Kali nie Liza ingin berkongsi resepi yang telah Liza cuba dari blog Kak Yatie Memories.. Banyak lagi resepi kuih talam dekat blog Kak Yatie nie..Singgah la..jangan tak singgah..Hihihi..
SERIMUKA DURIAN
Bahan Lapisan Bawah (loyang 10 inci)
- 2 cawan pulut
- 2 cawan santan cair
- 1 sudu kecil minyak
- sedikit garam
- Cuci pulut dan rendamkan dlm 4 jam.
- Masukkan pulut ke dlm loyang yg telah di alas plastik dan tuangkan santan cair yg bercampur sedikit garam. Tambahkan sedikit minyak dan kukus selama 30 minit.
- ** Sementara menunggu bahagian bawah/pulut masak, kita bolehlah menyediakan bahan2 utk lapisan atas.
- Setelah masak, angkat dan tekan2kan sehingga padat.
- Masukkan ke dlm kukusan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.
- 3 cawan santan
- 1 cawan gula pasir
- 1 biji telur
- 1 cawan isi durian
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1/2 cawan tepung tepung kastard
- 1/4 cawan tepung beras
- 1 s/k garam
- Satukan santan, gula, telur dan isi durian ke dalam blender dan kisarkan.
- Masukkan tepung gandum, tepung kastard dan garam.... kisar lagi.(kalau blender tak muat, blend separuh2..)
- Masukkan ke dlm periuk dan kacau sehingga sebati. Tambahkan sedikit pewarna kuning.
- Masak sebentar bahan lapisan atas sehingga naik wap dlm 10 minit dan sentiasalah di kacau guna whisk sehingga adunan menjadi seakan2 susu pekat.
- Tuangkan adunan keatas pulut dan kukus lagi selama 20 minit dengan api sederhana.
- Bila kuih sudah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk, barulah dipotong dngn menggunakan pisau plastik dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment