Friday, 26 April 2013

RESEPI KEK BUTTER MRS NG SK.. YANG PUNYA

Hi semua, selamat berjumpa lagi. Kali nie Liza ingin berkongsi resepi kek butter yang sangat simple dan mudah untuk dibuat. Resepi nie Liza ambik masa tengah  blog walking kat blog Wendy - "Table for 2". Keknya sangat lembut dan moist walaupun tak dimakan utk beberapa hari. Hehehe..Kat rumah Liza nie..butter-butter cake macam nie tak berapa nak laku sangat. Yang nak makan pun Mak dia yang sorang nie..since Mak dia memang peminat tegar butter cake..

Kepada peminat-peminat butter cake kat luar sana, jangan lupa cuba resepi kek nie. Gerenti sodap...


KEK BUTTER MRS NG SK

Bahan-bahannya:
230gm mentega (disejukkan, jgn sampai cecah suhu bilik)
200gm telur (4 biji telur Gred B)
50gm + 150gm gula
200gm tepung naik sendiri (diayak)
60ml susu
1 sudu kecil esen vanilla

Cara-caranya:-
1. Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan loyang yang telah digriskan dengan butter dan berukuran 8 inci.
2. Asingkan putih telur dengan kuning telur. Kemudian pukul putih telur sehingga sedikit kembang dan masukkan gula (50gm) sedikit demi sedikit sampai kembang dan kaku.
3. Pukul mentega dan gula yang selebihnya sehingga kembang dan pucat. Kemudian masukkan kuning telur satu persatu sehingga abis.
4. Masukkan separuh tepung naik sendiri dan putarkan perlahan-lahan sehingga sebati. Kemudian masukkan susu dalam dua kali dan kemudian masukkan tepung naik sendiri yang separuh lagi.
5. Masukkan separuh adunan putih telur ke dalam adunan tepung tadi dan putarkan perlahan-lahan sehingga sebati. Kemudian masukkan lagi adunan putih telur yang separuh lagi dan kaup balikkan sehingga sebati.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bolehlah dibakar selama 45 minit atau sehingga masak.



Saturday, 13 April 2013

KUEH SERIMUKA PANDAN

Selamat Berhujung Minggu.. Semoga semuanya ceria-ceria selalu. Buat juadah apa untuk minum petang hari nie? Untuk minum petang kali nie, Liza buat Kueh Serimuka Pandan yang menjadi kegemaran Liza sejak kecil lagi. Liza sukan kueh yang berwarna hijau..macam kueh talam pandan, kueh cara manis, kueh bengkang pandan dan sebagainya. Hehehe..

Untuk resepi kali nie, Liza ambil dari blog Kak Yati Memories yang memang terkenal dengan kueh-kueh talam dan tradisional. 
P/S: Konon-konon nak buat Serimuka Berlapis tapi macam tak berapa nampak pulak lapisnyer..Huhuuu..



KUEH SERIMUKA PANDAN

Bahan2 Lapisan Bawah:-
  • 500g beras pulut
  • 300ml santan pekat
  • 300ml air
  • 2 tsp garam halus
Cara2nya:-
  1. Rendam pulut sekurang2nya 4 jam
  2. Basuh bersih & toskan
  3. Kukus dengan semua bahan diatas selama 30 minit.
  4. Apabila pulut masak, gaul hingga sebati.Tekan dalam loyang 10x10x2".
Bahan2 Lapisan Atas:-

Bahan A
  • 250 gm gula castor
  • 100 mg tepung kastard
  • 400 ml santan pekat
  • 400 ml air
  • 20 gm daun pandan- diblender dengan air diatas.-tapis ketepikan
Bahan B
  • 4 biji telur
  • 1/2 tsp garam halus
  • 1/4 tsp pandan essence
  • pewarna hijau- secukupnya
Cara2nya:-
  1. Satukan bahan2 A kacau rata & masukkan bahan2 B kacau hingga sebati.Tapis kedalam periuk & masak. Kacau hingga naik wap. sekejap aje.
  2. Tuang keatas lapisan bawah & kukus selama 30-40 minit.

