Salam semua.. Selamat Tahun Baru 2014!! Untuk membuka tirai 2014, Liza ingin berkongsi kuih yang Liza buat untuk minum petang tadi. Kuih nie memang tersangat la senang nak buat buatnya.. Bak kata Chef Wan "Orang buta pun boleh masak".. Hehehe..
Untuk resepi lepat pisang nie..Liza menggunakan pisang rastali yang Liza beli kat pasar Kajang semalam. Sedap jugak rasanya..masam-masam manis. Sebenarnya Liza pun tak tahu nak guna pisang apa? Bila tanya auntie kat pasar tu, dia recommend pisang nie.. Harganye boleh tahan la jugak.. Huhuuu..
LEPAT PISANG ala Chef Liza
Bahan-bahannya:-
2 sikat pisang rastali
1 1/2 cawan tepung gandum
1 ketul gula melaka (dihiris kecil-kecil)
Sedikit garam
Daun pisang secukupnya
Cara-caranya:-
1. Lecekkan pisang hingga hancur.
2. Masukkan tepung gandum, gula melaka dan garam. Kacau hingga sebati.
3. Layurkan daun pisang dan potong daun pisang mengikut saiz yang dikehendaki.
4. Letakkan dua sudu besar adunan pisang tadi ke atas daun pisang dan bungkus seperti
membuat lepat biasa. Buat sehingga siap (Liza dapat lebih kurang 30biji kuih).
5. Kukus selama 15 hingga 20 minit.
6. Sejukkan dan boleh la dihidangkan sebagai sarapan atau minum petang.
Liza Cuppies
This blog is all about me, my family and my cooking experience...I hope you will enjoy it as much as I do..
Sunday, 5 January 2014
Sunday, 13 October 2013
KEK COKLAT KEJU KUKUS
Salam hujung minggu... tentu semuanya sedang berehat bersama family masing2. Almaklum la budak cuti sekolah dah start cuti esok bersempena dengan Hari Raya Aidil Adha pada hari Selesa yang akan datang.
Ok, la. Tanpa membuang masa.. Kali nie Liza ingin berkongsi resepi kek kukus yang Liza ambil dari Kak Dayang Dapurku Sayang yang memang terkenal dengan Kek Lapis dan Kek Kukusnya.
Kalau tengok gambar kek Kak Dayang dengan Liza punya memang jauh berbeza..Hehehe.. Tapi rasanya memang sedap sangat..Abis licin orang2 ofis Liza makan.. :)
Kek Coklat Keju Kukus
bahan-bahan : loyang 8x8x3
Lapisan Coklat :
- 170g tepung serbaguna/tepung gandum (diayak)
- 170g mentega / salted butter (pada suhu bilik) - DJ menggunakan mentega jenama Farmcows
- 3 biji telur gred B
- 220g gula kastor
- 45 g serbuk koko - dibancuh dengan 150ml air suam
- 1 sudu kecil esen vanilla
Lapisan Keju :
- 600g krim keju (pada suhu bilik)
- 2 biji telur
- 120g gula kastor
- 1 sudu kecil jus lemon/jus oren/esen vanilla
- 4 sudu makan tepung gandum
Cara membuat :
Lapisan Coklat :
- Putar mentega bersama gula hingga kembang dan berkrim dengan kelajuan maksima. Kemudian masukkan telur satu demi satu sambil diputar dengan kelajuan perlahan.
- Masukkan pula esen vanilla dan putar lagi.
- Masukkan bancuhan koko tadi dan putar lagi hingga rata.
- Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan spatula. Setelah itu, putar dengan pengadun selama 20 saat sahaja. Ketepikan.
Lapisan Keju :
- Putar krim keju hingga hancur. Kemudian masukkan gula sedikit demi sedikit sambil diputar hingga berkrim.
- Masukkan telur satu demi satu. Putar lagi hingga rata.
- Masukkan jus lemon/jus oren atau esen vanilla. Putar lagi.
- Akhir sekali masukkan tepung. Putar hingga sebati.
Cara mengukus :
- Pastikan air kukusan panas dengan api perlahan. Sediakan loyang dan sapukan dengan mentega.
- Adunan coklat dan adunan keju hendaklah dibahagi dua bahagian sama rata. Mula-mula tuangkan lapisan coklat ke dalam loyang dan kukus selama lebih kurang 20 minit. (penutup loyang hendaklah dibalut dengan tuala bersih supaya air kukusan tidak menitik ke dalam loyang). Loyang tidak perlu ditutup dengan kertas foil atau plastik.
- Kemudian tuangkan pula adunan keju dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit.
- Setelah itu, masukkan pula adunan coklat. Ulangi proses hingga habis kesemuanya. Seterusnya boleh juga ditambahkan lagi masa mengukus selama 10-15 minit.
- Setelah masak, tutupkan api. Biarkan kek sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.
