Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Sunday, 7 April 2013

BASIC SCONE

Hai semua..selamat bertemu kembali. Kali nie Liza ingin berkongsi resepi omputeh pulak. Nak kata sekut bukan sekut..mungkin half sekut and half roti kut. But anyway, sedapp bangat.. Tambah-tambah pulak bila makan dengan jem yang manis-manis masam gitu.. Hehehe..
Resepi nie dikongsi oleh unit trust consultant Liza, Pn Salwa yang terkenal dengan kewesternannya...(Jangan mare..gurau jer)
Bak kata Pn Salwa, pejam mata pun boleh buat. Kalau makan dengan "Cream Clotted" lagi mengancam.. Tapi masalahnya benda tu hanya ada dijual kat Cold Storage je..tak main la kt Giant, Tesco dan seangkatan dgnnya.. Adoyaii. Kalau ada pun, nun jauh kt Putrajaya tu. 
Hehehe..
Mintak izin kongsikan resepinya kat sini ya..Pn Salwa.

BASIC SCONE

Bahan-bahan
450gm tepung naik sendiri
125gm mentega yang berkualiti (Liza guna jenam Anchor)
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
50gm gula caster
Susu segar secukupnya

Cara-caranya

  • Ayak tepung naik sendiri bersama dengan baking soda. 
  • Kemudian campurkan garam dan gula caster.
  • Selepas tu masukkan mentega yang telah dipotong kecil-kecil. 
  • Ramaskan adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga hampir-hampir menjadi satu adunan.
  • Untuk resepi Scone nie, Liza tambah sedikit cranberry kering.
  • Kemudian bulatkan dengan acuan bulat. Liza guna botol susu Avent jer so jadi comel-comel jer. Dapat la dalam 36 biji. Hehehe..
  • Bakar dalam ketuhar bersuhu 160 darjah celcius selama 7 hingga 10 minit atau scone sudah keperang-perangan.
  • Ok. Selamat Mencuba. Chow Chin Chau..





Saturday, 16 February 2013

POLO BUN

Salam semua, dah sarapan dah? Harap semua sihat-sihat belaka. Semenjak dua menjak nie.. badan tak berapa nak sihat la pulak..Tapi tak per, demi blogku nie..ku korbankan segalanya..Hehehe..
Seperti yang dijanjikan pada entri yang lepas, Liza akan berkongsi resepi "sweet bun" yang Liza buat aritu.. .
Bun nie ala2 mexican bun tapi cuma tak masukkan perisa kopi jer. Intinya.. kita boleh pelbagaikan..ada orang suka letak butter, margerin, cream cheese etc..tak kisah la.. sebab kita yang buat dia pun..Hehehehe..
Resepi kali nie Liza ambik dr blog Kak Ummi Home Sweet Home.



POLO BUN

Bahan Roti:- (dapat 9 ketul besar)
  • 250 gm tepung protein tinggi/tepung roti
  • 20 gram susu tepung
  • 1 biji telor
  • 1 1/2 sudu teh yis segera
  • 50 gram gula kastor
  • 100 ml susu air 
  • 30 gram mentega tawar
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh bread improver 
  • 1 1/2 sudu teh bread softner 
  • Naisu (filling/bahan isi) secukupnya - Liza letak margerin 

