Resepi nie dikongsi oleh unit trust consultant Liza, Pn Salwa yang terkenal dengan kewesternannya...(Jangan mare..gurau jer)
Bak kata Pn Salwa, pejam mata pun boleh buat. Kalau makan dengan "Cream Clotted" lagi mengancam.. Tapi masalahnya benda tu hanya ada dijual kat Cold Storage je..tak main la kt Giant, Tesco dan seangkatan dgnnya.. Adoyaii. Kalau ada pun, nun jauh kt Putrajaya tu.
Hehehe..
Mintak izin kongsikan resepinya kat sini ya..Pn Salwa.
Bahan-bahan
450gm tepung naik sendiri
125gm mentega yang berkualiti (Liza guna jenam Anchor)
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
50gm gula caster
Susu segar secukupnya
Cara-caranya
- Ayak tepung naik sendiri bersama dengan baking soda.
- Kemudian campurkan garam dan gula caster.
- Selepas tu masukkan mentega yang telah dipotong kecil-kecil.
- Ramaskan adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
- Kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga hampir-hampir menjadi satu adunan.
- Untuk resepi Scone nie, Liza tambah sedikit cranberry kering.
- Kemudian bulatkan dengan acuan bulat. Liza guna botol susu Avent jer so jadi comel-comel jer. Dapat la dalam 36 biji. Hehehe..
- Bakar dalam ketuhar bersuhu 160 darjah celcius selama 7 hingga 10 minit atau scone sudah keperang-perangan.
- Ok. Selamat Mencuba. Chow Chin Chau..
No comments:
Post a Comment