Sunday, 7 April 2013

BASIC SCONE

Hai semua..selamat bertemu kembali. Kali nie Liza ingin berkongsi resepi omputeh pulak. Nak kata sekut bukan sekut..mungkin half sekut and half roti kut. But anyway, sedapp bangat.. Tambah-tambah pulak bila makan dengan jem yang manis-manis masam gitu.. Hehehe..
Resepi nie dikongsi oleh unit trust consultant Liza, Pn Salwa yang terkenal dengan kewesternannya...(Jangan mare..gurau jer)
Bak kata Pn Salwa, pejam mata pun boleh buat. Kalau makan dengan "Cream Clotted" lagi mengancam.. Tapi masalahnya benda tu hanya ada dijual kat Cold Storage je..tak main la kt Giant, Tesco dan seangkatan dgnnya.. Adoyaii. Kalau ada pun, nun jauh kt Putrajaya tu. 
Hehehe..
Mintak izin kongsikan resepinya kat sini ya..Pn Salwa.

BASIC SCONE

Bahan-bahan
450gm tepung naik sendiri
125gm mentega yang berkualiti (Liza guna jenam Anchor)
1 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
50gm gula caster
Susu segar secukupnya

Cara-caranya

  • Ayak tepung naik sendiri bersama dengan baking soda. 
  • Kemudian campurkan garam dan gula caster.
  • Selepas tu masukkan mentega yang telah dipotong kecil-kecil. 
  • Ramaskan adunan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
  • Kemudian masukkan susu sedikit demi sedikit sehingga hampir-hampir menjadi satu adunan.
  • Untuk resepi Scone nie, Liza tambah sedikit cranberry kering.
  • Kemudian bulatkan dengan acuan bulat. Liza guna botol susu Avent jer so jadi comel-comel jer. Dapat la dalam 36 biji. Hehehe..
  • Bakar dalam ketuhar bersuhu 160 darjah celcius selama 7 hingga 10 minit atau scone sudah keperang-perangan.
  • Ok. Selamat Mencuba. Chow Chin Chau..





Friday, 5 April 2013

KEK MARBLE CRUMBLE

Hai..apa khabo semua? Harap-harap semuanyer sihat-sihat belaka.Minta maaf le..minggu lepas tak berkesempatan nak mengupdate entri yang suam-suam kuku nie.. Hehehe.. Emotional sikit. So tak leh nak update entri takut kang jadi entri meluahkan perasaan bukannya entri masakan. Hehehe.. Apa-apa jelah Labu..
Anyway..kali nie Liza ingin berkongsi resepi "Kek Marble Crumble" yang Liza ambil dari majalah Saji keluaran Raya Ogos 2012..Resepi oleh Chef Khairi Anuar Ahmad.
Kek nie rasanya sedap sangat..Tak terlalu manis..Mungkin a bit manis kat crumble dia kut.. Moist and chocolatey.. Hehehe..Apa-apapun memenuhi selera keluarga Liza..Tambah-tambah pulak Liza memang peminat tegar kek marble. Wajib buat lagi nie.. Huhuuu..

KEK MARBLE CRUMBLE

Bahan A
250gm mentega
190gm gula aising
4 biji telur
5gm esen vanilla
250gm tepung gandum
5gm serbuk penaik
50gm coklat gelap kompaun

Bahan B
75gm mentega
75gm gula kastor
150gm tepung

Cara menyediakan

  • Pukul gula aising dan mentega hingga gebu. Masukkan esen vanilla serta telur sedikit demi sedikit sambil memutar.
  • Setelah sebati, masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama serbuk penaik sedikit demi sedikit. Teruskan memutar sehingga adunan tadi sebati dan tidak berketul-ketul.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
  • Untuk mendapatkan adunan coklat, ambil satu bahagian adunan tadi dan tuangkan coklat gelap yang telah dicairkan dan gaul sebati.
  • Tuangkan adunan ke dalam acuan bulat berukuran 9" secara berselang seli.
  • Gaulkan kesemua bahagian B sehingga menjadi bergentil, kemudian taburkan dipermukaan kek.
  • Kemudian bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 30-35 minit.
Selamat mencuba.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...