Bahan Kulit Polo:-
  • 55 gram mentega
  • 55 gram gula kastor
  • 25 gm telor (lebih kurang 1/2 biji) - dipukul sikit dgn garfu
  • 2 sudu teh susu tepung
  • 130 gram tepung protein rendah/tepung gandum
Cara Membuat Kulit Polo:-
  1. Gaul mentega bersama gula kastor dengan whisk hingga rata.
  2. Masukkan telor dan gaul rata lagi.
  3. Masukkan susu tepung dan tepung, gaul rata doh dan bulatkan. Ketepikan.
  4. Canai nipis doh dan potong membulat dengan cutter dan letakkan di atas doh. (Kalau nak tengok gambar mcmana nak buat kulit bun polo nie..bolehlah pergi ke blog Kak Ummi)
Cara Membuat Roti:-
  1. Campur kesemua bahan kecuali mentega dan garam, diuli setengah rata.
  2. Masukkan mentea dan garam dan uli lagi sehingga elastik. Biarkan naik 1 jam. 
  3. Bila adunan telah naik. Tumbuk-tumbuk doh sebentar untuk keluarkan angin. Uli sekejap.
  4. Bahagikan doh kepada 70 gm setiap satu dan bulat-bulatkan hingga habis.
  5. Kemudian ambil satu doh, leperkan dan isi dengan filling (naisu) kegemaran. Tutup kembali doh dan bulatkan. Letakkan di dalam loyang. Buat sehingga habis dan biarkan naik.
  6. Letakkan kulit polo yang dicanai tadi di atas doh roti dan buat garis silang dengan menggunakan pisau. Buat sehingga habis dan biarkan doh naik seterusnya hingga 2x ganda saiznya
  7. Panggang hingga matang. (Liza pun ikut mcm Kak Ummi jgk, panaskan suhu oven pada 175 C dan bakar selama 17 minit)

Saturday, 9 February 2013

KELAS BUAT ROTI SANDWICH, SWEET DAN SAVOURY BUN

Baru ada "feel" nak update blog..Last week tak berkesempatan nak update sebab busy prepare beberapa hidangan utk "meeting" kenduri kahwin BIL yang bakal berlangsung bulan depan.
Sebenarnya minggu sebelum tu..masa cuti Hari Thaipusam, Liza ada pergi kelas Chef Asma lagi..Hehehe. Kali nie Liza belajar buat roti pulak. Suka sangat makan roti tapi bila buat sendiri asyik tak naik jer.. Last2 buang bagi  kt Cik Tong..Huhuu..
Tak rugi pergi kelas nie.. (Hehehe..tak abis2 nak promote) walaupun bayarannya agak tinggi sikit tapi berbaloi2 ilmu yang kita dapat tu. Banyak la tips2 dan teknik2 yang telah Chef ajarkan. Menjadik jugak roti yang Liza buat masa kenduri aritu..Hehehe... Nanti Liza kongsikan resepinya di entri yang akan datang. Untuk entri kali nie..layan ajelah pics yang sempat Liza snap masa kelas aritu..
Proses menaikkan doh..
Rupa Potato Bread sebelum di bakar..
Roti  Burger..lepas nie tak yah beli lagi..Hehehe..
Red bean bun dgn roti sosej..Yummyyy..

Sunday, 13 May 2012

SELAMAT HARI IBU & GARLIC BUTTER SPREAD

Today is the 3rd day Mr "H" warded but alhamdulillah suhu badannya dah turun walaupun blood palettenye masa lagi turun..
Hmm..since Liza pun masih lagi sibuk berulang alik ke hospital..jadik tak de masa nak prepare kek utk Hari Ibu. Niat dihati nak buat mcm tu tapi apakan daya masa tak delah plk. Lunch pun Liza tak sediakan. Cuma buat kan garlic bread nie dgn mushroom soup. Itupun atas permintaan dr anak2x..since diaorg pun dah rasa mcm nak demam..
Dikesempatan nie Liza ingin mengucapkan "Selamat Hari Ibu" buat semua ibu2x terutamanya ibu Liza, Pn Rosnah Yasin dan juga mak mertua Liza, Pn Mariam Adan. Semoga anda berdua berada dlm keadaan sihat dan gembira selalu.
Untuk kali nie Liza hanya ingin berkongsi resepi Garlic Butter Spread yg Liza ambil dr blog Kak Ita Masam Manis.


GARLIC BUTTER SPREAD
Bahan-bahan:
50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus

Cara-cara:
Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...