Kali nie Liza nak berkongsi resepi kuih talam yang Liza cuba dari blog KakYatieMemories.
Kuih Lapis nie memang menjadik kegemaran anak2x Liza tapi sebab mak dia tak pandai buat..selalunya beli je kat kedai. Tapi semenjak dah belajar buat kuih talam aritu..berkobar2x..maknyer nak menalam.. Hehehe...Kalau diikutkan hati..memang setiap hari nak menalam..Tapi apakan daya..kena kerja da..
Lepas pergi kelas aritu..baru tahu..senang je nak buat kuih talam rupanya..Jom kita tengok resepi..
Bahan-bahan-loyang 9 inci
- 1 1/2 cawan tepung gandum
- 1 1/2 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung ubi
- 1 1/2 cawan gula pasir
- 2 cawan santan pekat
- 5 cawan santan cair
- 1 sudu kecil garam
- pewarna merah dan perasa ros
- Gaulkan semua bahan-bahan dan tapiskan. Yatie blend semuanya kecuali pewarna.
- Bahagikan adunan kepada 7 bahagian.
- Masukkan pewarna ke dlm setiap bahagian.
- Panaskan kukusan dan sapukan sedikit minyak pada loyang yang akan digunakan dan kukus loyang sebentar....nak lagi selamat alas loyang dngn plastik.
- Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
- Lapiskan pula 1 senduk adunan putih dan kukus lagi selama 5 minit.
- Lapiskan warna hijau dan kukus selama 5 minit dan di ikuti warna putih serta warna yg lainnya.
- Lapiskan adunan berselang-seli hingga habis. (*bagi adunan terakhir, saya balut tudung periuk dengan kitchen towel agar air tidak menitis ke atas permukaan kuih dan dikukus dalam 20 minit ).
- Setelah masak, angkat dan sejukkan selama 2 jam. Pastikan kuih betul2 sejuk barulah di potong dngn menggunakan pisau plastik/ pisau potong kek.
No comments:
Post a Comment