** Perlu diingatkan kek ini TIDAK menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonat. Harap maklum.
Sunday, 22 September 2013
APAM GULA HANGUS
Salam semua..Minggu nie Liza nak kongsikan resepi kuih apam yang 1st time buat terus menjadikkk..Hehehe.. Kalau tidak..asyik bantat je jadiknya.. Apam nie memang lembut dan gebuss.. Tapi kena make sure yang kita tak terover kukus.. Nanti kuih tu jadik "kering" pulak.. Takut tercekik pulak masa makan nanti.. Hehehe...Resepi kali nie Liza ambil dari blog Cik Mat Gebu..
APAM GULA HANGUS
APAM GULA HANGUS
BAHAN-BAHANNYA :-)
1 cawan gula pasir (Liza kurangkan 2 camca besar)
3/4 cawan air
2 camca besar golden syrup
2 biji telur gred A
1/2 cawan minyak masak (Liza guna minyak jagung)
2 camca besar marjerin (planta, boleh juga guna mentega)
2 camca besar susu pekat manis
1 camca teh soda bicarbonate*
1 1/2 cawan tepung gandum (Liza tambah lagi 1/2 camca besar)*(*gaul rata dan ayak)
CARA MEMBUATNYA :-)
- Masak gula pasir hingga menjadir karamel, kacau sentiasa dan guna api kecil. Bila gula bertukar perang, berhati2 tuang air, masukkan golden syrup dan kacau rata. Biar mendidih dan matikan api. Sejukkan.
- Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Kacau telur, minyak, marjerin dan susu pekat manis hingga sebati dan berkrim. Masukkan no. 1, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit hingga habis, kacau hingga sebati dan licin.
- Lenser acuan apam dengan sedikit minyak. Tuang bancuhan apam 3/4 penuh, buah hingga habis dan kukus 15 minit atau hingga masak. Sejukkan sekejap dan boleh keluarkan dari acuan. Biar sejuk sepenuhnya dan boleh hidangkan..
Sunday, 8 September 2013
HEAVENLY MILO AND OREO JELLY
Apa khabar semua? Seperti biasa la..baru nak update blog yang suam-suam kuku nie. Sekejap ada..sekejap tak de. Hehehe.. Bila dah abis Syawal, baru nak muncul. Al-maklumlah..raya sakan tahun nie.
Kali nie Liza nak kongsikan resepi yang tidak asing lagi dikalangan blogger2 masakan. Kali nie Liza nak kongsi resepi puding pulak. Memang sedap puding nie..sekali makan mesti nk lagi..dan lagi..dan lagiiiii..
Resepi kali nie Liza ambik dari blog HomeKreation. Cuba jangan tak cuba.. Hehehe..
HEAVENLY MILO AND OREO JELLY
Bhn2:
1 bungkus agar2 / 10gm serbuk agar agar
750ml air
160gm gula
1 tin ( 400gm) susu cair
3/4 cawan serbuk milo
1 bungkus (137gm) biskut oreo - patahkan tp biar 2 lapis
- masak agar agar dan air hingga larut.
- masuk gula dan masak hingga gula larut.
- masuk pula susu cair dan kacau hingga mendidih.
- asingkan 2 cawan ke dlm periuk lain dan campurkan milo, kacau hingga sebati.
- tuang 1 cawan campuran miloke dlm acuan, panaskan campuran milo yg setengah lg dgn api paling kecil supaya tidak membeku.
- bila permukaan dah keras sedikit, tuang semua adunan putih td , tabur biskut oreo dan biarkan keras.
- tuang baki adunan milo dan biar membeku di suhu bilik sebelum masuk dlm peti sejuk..

TIPS UNTUK MELAPIS:
- Jangan tunggu sehingga lapisan membeku sepenuh nya sbb takut lapisan tidak melekat.
Jika membeku semua, guris2kan permukaan dgn garfu sebelum tuangkan lapisan seterus nya.
- Pastikan adunan masih panas apabila menuang ke atas lapisan sebelum nya supaya ia melekat dgn baik

Saturday, 29 June 2013
BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE
Seperti yang dijanjikan pada entri yang lepas. Liza kongsikan resepinyer disini... Cuba... jangan tak cuba. Kek dia memang sedap... rasanyer lebih sikit kurang macam kat Secret Recipe la pulak... Hihii... perasan la tu... :)
BANANA CHOCOLATE MOUSSE CAKE
Mula-mula kita kena masak Kek Span Coklat dulu...
KEK SPAN COKLAT
Bahan-bahan
4 biji telur (Gred B)
20gm serbuk koko
100gm tepung gandum
120gm gula kastor
10gm ovalette
20ml air
20ml minyak jagung
Cara-caranya:-
1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk pembancuh.
