Alhamdulillah..masuk ari nie dah 17 hari kita berpuasa..tinggal lagi lebih kurang 13 hari kita akan beraya. Rasa sedih juga utk meninggalkan bulan puasa yang mulia ini. Liza rasa pada bulan inilah kita dapat menginsafi akan setiap kesalahan/kesilapan yang telah kita lakukan pada masa yang lepas utk kita jadikan rujukan dimasa hadapan. Oklah..kita berbalik pada tajuk kita ari nie iaitu old time favourite cookies..Biskut Kacang Mazola..
Bila buat biskut nie..teringat pada arwah nenek yang suka sangat makan biskut nie. Tiap2 hari dia tak miss punya makan biskut nie tanpa jemu2 masa raya :)..
Resepinya Liza ambik dr LilydvalleyMyr
Biskut Kacang Mazola
Bahan2-nya
200gm tepung gandum
200gm kacang tanah goreng yang dikisar
100gm gula kisar atau halus
1 botol kecil minyak jagung Mazola/secukupnya
Kuning telur
Caranya:-
Gaul sebati tepung gandum, kacang tanah kisar dan gula halus.
Kemudian tuangkan minyak jagung dan uli sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
Bentukkan adunan mengikut citarasa anda dan susunkan dalam loyang yang telah dilengserkan dengan mentega.
Sapukan kuning telur diatasnya dan bakar dalam oven sehingga masak.
No comments:
Post a Comment