Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Sunday, 8 September 2013

HEAVENLY MILO AND OREO JELLY

Apa khabar semua? Seperti biasa la..baru nak update blog yang suam-suam kuku nie. Sekejap ada..sekejap tak de. Hehehe.. Bila dah abis Syawal, baru nak muncul. Al-maklumlah..raya sakan tahun nie.  

Kali nie Liza nak kongsikan resepi yang tidak asing lagi dikalangan blogger2 masakan. Kali nie Liza nak kongsi resepi puding pulak. Memang sedap puding nie..sekali makan mesti nk lagi..dan lagi..dan lagiiiii..
Resepi kali nie Liza ambik dari blog HomeKreation. Cuba jangan tak cuba.. Hehehe..


HEAVENLY MILO AND OREO JELLY

Bhn2:
1 bungkus agar2 / 10gm serbuk agar agar
750ml air
160gm gula 
1 tin ( 400gm) susu cair
3/4 cawan serbuk milo
1 bungkus (137gm) biskut oreo - patahkan tp biar 2 lapis

- masak agar agar dan air hingga larut.
- masuk gula dan masak hingga gula larut.
- masuk pula susu cair dan kacau hingga mendidih.
- asingkan 2 cawan ke dlm periuk lain dan campurkan milo, kacau hingga sebati.
- tuang 1 cawan campuran miloke dlm acuan, panaskan campuran milo yg setengah lg dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
- bila permukaan dah keras sedikit, tuang semua adunan putih td , tabur biskut oreo dan biarkan keras.
- tuang baki adunan milo dan biar membeku di suhu bilik sebelum masuk dlm peti sejuk..


TIPS UNTUK MELAPIS:
-  Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
-  Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik



Saturday, 7 January 2012

CREAM PUFF


Kali nie Liza ingin berkongsi resepi “Cream Puff” yang Liza ambil dr buku resepi  “Resepi Pesta Perut”.  Ini semua gara2x tengok rancangan Masterchef Malaysia kat Astro Ria aritu..Sedap pulak bila tengok diaorg masak cream puff tu..Hehehe..
Dah lama dah nak buat cream puff nie tapi cam biasalah asyik postpone je..Dulu pernah cuba resepi kat blog Kak Rima tapi anak2x Liza kata bau telur dia kuat sangat..sebab resepi dlm blog Kak Rima menggunakan kuning telur yang banyak utk krim kastadnya..manakala dlm resepi nie x payah mengasingkan putih dan kuning telurnya..Jadi senang sikit nak membuatnya..Hehehe..
Kalau buat satu adunan dapat agak banyak juga cream puffnya..Jadi x perlulah nak menggandakan adunannya..Resepinya cukup utk 6 hingga 7 org makan.


Cream Puff

Bahan Pastry
330gm air
190gm mentega
Secubit garam
240gm tepung gandum
9 biji telur

Tuang air, mentega dan garam ke dlm mangkuk dan jerangkan di atas dapur sehingga mendidih. Kemudian masukkan tepung dan kacau dengan segera. Masak sehingga adunan menjadi satu dough yang tidak melekit ditepi  periuk.
Sejukkan adunan sebentar dan kemudian pukul adunan sambil menuangkan telur satu persatu sehingga habis. Masukkan adunan ke dlm piping bag dan dgn menggunakan nozzle bintang, terapkan bulatan kecil2x ke atas tin pembakar kuih yg telah dialas dgn kertas kuih.
Bakar didlm ketuhar selama 25 minit dgn suhu 200 darjah celcius.

Krim Kastad
35 gm tepung kastad
2 biji telur
1 tin susu cair – dibahagikan dua
225 ml air
160gm gula
½ sdb mentega
Sedikit esen vanilla

Bancuh tepung kastad dgn telur dan setengah tin susu cair. Tapis dan ketepikan. Air, setengah tin susu cair tadi dan juga gula dimasak diatas api sehingga mendidih.
Kemudian kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung kastad tadi dan kacau sehingga adunan agak pekat. Selepas itu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan krim kastad ini sebelum dimasukkan kedlm pastry tadi.