2. Campurkan serbuk koko dengan tepung dan gaul rata. Masukkan didalam mangkuk berisi telur.
3. Masukkan gula, ovalette dan air. Putar adunan sehingga kembang 10 hingga 15 minit pada kelajuan tinggi.
4. Perhalankan putaran dan masukkan minyak. Kacau rata.
5. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 35 minit sehingga masak pada suhu 170 darjah celcius.
Lepas tu...kena buat Krim Chocolate Ganache...
KRIM CHOCOLATE GANACHE
Bahan-bahan
330gm coklat masakan
130ml susu segar
375gm krim putar tawar (Whipping cream)
Cara-caranya:-
1. Potong kecil coklat masakan dan masukkan ke dalam bekas aluminium. Tuang susus segar yang dipanaskan.
2. Kacau rata dan biarkan adunan suam seketika.
3. Putar krim pada kelajuan sederhana sehingga pekat.
4. Masukkan krim putar ke dalam adunan coklat dan kacau rata
Kemudian...Chocolate Topping pulak..Hehehe..
CHOCOLATE TOPPING (GANACHE)
Bahan-bahannya
250ml krim putar tawar
30gm glukosa cair
250gm coklat masakan
30gm mentega
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya:-
1. Didihkan krim putar bersama glukosa.
2. Tuang pada coklat masakan yang telah dipotong kecil dan kacau sehingga adunan sebati.
3. Masukkan mentega, esen vanilla dan kacau rata.
Akhir sekali...Sirap Koko
SIRAP KOKO
Bahan-bahannya
400ml air
80gm gula
2 sudu besar serbuk koko
Cara-caranya:-
1. Didihkan air dan gula. Masukkan serbuk koko, kacau sehingga rata dan biarkan sejuk.
Barulah kita boleh buat keknyer...
1. Potong kek span coklat menjadi tiga lapis. Letakkan lapisan pertama diatas cake board dan sapukan sirap koko.
2. Letakkan krim coklat diatasnya dan ratakan dengan ketebalan lebih kurang 1 cm. Kemudian susunkan pisang yang telah dibelah dua @ dihiris serong. Kemudian tutupkan balik dengan krim coklat tadi.
3. Letak lapisan kedua diatasnya dan ulangi langkah yang sama.
4. Letak lapisan ketiga dan ulangi langkah yang sama.
5. Ratakan krim coklat menggunakan spatula. Keraskan didalam fridge lebih kurang setengah jam.
6. Keluarkan kek dan tuang chocolate topping menutupi seluruh kek. Lepas tu boleh la hias kek mengikut daya kreatif.

HAPPY BELATED BIRTHDAY EN BAD
Happy Belated Birthday Babah... Dah tua setahun dah yea... Hihihiii...
Untuk birthday kali nie, En Bad request suruh buat "Kek Banana Chocolate Mousse". Adoooiii..seksanyer mengoogle cari resepi. Alih-alih...dapat resepi tu kat buku yang sedia ada kat dalam rumah nie. Hehehe... Cuma Liza adjust sikit tambahkan pisang dengan chocolate ganache.
Gambar Birthday Boy..
Liza akan sertakan resepinyer kat next entri...Hihihi... Sabar yea..Tungguuuuuu..
KUEH KASWI GANDUM
Salam semua...Dah agak lama jugak tak update apa-apa kat dalam blog nie..dah bersawang lagi jadiknyer...Hihihi...
Hari nie Liza ingin berkongsi resepi kueh kaswi gandum yang Liza buat petang tadi. Selalunyer... bila buat kueh nie tak pernahnyer menjadi..tapi ari nie jadik la pulak. Huhuu... Ini yang bersemangat nak masak-memasak nie... Kalau tidak jangan harap la... Beli la jawabnyer... :)
Ok la...Resepinyer, Liza ambil dr blog Chef Hanieliza. Cuma Liza ada adjust sikit resepinyer.. Sedap, kuehnyer ala goyang-goyang dangdut sikit..Hihihiii...
KUEH KASWI GANDUM
Bahan A
3 cawan air
1 cawan gula merah/gula melaka
1 cawan gula pasir
Bahan B
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi/jagung
Kelapa parut putih secukupnya
Sedikit garam
Cara-caranya:-
1. Campurkan semua bahan A dan panaskan sehingga gula hancur. Sejukkan.
2. Campurkan tepung gandum dan tepung kanji. Tuangkan bahan A ke dalam campuran tepung tadi. Kacau sehingga sebati. Kemudian tuangkan campuran tadi ke dalam loyang yang telah digriskan dengan sedikit minyak dan dialas dengan plastik.
3. Masukkan ke dalam periuk pengukus dan kukus selama 30 minit.
4. Bila kueh dah sejuk. Potong dengan pisau plastik dan gaul dengan kelapa parut yang telah dicampurkan dengan sedikit garam.

Subscribe to:
Posts (Atom)