Showing posts with label Biskut. Show all posts
Showing posts with label Biskut. Show all posts

Sunday, 7 April 2013

BASIC SCONE

Hai semua..selamat bertemu kembali. Kali nie Liza ingin berkongsi resepi omputeh pulak. Nak kata sekut bukan sekut..mungkin half sekut and half roti kut. But anyway, sedapp bangat.. Tambah-tambah pulak bila makan dengan jem yang manis-manis masam gitu.. Hehehe..
Resepi nie dikongsi oleh unit trust consultant Liza, Pn Salwa yang terkenal dengan kewesternannya...(Jangan mare..gurau jer)
Bak kata Pn Salwa, pejam mata pun boleh buat. Kalau makan dengan "Cream Clotted" lagi mengancam.. Tapi masalahnya benda tu hanya ada dijual kat Cold Storage je..tak main la kt Giant, Tesco dan seangkatan dgnnya.. Adoyaii. Kalau ada pun, nun jauh kt Putrajaya tu. 
Hehehe..
Mintak izin kongsikan resepinya kat sini ya..Pn Salwa.

BASIC SCONE

Bahan-bahan
450gm tepung naik sendiri
125gm mentega yang berkualiti (Liza guna jenam Anchor)
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
50gm gula caster
Susu segar secukupnya

Cara-caranya

  • Ayak tepung naik sendiri bersama dengan baking soda. 
  • Kemudian campurkan garam dan gula caster.
  • Selepas tu masukkan mentega yang telah dipotong kecil-kecil. 
  • Ramaskan adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga hampir-hampir menjadi satu adunan.
  • Untuk resepi Scone nie, Liza tambah sedikit cranberry kering.
  • Kemudian bulatkan dengan acuan bulat. Liza guna botol susu Avent jer so jadi comel-comel jer. Dapat la dalam 36 biji. Hehehe..
  • Bakar dalam ketuhar bersuhu 160 darjah celcius selama 7 hingga 10 minit atau scone sudah keperang-perangan.
  • Ok. Selamat Mencuba. Chow Chin Chau..





Monday, 28 May 2012

FARMBROZEN KENARI

Nama biskut yang sangat unik sekali...Itu yang membuatkan Liza bersemangat nak mencubanya.. Cara pembuatannya pun seunik namanya jugak..Hehehe..
Biskut nie memang sedap dimakan..Sangat lembut dan rapuh..Tapi bila Liza makan..macam ada yg kurang pulak. Tak tau apa yang kurangnya. Hmm..nak kena buat edisi siasat nie..Hehehe..
Resepi kali ini..Liza ambik dari blog yang tak asing lagi..Kak Azlita Masam Manis.

FARMBROZEN KENARI
 
Lapisan Cookies - base
10 oz tpg gandum (284 gm)
1.5 oz gula kaster (45 gm)
6 oz butter (180 gm)

Lapisan Putih - Topping
60 gm putih telur -  2 biji putih telur
100 gm gula aising
1 sudu teh tpg jagung

Bluberry atau strawberry filling
 
Cara2xnya

Pukul butter dgn gula hingga kembang atau putih
Masukkan tepung gandum  yang telah di ayak dan gaul hingga adunan menjadi doh
Tuangkan adunan ke dalam loyang
 
Canai adunan ke dalam loyang bersaiz 9 x 12 x 1 inch
Bakar selama 15-20 minit dgn suhu 170'c atau hingga kekuningan
Keluarkan doh setelah masak 
Bila sejuk sikit sapu dgn Strawberry atau blueberry filing
 
Kemudian kita buat topping.
Satukan semua bahan untuk toping dan putar dalam mesin pemutar dgn high speed hingga adunan likat.
 
Kemudian tuangkan bahan topping atas filling tadi dan ratakan
Tabur pula dgn badam keping
Bakar dalam oven di rak tengah dengan suhu 90C selama 1 1/2 jam.
Bila sentuh permukaan dia dah kering tutup oven dan biarkan kek dalam oven yg dah di tutup suiznya itu selama 1 1/2 jam lagi  supaya toping benar2 kering.
Kemudian potong.
Bila dah benar2 sejuk baru keluarkan dari loyang
Peringatan - cookies ni sangat rapuh dan mudah patah.
 

Saturday, 12 May 2012

CHOCOLATE CHIPS COOKIES

Hari nie masuk ari ke-2 Mr "H" kena warded. Doktor sahkan yang dia kena demam denggi. Hmmm..jawapnya lama lagilah kena tahan kat ward nie..Huhuuuu. Hari nie suhu badan dia memang tak turun..Masih lagi 38 - 40 darjah celcius. Blood palette pun dah turun lagi..
One of my habits bila susah hati is cooking..Liza kena masak. Kalau tak masak Liza mesti susah hati..Jadik bila balik dari melawat Mr "H" kt KPJ. Terus masuk dapur dan masak biskut yang simple nie..Kebetulan semua barang-barang dah ada kat dlm dapur. Walaupun resepinya simple sgt..but it turns out to be very the very the sedaplah..Hehehe..Cubalah..jangan tak cuba..
Resepinya Liza ambil dari blog Hasue..
                                         Gambar sebelum masuk oven
Chocolate Chips Cookies

Bahan2:
* 1 cwn butter/marjerin (Liza guna marjerin)
* 3/4 cwn gula perang
* 2 cwn tepung gandum*
* 1 1/2 sk baking powder* (* ayak bersama)
* 1 sk vanilla
* 1 cwn chocolate chip
* 1 sk garam (kalau guna butter, kalau marjerin x perlu sbb dh masin)


Cara2:
* Pukul butter dan gula sampai kembang. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
* Masukkan bahan yang di ayak dan gaul sebati.
* Masukkan pula chocolate chips dan gaul sebati lagi.
* Sudukan atas loyang (Tun x letak gris sbb cookies bila bakar dh sedikit berminyak). Jarakkan sbb dia akan mengembang.
* Bakar 180 degree, lbh kurang 20 minit (ikut oven). Tunggu sampai agak sejuk baru alihkan ke dalam bekas kedap udara.
* **Cookies agak lembut ketika panas dan akan mengeras setelah sejuk.

Wednesday, 17 August 2011

BISKUT KACANG MAZOLA

Alhamdulillah..masuk ari nie dah 17 hari kita berpuasa..tinggal lagi lebih kurang 13 hari kita akan beraya. Rasa sedih juga utk meninggalkan bulan puasa yang mulia ini. Liza rasa pada bulan inilah kita dapat menginsafi akan setiap kesalahan/kesilapan yang telah kita lakukan pada masa yang lepas utk kita jadikan rujukan dimasa hadapan. Oklah..kita berbalik pada tajuk kita ari nie iaitu old time favourite cookies..Biskut Kacang Mazola..
Bila buat biskut nie..teringat pada arwah nenek yang suka sangat makan biskut nie. Tiap2 hari dia tak miss punya makan biskut nie tanpa jemu2 masa raya :)..
Resepinya Liza ambik dr LilydvalleyMyr


Biskut Kacang Mazola


Bahan2-nya
200gm tepung gandum
200gm kacang tanah goreng yang dikisar
100gm gula kisar atau halus
1 botol kecil minyak jagung Mazola/secukupnya
Kuning telur


Caranya:-
Gaul sebati tepung gandum, kacang tanah kisar dan gula halus. 
Kemudian tuangkan minyak jagung dan uli sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
Bentukkan adunan mengikut citarasa anda dan susunkan dalam loyang yang telah dilengserkan dengan mentega.
Sapukan kuning telur diatasnya dan bakar dalam oven sehingga masak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...