Menu sarapan semalam...Mr PakCik aka my hubby yg buat. Bahan2nya senang jer..
Resepinya seperti tertera di bawah:-
BIHUN GORENG SARDIN
Bahan2-nya:-
5 ulas bawang kecil*
3 ulas bawang putih*
15 tangkai cili kering*(rendam dgn air panas)
1 tin sardin - sederhana (dihancurkan)
1 peket bihun
Sayur sawi @ kobis - tapi saya x letak
Minyak masak
Garam dan gula secukup rasa
Daun sup, bawang goreng dan cili merah untuk perhiasan
*blendkan semua bhn bertanda*
Cara2-nya:-
Rendamkan bihun lebih kurang dalam sejam sebelum mula masak. Masukkkan sedikit minyak masak dalam kuali. Bila minyak dah mula panas, masukkan bhn2 yg telah diblendkan tadi. Masakkan sehingga pecah minyak.** Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Kemudian barulah masuk ikan sardin yg telah dihancurkan tadi. Masakkan seketika lagi dan kemudian masukkan bihun yg telah direndamkan tadi. Kacau hingga sebati kemudian masukkan sayur-sayuran pilihan anda. Masak sehingga sayur layu. Ok..dah siap. Bolehlah padamkan api. Semasa menghidang bolehlah taburkan daun sup dan cili merah yg telah dipotong kecil2 serta bawang goreng.
Selamat Menjamu Selera..
**pecah minyak bermakna minyak telah berada diatas dan terasing dr bahan2 yg diblendkan tadi
