Saturday, 18 June 2011

KUEH LOPES

Selamat pagi semua.. semoga anda ceria2 selalu..Hari ini saya nak kongsikan resepi Kuih Lopes Ijao yg saya buat pagi ini.  Seperti biasa..resepinya saya ambil dari blog2 favorite saya. Kali ini saya ambil resepinya dari blog Azlita Masam Manis. Cik Azlita, minta izin utk copy & pastekan kat sini.
KUEH LOPES

Bahan-bahan ( saiz sedang2 dpt 24ketul )
·                     2 cawan beras pulut
·                     2 cawan santan cair
·                     1/2 cawan air pandan (dikisar)
·                     1 sudu kecil air kapur
·                     1/2 sudu kecil garam
·                     beberapa titik pewarna hijau
·                     kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
·                     *** air gula ***
·                     3 ketul gula melaka
·                     5 sudu besar gula
·                     3 cawan air

Cara2-nya

 

1.           Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
2.           Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
3.           Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
4.           *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.

Kuihnya agak lembut2 gitu..pulutnya pulak.. lemaknya secukup rasa..cuma gulanya kena kurangkan sikit kut..sebab saya nie bukannya jenis yang suka makan makanan yang manis2 sangat. Soo.. next time bila nak buat lagi, saya akan kurangkan sukatan gulanya..Oklah..see you in the next post..

Saturday, 11 June 2011

MARBLE CHEESE BROWNIES

Selamat Bertemu Kembali..Apa Khabar Semua? Semoga anda berada dlm keadaan sihat walfiat bersama keluarga tercinta. Dah lama dah tak post entri dalam blog nie..almaklumlah busy tersangat2..Bila ada mood nak update..penyakit "M" pulak datang..Hehehe..
Sebenarnya..dah lama dah buat "Marble Cheese Brownies" nie..Cuma.. baru nak postkan ari nie. Resipi asalnya saya ambik dari blog Hana Memories. Cik Hana, minta izin copy & pastekan resepinya kat sini. Tima kasih.

MARBLE CHEESE BROWNIES
Bahan Brownies
250 g mentega
1 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu cair
1 1/2 cawan gula halus
3 biji telur gred B
1 1/2 cawan tepung gandum*
1 camca teh baking powder*
1 camca teh soda bicarbonate*(*digaul rata dan diayak)
1 camca teh esen vanilla

Bahan Cheese
250 g cream cheese
1 cawan gula halus (Hana ltk setengah cwn)
1 biji telur gred B
*hana tmbh jus lemon skit n freshcream.


Cara-cara

  1. Lenser tin berukuran (10 x 10 x 2) inci dengan mentega, alas dengan kertas minyak, biar kertas minyak terlebih dari tin. Lenser juga kertas minyak dengan mentega. Panaskan oven pada suhu 175C.
  2. Untuk brownies: Cairkan mentega (gunakan kaedah double-boiler) hingga cair, masukka serbuk koko dan kacau hingga rata. Kacau gula halus + telur dengan whisk hingga sebati. Masukkan ke dalam bancuhan koko + butter dan gaul rata. Masukkan susu cair, kacau rata. Tambah tepung sedikit demi sedikit sambil diadun hingga sekata. Tuang esen vanilla, gaul rata dan asingkan adunan ini lebih kurang 1 1/2 camca besar untuk dibuat corak atas cheese. Tuang selebihnya dalam loyang tadi, bakar 25 - 30 minit atau hingga brownies masak.
  3. Untuk Cream Cheese : Putar cream cheese dan gula hingga sebati, masukkan telur dan putar lagi hingga berkrim. Tuang atas brownies tadi dan ratakan. Isikan adunan brownies yang diasingkan tadi dalam piping beg, dan buat beberapa garisan lurus, kemudian lorekkan untuk mendapat hasil seperti dalam gambar. Sambung membakar selama 15 - 20 minit lagi atau hingga masak, biarkan betul2 sejuk, baru dipotong untuk dihidangkan...
Browniesnya sedap banget..Rugi kalau tak try..Penuh dengan rasa coklat. Cheesenya pulak soo..creamy. Bila dah start makan..jangan harap boleh berenti. Hehehe..Tima kasih banyak2 pada tuan punya resepi. Berbaloilah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...