Senang jekan. Selamat mencuba.

Friday, 5 August 2011

PUDING KASTAD BUAH PEACH

Salam semua..Dikesempatan ini, Liza ingin mengucapkan "Selamat Berpuasa" pada family, sanak saudara, sahabat handai dan juga pada mereka2 yang mengenali diri ini. Walaupun agak terlambat nak mengucapnya..tapi x perlah..lebih baik buat drp tak buat..hehehe..
Resepi kali nie Liza buat utk dessert berbuka puasa hari yang-3. Biasanya buat puding kastad jagung tapi kali nie nak try pulak buat puding kastad dengan buah peach. Puding nie sedap dimakan bila kita sejukkan dalam peti ais..Resepinya senang je..bahan2 yang digunakan juga x banyak..
PUDING KASTAD BUAH PEACH


Bahan2nya:-
1 cawan tepung kastad
11/2 cawan susu cair
3 - 4 cawan air
2 sudu besar gula
1 sudu besar mentega
1 tin buah peach


Cara2nya:-
Campurkan semua bahan kecuali buah peach. Masakkan diatas api yang sederhana sehingga kastadnya agak sedikit pekat. Tutup api dan tuangkan keatas bekas kaca. Bila kastad dah agak pekat barulah tuangkan buah peach berserta dgn airnya keatas tadi. Bolehlah disejukkan ke dalam peti ais atau makan begitu saja.


Senangkan. Selamat mencuba..

Wednesday, 18 May 2011

LAKSA PENANG DAN BUBUR CHA CHA KELEDEK

Semalam kepala dah rasa okay sikit..jadik dapur dah start 'berasap' balik..Hehehe...
Untuk lunch semalam, malas nk makan nasi..asyik2 nasi..Jadik masaklah Laksa Penang for lunch dan minum petangnya..Bubur Cha Cha Keledek..Sebenarnya resepi ini dah lama dah 'usha2' kat rumah Kak Ummi Kuantan..tapi x de berkesempatan nak buat sampailah sekarang..Kak Ummi, mintak izin utk pastekan resepinya disini..Terima kasih.
Bubur Cacha Ubi Keledek

Bahan:-
  • 1 cawan bubur cacha kering
  • 500 ml santan
  • 2/3 cawan gula pasir/secukup rasa
  • 2 helai daun pandan - disimpul
  • 2 biji keledek sederhana besar - dibuang kulit dan dipotong kecil
  • secubit garam
Cara Memasak:-
  1. Basuh bubur cacha dan rebus dengan air biasa hingga lembut. Toskan dan ketepikan.
  2. Dalam periuk masukkan ubi dan santan dan masak dengan api perlahan.
  3. Masukkan gula dan secubit garam dan biar mendidih dan ubi empuk.
  4. Masukkan bubur cacha tadi dan masak sebentar hingga mesra.
  5. Tutup api dan hidangkan panas atau sejuk pun best..











    Untuk resepi Laksa Penang pulak, aku rasa mesti anda semua dah ada resepinya..Jadik aku tak payahlah nak postkan kat sini..Hehehe..Layan gambar jelah..

Friday, 6 May 2011

DULCE DE LECHE ...

Nama lainnya ialah cream caramel. Dah lama dah tinjau2 kat blog Hana dan Ayu Singapore. Nampak macam sedap jer..Sebab tulah try buat tu..Yealah..semenjak dua menjak dah ada slow cooker nie..Hehehe...Bahan2 dan cara2 memasaknya bolah rujuk kt 2 blogger tadi..



Sebab terlalu excited my DDL menjadi dan x de masa nk masak resepi dia lagik..Jadik makan dgn roti jelah dulu..Layan je la yea..Huhuuuu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...