 3 biji tomato - dibelah 4
- 2 batang lada hijau - dibelah 2
- 1/2 cawan kerisik
- 1 keping asam gelugur
- garam secukup rasa
- minyak masak - untuk menumis
- 1/2 biji bawang besar - dihiris
- 2 ulas bawang putih - dihiris
- air secukupnya untuk kuah
Cara memasak :
- Campurkan bahan2 kisar bersama cili kisar.
- Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bawang besar dan bawang putih yang dihiris dan masukkan campuran bahan kisar,penumis dan serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
- Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam, asam gelugur, kerisik, kacau rata dan masak hingga mendidih. Boleh tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
- Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato. Renihkan lagi 10-15 min. Siap untuk dihidangkan.
Sunday, 15 May 2011
SUP KETAM DAN DULCE DE LECHE BROWNIES
Malam nie aku buat Cheewy Gooey Yummy Brownies utk jamuan "Selamat Hari Guru" kat sekolah Tadika my daughter, Nurul Syazanie (Isha)..Ini tengah tunggu brownies tu masaklah nie..Sejak balik dr kerja ari Jumaat aritu, aku tak berapa sihat sangat..kepala asyik pening je..mungkin sebab cuaca panas sangat kut..Entahlah??? Semalam aku masak lauk simple je..Sup Ketam and petangnya buat DULCE DE LECHE Brownies..
Sup Ketam
DULCE DE LECHE Brownies sebelum dan selepas masak
Friday, 13 May 2011
MASAK SAMBAL IKAN CENCARU
Hi, Selamat bertemu kembali..Just nak kongsi lauk budak2 tu for lunch yesterday. Here goes the recipe:-
Bahan2-nya:-
3 ekor ikan cencaru yang bersaiz sederhana dan dibuang kulitnya
5 ulas bwg kecil*
3 ulas bwg putih*
15 tangkai cili kering* (direndam dgn air panas)
1 biji bawang besar - dihiris bulat2
1 sudu kecil asam jawa Xtra (aku guna cap Adabi)
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak utk mengoreng
Garam dan gula secukup rasa
Cara2nya:-
Ikan dipotong 2@3, ikut sukalah yea. Lepas tu lumurkan ikan dgn sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga kekuning-kuningan.
Blenderkan bahan2 yang bertanda*. Kemudian panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 tadi sehingga pecah minyak. Setelah pecah minyak, masukkan asam jawa Xtra and sedikit air (sukatan air terpulang kepada anda samada nak kuahnya pekat atau cair). Kacau rata. Setelah itu perasakan lauk dgn garam dan gula. Kemudian masukkan ikan yg telah digorengkan tadi, kacau rata lagi. Akhir sekali masukkan bawang besar dan bolehlah tutupkan api. Senang jekan..Selamat mencuba...
Bahan2-nya:-
3 ekor ikan cencaru yang bersaiz sederhana dan dibuang kulitnya
5 ulas bwg kecil*
3 ulas bwg putih*
15 tangkai cili kering* (direndam dgn air panas)
1 biji bawang besar - dihiris bulat2
1 sudu kecil asam jawa Xtra (aku guna cap Adabi)
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak utk mengoreng
Garam dan gula secukup rasa
Cara2nya:-
Ikan dipotong 2@3, ikut sukalah yea. Lepas tu lumurkan ikan dgn sedikit serbuk kunyit dan garam. Kemudian panaskan minyak dan gorengkan ikan sehingga kekuning-kuningan.
Blenderkan bahan2 yang bertanda*. Kemudian panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan2 tadi sehingga pecah minyak. Setelah pecah minyak, masukkan asam jawa Xtra and sedikit air (sukatan air terpulang kepada anda samada nak kuahnya pekat atau cair). Kacau rata. Setelah itu perasakan lauk dgn garam dan gula. Kemudian masukkan ikan yg telah digorengkan tadi, kacau rata lagi. Akhir sekali masukkan bawang besar dan bolehlah tutupkan api. Senang jekan..Selamat mencuba...
Subscribe to:
Posts (Atom)





